Kirpan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kirpan ialah sejenis pisau kecil seperti keris tetapi ia bermata dua. Dari segi agama Sikh, ia merupakan salah satu dari lima kewajiban simbolik untuk mengingati penganutnya bahawa hidup ini suatu perjuangan menentang nafsu dan perbuatan dosa. Selain itu ia adalah satu senjata yang boleh digunakan dalam hidup untuk melindungi kaum yang lemah dan tidak bersalah. Pisau ini juga digunakan dalam upacara Amrit Sanskar.