Kimono

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pakaian kimono tradisional wanita Jepun.

Kimono (着物?, secara literal bermaksud "sesuatu yang dipakai")[1] merupakan sejenis pakaian yang juga merupakan pakaian rasmi negara Jepun. Asalnya, perkataan "kimono" merujuk kepada setiap jenis pakaian, tetapi kini perkataan tersebut dikaitkan secara khususnya dengan pakaian tradisional penuh yang digunakan kaim perempuan, lelaki dan kanak-kanak.

Kimono selalu berbentuk T, jubah bergaris lurus yang labuh ke paras pergelangan kaki, beserta kolar dan lengan baju panjang. Secara tradisionalnya, seorang wanita yang belum berkahwin memakai sejenis pakaian kimono yang digelar furisode, yang terdiri daripada lengan baju paras lantai, dalam majlis-majlis tertentu.

Kimono selalunya dibalutkan pada tubuh badan, bermula dengan sebelah kirinya di atas sebelah kanannya (kecuali jika disarungkan pada mayat untuk dikebumikan)[2] dan diketatkan dengan sebuah tali pinggang lebar yang digelar obi, di mana ia disarungkan di bahagian belakang. Kimono secara umumnya dipakai bersama-sama kasut tradisional (terutamanya Geta); dan zori sejenis selipar kulit dan sarung kaki jenis belah-kaki (tabi).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [1]
  2. HanamiWeb

Pautan luar[sunting | sunting sumber]