Kimi Räikkönen
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Kimi Räikkönen | |
|---|---|
Räikkönen menyaksikan pusingan kelayakan di Grand Prix Australia 2007 |
|
| Kewarganegaraan | |
| Kereta # | 6 |
| Pasukan semasa | |
| Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
| Perlumbaan | 122 (121 permulaan) |
| Kejuaraan | 1 (2007) |
| Kemenangan | 15 |
| Podium | 48 |
| Petak pertama | 14 |
| Mata sepanjang kerjaya | 446 |
| Pusingan terpantas | 25 |
| Perlumbaan pertama | Grand Prix Australia 2001 |
| Kemenangan pertama | Grand Prix Malaysia 2003 |
| Kemenangan terkini | Grand Prix Brazil 2007 |
| Perlumbaan terkini | Grand Prix Brazil 2007 |
| Kedudukan 2007 | 1 (110 mata) |
Kimi Matias Räikkönen (lahir pada 17 Oktober 1979 di Espoo, Finland) ialah seorang pemandu kereta lumba, kini memandu untuk Scuderia Ferrari. Beliau adalah juara Kejuaraan Dunia Formula Satu 2007.
Senarai kandungan |
[sunting] Latar belakang
Kimi Räikkönen dilahirkan oleh pasangan Matti dan Paula Räikkönen yang masing-masing merupakan seorang kontraktor jalan raya dan kerani pejabat kerajaan. Kimi mempunyai seorang abang yang tuanya hanya setahun 10 bulan iaitu Rami Räikkönen, pelumba bolak-balik di Finland. Kimi telah bertunang dengan seorang model iaitu Jenni Maria Dahlmann yang juga Miss Finland 2000 dan Miss Scandinavia 2000.
Kimi Räikkönen hanya berpendidikan biasa di Finland dan pernah mengikuti kursus ketenteraan wajib selama 12 bulan.
[sunting] Kerjaya
Mulanya, Kimi Räikkönen menyertai Formula Satu sebagai pemandu tetap pasukan Sauber-Petronas pada 2001 . Kemudian menyertai pasukan McLaren Mercedes pada 2002 dan diberi gelaran Iceman.
Seterusnya beliau beralih ke pasukan Scuderia Ferrari pada 2007 dan menjadi juara keseluruhan dengan mengalahkan Lewis Hamilton dan Fernando Alonso di Formula Satu musim 2007 di Brazil.
Räikkönen terlibat dalam sukan gokart sejak umur 10 tahun lagi. Tahun 1999 menyandang tempat ke-2 dalam Kejohanan Formula Super A Eropah. Beliau turut serta dalam Formula Ford Piala Euro. Ketika umur 20 tahun, beliau adalah juara Kejohanan British Formula Renault. Sejak 2000 hingga kini, beliau menang 13 dari 23 perlumbaan - iaitu 56 % menang.
[sunting] Sauber Petronas
Tauke kereta, Peter Sauber menjemput Räikkönen menyertai pasukan Sauber pada September 2000. Selepas ujian di Jerez, Barcelona, Sauber setuju menandatangani kontrak perjanjian dengan Räikkönen untuk musim Formula Satu musim 2001.Tetapi ketika itu banyak kritikan terhadapnya termasuk dari presiden FIA, Max Mosley. Ini adalah kerana Räikkönen yang tidak berpengalaman telah diberi lesen super F1. Tetapi setelah menyertai Grand Prix Australia 2001, semua orang dapat menerima kehadirannya dalam F1. Räikkönen dikatakan tertidur selama 20 minit sebelum F1 GP . Berikutan itu, beliau dikatakan tenang dan sejuk dan digelar "ice man". Beliau turut digelar Kimppa, Räikkä and Kimster, Raka, "Häkä" dan Mika Häkkinen. Sejak itu Räikkönen telah berjaya menaikkan nama pasukan Sauber.
[sunting] McLaren
Enjin kereta Sauber dibekalkan oleh Ferrari tetapi Räikkönen cukup tertarik dengan pasukan McLaren. Räikkönen ditarik menyertai pasukan McLaren pada 2002 setelah dijemput oleh CEO McLaren, Ron Dennis. Dalam Grand Prix Australia 2002, Räikkönen mendapat tempat ke-3. Kemudian enjin kereta McLaren ditukar kepada enjin Räikkönen dan Raikonen mendapat 24 mata dan menewaskan rakan sepasukan, David Coulthard.
[sunting] Ferrari
[sunting] 2007
Selepas Grand Prix Itali 2006, pasukan Ferrari mengumumkan Räikkönen telah menandatangani kontrak 3 tahun bersama Scuderia Ferrari untuk musim 2007-2009. Beliau memenangi perlumbaan pertama musim 2007 di Australia.
Dalam perlumbaan Grand Prix Malaysia 2007, Raikonen berada di tempat ke-3. Di Grand Prix Bahrain 2007, beliau di belakang pemandu McLaren, Fernando Alonso dan menduduki tempat ke-3. Di Grand Prix Sepanyol 2007 pula, Raikonen tidak dapat menamatkan perlumbaan selepas pusingan ke-10 kerana keretanya mengalami masalah elektrik. Di Grand Prix Monaco pula, Raikonen mendapat tempat ke-8. Di Grand Prix Sepanyol, beliau buat pertama kali gagal menghabiskan perlumbaan sejak menyertai Ferrari.
Hanya empat perlumbaan selepas itu, Räikkönen berjaya memenangi dua lagi perlumbaan berturut-turut di Grand Prix Perancis dan Grand Prix British. Beliau gagal menghabiskan perlumbaan sekali lagi di GP Eropah. Apabila penghujung musim kian dekat, Räikkönen memenangi GP Belgium dan GP China. Ini diikuti oleh Grand Prix Brazil 2007 dramatis yang menyaksikan Räikkönen menang buat kali keenam dalam musim ini lalu meraih gelaran Kejuaraan Dunia Formula Satu musim 2007, sekaligus mengetepikan juara bertahan Alonso dan juga menghancurkan hasrat Hamilton untuk menjadi pelumba pertama untuk menjadi juara keseluruhan Formula Satu dalam musim pertamanya.
[sunting] 2008
[sunting] Keputusan
(kunci)
Bold - Petak pertama
Italics - P.Terpantas
[sunting] Rekod
| Musim | Siri | Pasukan | Perlumbaan | Petak pertama | Kemenangan | Mata | Kedudukan |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1999 | European Formula Ford | ? | 2 | ? | ? | ? | 5th |
| Formula Ford Festival | Continental Racing Van Diemen | 1 | 0 | 0 | N/A | NC | |
| Formula Renault 2000 UK Winter Championship | Manor Motorsport | 4 | ? | 4 | ? | 1st | |
| Formula Renault 2000 UK | Haywood Racing | 4 | 0 | 0 | ? | ? | |
| 2000 | Formula Renault 2000 Eurocup | ? | 2 | 2 | 2 | 62 | 7th |
| Formula Renault 2000 UK | Manor Motorsport | 10 | 6 | 7 | 316 | 1st | |
| 2001 | Formula One | Sauber | 17 | 0 | 0 | 9 | 10th |
| 2002 | Formula One | McLaren | 17 | 0 | 0 | 24 | 6th |
| 2003 | Formula One | McLaren | 16 | 2 | 1 | 91 | 2nd |
| 2004 | Formula One | McLaren | 18 | 1 | 1 | 45 | 7th |
| 2005 | Formula One | McLaren | 19 | 5 | 7 | 112 | ke-2 |
| 2006 | Formula Satu | McLaren | 18 | 3 | 0 | 65 | ke-5 |
| 2007 | Formula Satu | Ferrari | 17 | 3 | 6 | 110 | Juara |
| 2008 | Formula Satu | Ferrari | 2 | 0 | 1 | 11 | ke-2* |
* Musim.
[sunting] Pautan luar
- Kimi Räikkönen Official Site
- Kimi Räikkönen Unofficial Site
- Kimi Räikkönen statistics
- FKR - Kimi Räikkönen Fans
- Kimi Räikkönen Fan Club
- Kimi Räikkönen Italian Website
|
|
|---|
|
Personel : |

