Kitar Glioksilat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kitar Glioksilat

Kitar Glioksilat ialah satu bentuk Kitar Krebs yang terubahsuai. Ia berlaku dalam kebanyakan tumbuhan dan mikroorganisma, tetapi tidak dalam haiwan peringkat tinggi.

Dalam Kitar Glioksilat, tumbuhan dan mikroorganisma dapat menggunakan asid lemak atau asetat (dalam bentuk asetil CoA) sebagai satu-satunya sumber karbon untuk biosintesis karbohidrat daripada asid lemak.

Kitar Glioksilat berlaku terutamanya dalam biji-bijian tumbuhan dan membolehkan lemak simpanan dalam biji-bijian bercambah ditukarkan kepada glukosa.