Kira Izuru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Watak Bleach
Kira Izuru bersama-sama rakan-rakannya.
Kira Izuru
Peranan Leftenan Shinigami daripada divisyen 3.
Tarikh lahir 27 Mac
Ketinggian 173 cm (5' 8")
Berat 56 kg (123 lb)
Zanpakutō Wabisuke
Seiyū Takahiro Sakurai
Pelakon suara latar Grant George

Kira Izuru (吉良 イヅル) ialah watak dalam manga dan siri anime Bleach. Dia merupakan leftenan bagi Bahagian ke-3 yang dahulunya dipimpin oleh Ichimaru Gin. Dalam manual Bleach: Heat the Soul 3, namanya telah disalah eja sebagai Iguru dalam bahasa Inggeris. Dalam permainan Wii Bleach Wii: Hakujin Kirameku Rondo, nama Izuru dieja pula sebagai Iduru.

Templat:Spoiler

Watak dan Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Kira mempunyai mata biru dan rambut perang muda yang menutupi separuh daripada wajahnya. Rambutnya juga memanjang sehingga membentuk dua "tanduk" tetapi penampilan ini berlaku baru-baru ini sahaja. Selain itu, Kira tampak hampir sama seperti shinigami lain. Walaupun tidak dinyatakan dalam rekod rasmi, besar kemungkinan Kira adalah seorang kidal kerana dia berjabat tangan dengan tangan kirinya (ditunjukkan dalam episod 46).

Kira berdedikasi terhadap kawan dan tugasnya. Walaupun bersahabat karib dengan Hinamori Momo, dia menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada kaptannya, Ichimaru dengan bertarung dengan Hinamori apabila Hinamori meratapi kematian kaptannya. Selepas kejadian itu, dia memanggilnya "raksasa" kerana sanggup mencederakan Hinamori.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kira pada masa muda ketika menjalani latihan di akademi shinigami

Seperti watak-watak lain, zaman lampau Kira tidak diselami dengan dalam. Tetapi, telah diketahui bahawa ayah dan ibunya, Kira Kagekiyo dan Shizuka telah meninggal dunia sebelum dia memasuki akademi shinigami dan Kira berasal dari keluarga bangsawan kelas bawahan. Hal ini ditunjukkan apabila Abarai Renji mengatakan bahawa hanya mereka yang kaya berjabat tangan sebagai tanda sapaan apabila Kira menghulurkan tangannya.

Di akademi shinigami, Kira berjumpa dan bersahabat dengan Hinamori dan Renji. Mereka bertiga merupakan pelajar cemerlang di kelas dengan Hisagi Shūhei sebagai senior mereka (dalam omake, Hisagi, Renji dan Kira selalu meluangkan masa bersama-sama). Setelah melihat potensi mereka, Aizen Sōsuke mengambil mereka sebagai ahli Bahagian ke-5. Renji yang mudah memberontak dipindahkan ke Bahagian ke-11 manakala Hinamori dan Kira tinggal di Bahagian ke-5 dengan Kaptan Aizen dan Leftenan Ichimaru. Kira kemudiannya dinaikkan pangkat ke leftenan Bahagian ke-3 apabila Ichimaru menjadi Kaptan Bahagian ke-3.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Babak Soul Society[sunting | sunting sumber]

Kira diperkenalkan apabila dia menjumpai Renji yang hampir mati di tangga yang menuju Tokong Kesedaran. Dia dan Momo cuba merawat Renji tetapi dihalang oleh Kuchiki Byakuya yang berkeras mahu memenjarakan Renji. Hinamori membantah tetapi Kira mematuhi arahan tersebut lantas menunjukkan kesanggupannya untuk menuruti segala arahan yang diberi serta menganggap bahawa arahan lebih penting daripada emosi seseorang. Kenyataan ini dibuktikan benar sekali lagi apabila Kira menyerang Hinamori kerana Hinamori cuba menyerang Kaptan Ichimaru (Ichimaru ialah suspek utama dalam kes pembunuhan Aizen). Kedua-dua Hinamori dan Kira diberkas oleh Hitsugaya Tōshirō untuk menghentikan pertarungan mereka.

Ichimaru kemudiannya membantu Kira melarikan diri dari penjara dan Kira berdiri teguh di sisi kaptannya apabila Kaptan Hitsugaya dari Bahagian ke-10 bersemuka dengan mereka. Dia hanya mengundurkan diri apabila kedua-dua kaptan bersedia untuk bertarung sehinggalah kedatangan Hinamori (kini mengesyaki Hitsugaya sebagai pembunuh Aizen).

Apabila dua orang pegawai eksekutif dari Bahagian ke-10 ingin merayu kepada bilik judisiari Soul Society, Kira (di bawah arahan Ichimaru) mengumpan Hitsugaya keluar dari Bilik Utama 46 tetapi berkata bahawa Hitsugaya patut melindungi Hinamori. Kira kemudiannya bertarung dengan leftenan Hitsugaya, Matsumoto Rangiku sementara Hitsugaya memasuki bandar tempat ahli Bilik Utama 46 diami.

Maka, tidak hairanlah jika Kira terkejut apabila mendapati bahawa kaptannya telah berpaling tadah dan sebenarnya bersekongkol dengan Aizen (dalang sebenar di belakang segala-gala yang berlaku di Soul Society termasuklah hukuman pembunuhan Kuchiki Rukia). Dia juga tidak menyangka bahawa Aizen akan menikam Hinamori walaupun Aizen berjanji tidak akan mencederakan leftenannya. Selepas Ichimaru meninggalkan Soul Society, Kira dijumpai meminum sake dengan Rangiku dan Hisagi.

Babak Bount[sunting | sunting sumber]

Kira dan lain-lain ditugaskan oleh Hitsugaya Tōshirō untuk menewaskan Bount di dunia sebenar. Dia membantu Kurosaki Ichigo mengalahkan doll Koga Gou, Dalk walaupun Koga Gou berkeputusan untuk menamatkan perlawanan tersebut sebelum Kira sempat bertarung dengan serius.

Selepas Ayasegawa Yumichika menjumpai tempat persembunyian Bount, dia, Kira, Hisagi dan Matsumoto diserang hendap oleh doll Ugaki, Gesell supaya dapat memberi masa kepada Ichigo dan Renji untuk mara ke dalam gua.

Selepas itu, di Seireitei, dia membawa Inoue Orihime kepada Ichigo, Sado Yasutora dan Ishida Uryū.

Wabisuke[sunting | sunting sumber]

Zanpakutō Kira ialah "Lelaki Duka Cita" (侘助, Wabisuke). Nama Wabisuke juga boleh dibaca sebagai "maaf". Arahan bagi pembebasan tahap pertama ialah "angkat kepalamu" 面を上げろ, omote o agero).

Apabila dibangunkan, Wabisuke akan menjadi pedang bercangkuk segi empat di hujung bilah. Dalam bentuk ini, Wabisuke boleh menggandakan berat objek yang diserangnya. Keupayaan ini berfungsi ke atas makhluk hidup atau barangan biasa. Walaupun keistimewaan ini nampaknya tidak berguna dalam kombat, kesannya masih memberi kebaikan kepada Kira. Dengan pukulan kedua Wabisuke, berat objek lawan akan bertambah dua kali ganda dan seterusya. Maka, selepas tujuh atau lapan kali diserang oleh Wabisuke, pihak lawan tidak akan berdaya untuk mengangkat senjatanya. Apabila kesan Wabisuke menjadi nyata, biasanya pihak lawan akan berlutut dengan kepala menghala ke bawah seolah-olah sedang meminta maaf (seperti nama zanpakutō Kira).