Kimberly Ann Possible

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Watak tajuk siri TV animasi, Kim Possible

Kim Possible adalah watak fiksyen dari siri TV animasi Disney Kim Possible.

Mengenai Kim[sunting | sunting sumber]

Kim Possible adalah watak utama siri ini. Kim adalah seorang ahli pasukan sorak yang mengunakan kungfu untuk menyelamatkan dunia dan masih ada masa untuk menjadi pelajar cemerlang.Kim seorang yang pintar, berkeyakinan, bersifat pendesak, dengan pesonaliti jenis A. Kim seorang yang baik hati, ada kelakuan yang positif,dan menjadikan kerja menolong mereka yang memerlukan sebagai kerjayanya. Kim pada mulanya menawarkan perkhimatannya hanya sebagai seorang pengasuh budak, akan tetapi kerana takdir, Kim menjadi agen rahsia bebas melalukan kerja-kerja pelik dari menyelamatkan kucing yang tidak dapat turun dari pokok hingga ke menyelamatkan dunia dari saintis-saintis gila (selalunya Dr. Drakken, musuh utama Kim). Moto Kim adalah "I can do anything" (saya boleh buat apa saja).Kim sememangnya boleh buat apa saja,dengan pelbagai kemahiran seperti handal dalam seni mempertahankan diri ke mendaki gunung ke luncur udara.Kim tidak dapat dikalahkan dalam seni mempertahankan diri,akan tetapi Kim......

Perasaan cinta[sunting | sunting sumber]

Dalam siri ini Kim menyukai ramai lelaki. Ini antara lelaki yang disebut:

  • Walter Nelson
    • Tiada siapa tahu bagaimana rupanya atau adakah Walter masih tinggal di Middleton. Apa yang pasti adalah Kim pernah menyukainya semasa di sekolah rendah. Dia pernah disebut dua kali dalam siri ini. Ironiknya,ia berlaku pada peristiwa yang sama: bila mereka berciuman dan gelang pendakap gigi mereka terkunci. Dipercayai inilah ciuman pertama Kim.
  • Señor Senior Junior
    • Dalam Animal attraction, Junior mula menyukai Kim bila dia mengetahui Kim adalah pasangan sehidup-sematinya (menurut Animology).
  • Brick Flagg
    • Brick fikir dia menyukai Kim dalam All the News kerana menyangka Ron berkata "thought Brick Flagg was totally hot". Kim sebenarnya, hanya mengangap Brick tidak lebih dari seorang kawan. Brick "meninggalkan" Kim selepas dia fikir Kim "terlalu mencuba" fikir Kim telah berpura-pura menculiknya oleh Adrenna Lynn.
  • Josh Mankey
    • Dalam musin 1 dan 2,Kim sangat tertarik denagn Josh Mankey.
  • Hirotaka
    • Kim pernah menyukai Hirotaka (seorang pelajar dari Jepun).H irotaka pun ada menunjukan minat pada Kim,tetapi Hirotaka lebih suka lihat Kim bergaduh dengan Monique, kawan baik Kim kerana dia.Hirotaka juga dilihat keluar bertemu janji denagn Bonnie Rockwaller,dan mengangap Bonnie sebagai "Teman Wanita No. 1"nya.
  • Bobby Johnson
    • Kim hanya menyebut pasal Bobby Johnson dalam The Truth Hurts.Kim mengaku bahawa dia tidak pasti sama ada dia sukakan Bobby kerana Kim sukakan dia,atau kerana Bobby terlebih dahulu mengajak Bonnie keluar bertemu janji.
  • Erik
    • Erik adalah sebuah Synthodrone dihasilkan oleh Drakken untuk mengalih perhatian Kim dari rancangannya yg telah dibuat.
  • Ron Stoppable
    • Asalnya pembantu Kim yang cekap dan seorang kawan rapat Kim, lama-kelamaan mereka menjadi lebih dari seorang sahabat. Pengarah siri ini, seperti yang dinyatakan beliau semasa ditemuramah, telah memilih Kim dan Ron sebagai pasangan untuk menyatakan moral "give geeks a chance". Kim dan Ron punya persahabatan yang tahan lama sebelum terlibat dalam perasaan cinta dalam So The Drama. Telah dijangkakan oleh sesetengah peminat bahawa ada pepatah menyatakan bahawa persahabatan yang kuat akan membibitkan perasaan cinta. Menurut pengarah siri ini, Kim dan Ron akan keluar bertemu-janji dalam musim keempat akan datang. Dipercayai penambahan elemen cinta adalah sesuatu yang positif, manakala ada peminat yang lain menentangnya.