Kingdom Hearts II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kingdom Hearts II
Kingdom Hearts II AU.jpg
Muka depan versi Amerika Utara menampilkan watak utama daripada siri permainan tersebut termasuklah Sora, Donald Duck, Goofy, King Mickey, Riku, Kairi, Roxas and DiZ
Pembangun Square Enix Product Development Division 1[1]
Penerbit Square Enix
Buena Vista Games
Pengeluar Shinji Hashimoto
Yoshinori Kitase
Pereka Tetsuya Nomura
Yuichi Kanemori
Penulis Kazushige Nojima
Daisuke Watanabe
Tetsuya Nomura
Penggubah lagu Yoko Shimomura
Siri Kingdom Hearts
Leraian lalai 480i (HDTV)
Pelantar PlayStation 2
Tarikh keluaran Kingdom Hearts II
  • JP December 22, 2005
  • NA March 28, 2006
  • PAL September 29, 2006
Kingdom Hearts II Final Mix
  • JP March 29, 2007
Genre Permainan video berperanan-aksi
Mod Seorang pemain
Penilaian CERO: A
ESRB: E10+
PEGI: 12+
Bahantara 1 DVD-ROM
Kaedah input Padpermainan

Kingdom Hearts II (キングダムハーツII Kingudamu Hātsu Tsū?) adalah permainan bergenre berperanan-aksi yang dibina oleh Square Enix dan dikeluarkan oleh Buena Vista Games bersama Square Enix pada tahun 2005 untuk konsol permainan video Sony PlayStation 2. Ia merupakan sekuel kepada Disney Interactive dan Square, Kingdom Hearts, dimana menggabungkan elemen Disney dan Square kepada permainan video berperanan aksi. Populariti permainan telah menyebabkan ia diadaptasi dalam pelbagai jenis media seperti siri novel dan manga serta versi kandungan tambahan permainan Kingdom Hearts II Final Mix yang telah di keluarkan pada bulan March 2007.

Kisah[sunting | sunting sumber]

Kingdom Hearts II bermula setahun selepas peristiwa Kingdom Hearts. Sora, Donald, dan Goofy telah ditidurkan untuk mendapatkan kembali ingatan mereka yang telah hilang. Sementara itu,Roxas, Nobody kepada Sora telah terperangkap di dalam simulasi virtual Twilight Town yang direka oleh Diz sehingga Roxas dapat bergabung semula dengan diri asalnya bagi mengembalikan kuasa Sora. Ia juga dilakukan kerana dendam Diz terhadap Organization XIII. Rancangan Diz terancam apabila Nobody Organization XIII, yang dipimpin oleh Axel iaitu bekas teman Roxas di Organisasi, menyusup ke kota virtual namun Roxas akhirnya bersatu dengan Sora. Sora, Donald, dan Goofy bangun di Twilight Town yang sebenar dan berjumpa dengan King Mickey dan Yen Sid yang menghantar mereka ke perjalanan yang lain. Tujuan mereka adalah untuk mencari Riku dan menghentikan rancangan Organization XIII yang mengawal Nobody- tinggalan badan apabila seseorang yang mempunyai hati yang sangat kuat bertukar menjadi Heartless. Setelah itu, Maleficent telah dibangkitkan dan bergabung dengan Pete untuk meneruskan pencarian kuasa.

Sora pergi ke pelbagai dunia Disney dan menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh Organization XIII, Heartless, Maleficent, Pete dan penjahat tempatan. Selama kunjungan ke Hollow Bastion, mereka kembali bertemu dengan King Mickey yang merungkai sifat Ansem, antagonis dari Kingdom Hearts. The Ansem yang Sora kalahkan sebenarnya Heartless daripada Xehanort yang merupakan anak murid Ansem the Wise dan ketua Organization XIII adalah Xehanort Nobody iaitu Xemnas. Akhirnya, rancangan Organization XIII terbongkar, mereka mencari kekuatan "Kingdom Hearts" yang merupakan jumlah hati yang Sora keluarkan apabila menghampuskan Heartless dengan Keyblade-nya. Sora kemudian melawat kembali dunia untuk menyelesaikan masalah sementara mencari jalan menuju ke pangkalan utama Organization XIII. Sepanjang usaha itu, Sora telah dibantu oleh seorang lelaki misteri yang memakai pakaian hitam seperti Organization XIII dimana Sora mempercayai ia adalah Riku.

Sora, Donald, dan Goofy memasuki jalan melalui Twilight Town dan bertemu Axel, yang mengorbankan diri untuk membuat sebuah jalan menuju World That Never Was yang merupakan pangkalan Organisasi XIII dengan Kingdom Heartsyang terbentuk sebagai bulan berbentuk hati. Sora kemudian menemui Kairi dan Riku dimana jasad Riku telah diubah oleh kegelapan daripada Heartless Xehanort, ia juga turut mendedahkan kepada Sora bahawa kaitannya dengan Roxas. King Mickey bertemu Diz, yang membongkarkan bahawa sebenarnya dia adalah Ansem the Wise. Ansem menggunakan peranti rekaannya untuk menghalang Kingdom Hearts daripada menjadi sempurna, tetapi telah membebani sistem peranti tersebut sehingga ia meletup sehingga mengorbankan Ansem dan keajaiban berlaku apabila Riku kembali ke bentuk asalnya. Di tingkat teratas Istana World That Never Was, Sora dan teman-temannya bertempur dengan Xemnas, yang menggunakan sisa kekuatan daripada Kingdom Hearts untuk memberikannya kekuatannya bertkar ke beberapa bentuk. Setelah Sora dan Riku mengalahkan Xemnas, kedua-dua bertemu kembali dengan rakan-rakan mereka di rumah mereka iaitu Destiny Island. Permainan ini berakhir apabila Sora, Kairi dan Riku membaca surat daripada King Mickey di mana isinya tersembunyi dari pemain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Siri Kingdom Hearts