Kitar semula

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Simbol kitar semula

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.[1][2] Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.[2] Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).

Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kitar semula awal[sunting | sunting sumber]

Kitar semula merupakan amalan biasa dalam sejarah manusia, dengan rekod penyokong seawal Plato pada 400 BC. Semasa tempoh sumber kurang, kajian arkheologi bagi sampah silam menunjukkan kurang buangan rumah (seperti abu, perkakasan rosak, dan tembikar)—mencadangkan lebih banyak sampah dikitar semula disebabkan ketiadaan bahan baru.[3]

Dalam tempoh sebelum pengilangan, terdapat bukti serpihan gangsa dan logam lain dikutip di Europah dan dicairkan kembali begi kegunaan berterusan.[4] Di Britain debu dan abu dari pendiang kayu dan arang batu dikumpul oleh 'pengumpul sampah' dan di kitar bawah ("downcycling") sebagai bahan asas bagi penghasilan batu-bata. Punca utama bagi kitar semula jenis ini adalah kelebihan ekonomi mendapatkan bahan suap stok kitar semula dan bukannya bahan baru, termasuk juga mengurangkan sampah awam di kawasan yang semakin padat dengan penduduk.[3] Pada tahun 1813, Benjamin Law membangunkan proses menukar perca kain menjadi benang shoddy dan mungo wool di Batley, Yorkshire. Bahan ini merupakan gabungan fiber kitar semula dengan benang dara. Industri shoddy Yorkshire Barat di bandar seperti Batley dan Dewsbury, berakhir dari seawal abad ke-19 hingga Perang Dunia Pertama.

Gambar publisiti bagi kempen guna semula aluminium Amerika Syarikat, 1942

Kitar semula masa perang[sunting | sunting sumber]

Kekurangan sumber disebabkan oleh Perang Dunia, dan kejadian menukar dunia lain menggalakkan kitar semula.[5] Kempen promosi besar-besaran kerajaan dilakukan semasa Perang Dunia Kedua disemua negara terbabit dalam perang, mendorong warga negara menderma logam dan mengurangkan fiber, sebagai sumbangan patriotik besar yang penting. Program pengekalan sumber ditubuhkan semasa perang diteruskan di sesetengah negara tanpa sumber mentah semulajadi, seperti Jepun, selepas perang berakhir.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. PM Advisor hails recycling as climate change action "Lets recycle". Diperoleh pada 2006-11-08. 
  2. 2.0 2.1 The League of Women Voters (1993). The Garbage Primer. New York: Lyons & Burford. ms. 35–72. ISBN 1558218507 Check |isbn= value (bantuan). 
  3. 3.0 3.1 Black Dog Publishing (2006). Recycle : a source book. London, UK: Black Dog Publishing. ISBN 1904772366. 
  4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan economisttruth tidak disediakan
  5. Out of the Garbage-Pail into the Fire: fuel bricks now added to the list of things salvaged by science from the nation's waste, Popular Science monthly, February 1919, page 50-51, Scanned by Google Books: http://books.google.com/books?id=7igDAAAAMBAJ&pg=PA50


Sains alam sekitar
Ekologi | Geosains | Hidrologi | Sains atmosfera | Sains tanah|
Bidang berkait: Biologi | Ekonomi alam sekitar | Etika alam sekitar | Fizik | Kimia alam sekitar | Reka bentuk alam sekitar | Undang-undang alam sekitar
Kemampanan | Pengurusan sisa
Teknologi alam sekitar
Biologi pemuliharaan - Etika pemuliharaan - Keabadian tenaga - Kitar semula - Pemulihan bahan cemar - Pemuliharaan - Pengurusan sisa - Pembersihan air - Rawatan kumbahan - Tenaga boleh baharu