Kipas turbo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kipas turbo
Rajah skema menunjukkan enjin kipas turbo bersaluran tinggi
Rajah skema menunjukkan enjin kipas turbo bersaluran rendah

Kipas turbo atau Kipas turbin (Bahasa Inggeris:Turbofan adalah sejenis enjin jet, lebih kurang menyamai konsep jet turbin. Turbin kipas biasanya terdiri daripada kipas penyalur dengan enjin turbin jet berdiameter kecil dipasang di bahagian belakang untuk mengerakkan kipas. Sebahagian dari aliran udara dari kipas penyalur akan melalui turbin jet di mana ia akan digunakan untuk proses pembakaran untuk mengerakkan kipas, akan tetapi sebahagian lagi, kebiasaannya majoriti, akan mengalir melalui saluran pintasan, dan ini akan menghasilkan kuasa tujahan lebih dengan cekap.[1]

Beberapa reka bentuk turbin kipas mungkin sedikit berbeza. Ia mempunyai bilah-bilah kipas tambahan berpusar yang dipasang dari dasar unit turbin tekanan rendah.

Turbin kipas memiliki kelajuan ekzos bersih kurang daripada enjin turbin jet. Ini menjadikan ia lebih cekap di kelajuan subsonik berbanding dengan enjin turbojet, yang mana enjin turbojet adalah lebih cekap pada kelajuan supersonik.

Kesemua enjin jet yang digunakan pada pesawat jet komersil adalah enjin turbin kipas. Ia digunakan secara meluas disebabkan kerana ia lebih cekap, dan lebih senyap semasa digunakan. Enjin turbin kipas juga banyak digunakan dalam pesawat jet tentera.

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.