Kitab Bintang Tetap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gugusan Sagittarius dalam manuskrip kitab karangan Abdul Rahman al-Sufi, Kitab Bintang Tetap

Kitab Gambar Bintang Tetap (Arab: كتاب صور الكواكب , Kitab suwar al kawakib) atau Kitab Bintang Tetap ialah sebuah teks ilmu falak, [1] yang dikarang dalam Bahasa Arab oleh ahli astronomi Parsi, Abdul Rahman al-Sufi (dikenali di Barat sebagai "Azophi") sekitar tahun 964 M.

Kitab ini memuatkan lukisan serta pemerhatian dan pemerian tentang bintang: kedudukan, magnitud, kecerahan, dan warna. Al-Sufi mencatatkan hasil kajiannya terhadap bintang buruj demi buruj dalam kitab ini. Bagi setiap buruj ataupun gugusan bintang, al-Sufi memberikan dua lukisan, satu dari luar glob cakerawala, dan satu lagi dari dalam.

Karya ini sangat berpengaruh dan masih terdapat pada hari ini dalam beberapa manuskrip dan terjemahan. Manuskrip yang tertua, yang disimpan di Bodleian Library Universiti Oxford, ditulis dalam tahun 1009 M dan merupakan karya anak al-Sufi.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Al-Sufi memuatkan pemerian dan lukisan terawal tentang apa yang dinamakannya sebagai "Awan Kecil" yang sebenarnya Galaksi Andromeda. Beliau menyatakan bahawa galaksi ini terletak pada mulut Ikan Besar, sebuah gugusan bintang Arab. "Awan" ini amat dikenali oleh ahli falak Isfahan, berkemungkinan besar sebelum tahun 905 M.[2] Catatan pertama berkaitan Awan Magellan Besar juga dibuat al-Sufi dalam Kitab Suwar.[3][4] Galaksi ini merupakan galaksi pertama, selain galaksi Bima Sakti, yang diperhatikan dari Bumi. Nebula Andromeda yang diperhatikannya juga merupakan nebula tulen (berbanding gugusan binatang) yang pertama kali diperhatikan.[5]

Beliau juga berkemungkinan mengkatalog gugusan bintang Omicron Velorum sebagai "bintang bernebula", dan sebuah "objek bernebula" dalam Vulpecula, sebuah gugusan yang sekarang dikenali sebagai Al-Sufi's Cluster ("Gugusan al-Sufi"), Coathanger asterism ("asterisme Penyangkut Baju" – Fenomena sinaran cahaya berbentuk sinar atau bintang yang ditunjukkan oleh hablur tertentu bila dilihat pada cahaya terpantul seperti yang ditunjuk oleh batu nilam atau mineral mika[6]), Gugusan Brocchi atau Collinder 399.[5] Tambahan lagi, beliau menggelar Awan Magellan Besar sebagai "Al Bakr" yakni "Lembu jantan Putih" orang Arab selatan yang dapat melihatnya dari selatan Arabia mahupun ia tidak kelihatan dari wilayah utara.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "صور الكواكب" or "Book of the constellations or fixed stars" Library of Congress. World Digital Library.
  2. ^ Kepple, George Robert (1998). The Night Sky Observer's Guide, Volume 1. Willmann-Bell, Inc. m/s. 18. ISBN 0-943396-58-1. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ "Observatoire de Paris (Abd-al-Rahman Al Sufi)". Dicapai pada 2007-04-19.
  4. ^ "Observatoire de Paris (LMC)". Dicapai pada 2007-04-19.
  5. ^ a b Kenneth Glyn Jones (1991), Messier's nebulae and star clusters, Cambridge University Press, m/s. 1, ISBN 0-521-37079-5
  6. ^ Takrif DBP)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Paul Kunitzsch, The Arabs and the Stars: Texts and Traditions on the Fixed Stars, and Their Influence in Medieval Europe (Variorum Reprint, Cs307)
  • P. Kunitzsch, Arabische Sternnamen in Europa, Wiesbaden, 1959, p. 230f.
  • P. Kunitzsch, Ṣūfī Latinus, ZDMG 115, 1965, pp. 65–74.
  • P. Kunitzsch, 'Al-Ṣūfī' in: Dictionary of Scientific Biography XIII, New York, 1976, pp. 149–50.
  • J. Upton, A Manuscript of “The Book of the Fixed Stars” by ʿAbd ar-Raḥmān aṣ-Ṣūfī, Metropolitan Museum Studies 4, 1933, pp. 179–97.
  • E. Wellesz, An Islamic Book of Constellations, Oxford, 1965.
  • H. J. J. Winter, Notes on al-Kitab Suwar Al-Kawakib, Archives Internationales d’Histoire des Sciences 8, 1955, pp. 126–33.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]