Radio Klasik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Klasik Nasional FM)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kakitangan Klasik Nasional

Radio Klasik FM(sebelum ini dikenali sebagai Nasional FM dan sebelum itu sebagai Radio 1 dan Radio Malaysia Saluran Satu dan akhir sekali Klasik Nasional FM) ialah sebuah stesen radio kebangsaan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia disiarkan dalam Bahasa Melayu. Moto utamanya ialah Segalanya Di Sini, Menggamit Memori (kini diubah kepada Radio Klasik, Menggamit Kenangan).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Stesen ini bermula sebagai Radio Malaya dijalankan di Singapura pada tahun 1946. Dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, Radio Malaya telah terbelah dua; studio asal di Singapura telah ditukar kepada Radio Singapura dan Radio Malaya berpindah ke Kuala Lumpur, mula bersiaran daripada tempat baru pada 1hb Januari 1959.

Pada 16hb September 1963, Radio Malaya menukar nama kepada Radio Malaysia, dengan penukaran nama baru Tanah Melayu.

Pada 19hb Januari 1971 Radio Malaysia yang dikenali sebagai Rangkaian Nasional adalah yang kedua untuk bersiaran 24 jam selepas Radio Rediffusion. Ia menempuhi pertukaran nama, dari Radio 1 pada 1hb Januari 1992, Radio Malaysia Saluran 1 pada 1hb September 1998, dan akhirnya kepada nama baru pada Jun 2005.

Nasional FM mula berada di internet pada Januari 2001.

Pada 12hb Ogos 2006, Nasional FM dan Klasik FM (yang asalnya dikenali sebagai Radio Irama Melayu Asli (RIMA) dan kemudian sebagai Klasik FM) telah digabungkann secara rasmi menjadi Klasik Nasional di mana ia akan menyiarkan lagu Melayu klasik dan lagu-lagu lewat 40-an hingga 80-an bersama dengan rancangan-rancangan utamanya.

Klasik Nasional telah memenangi Anugerah Pendukung Seni dalam Anungerah Seni Negara 2006 pada 19hb November 2006 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur(KLCC).

Pada 1 April 2006, RTM1 dan Klasik Nasional telah menyiarkan siaran langsung Konsert Suara Hati Sudirman telah diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada jam 8:30 malam. Ia telah menampilkan barisan artis terkemuka.

Klasik Nasional mempunyai pendengar seramai 708 000 orang, mengikut Nielsen Audio Radio Measurment pada bulan Mac 2007. Kini, ia mempunyai pendengar seramai 1.5 juta orang.

Walau bagaimanapun, pada awal Januari 2012, nama Klasik Nasional telah diubahsuai sepenuhnya. Nasional FM mula disiarkan sepenuhnya di radio, menggantikan Muzik FM. Muzik FM kini boleh didengar di laman web internet melalui Galaksi Muzik RTM. Klasik Nasional, kini dikenali sebagai 'Radio Klasik' sehingga ke hari ini.

Rancangan-utama[sunting | sunting sumber]

  • 00:05 Laman Interaktif
  • 01:05 Hiburan Pagi
  • 05:05 Mutiara Hati
  • 06:05 Ritma Kencana
  • 09:15 Rampai Irama
  • 11:15 Nostalgia
  • 12:05 Senandung Warisan
  • 14:30 Masihkah Kau Ingat
  • 16:05 Gurindam Jiwa
  • 17:15 Hati ke Hati(Jumaat-Ahad)/A.DI.LA-Aku,Dia & Lagu(Isnin-Khamis)
  • 18:30 Harmoni
  • 20:00 Mustika(Ahad-Jumaat)/Orkestra RTM(Sabtu)
  • 20:45 Klasik Antarabangsa(Sabtu)/Mustika
  • 22:00 Malar Segar

Jadual siaran berita dari Pusat Berita RTM[sunting | sunting sumber]

Berita Ringkas disiarkan setiap jam dari 00:02 (selepas lagu kebangsaan Negaraku), 01:00 hingga 06:00, 08:00, 10:00, 12:00, 14:00, 15:00, 16:00, 18:00, 20.00 dan 22:00.

Berita Nasional disiarkan pada jam 07:00, 09:00, 12:45 (pada hari Jumaat jika ada Solat Jumaat di antara 13:15 hingga 13:30 di Kuala Lumpur), 13:00(hari-hari lain), 17:00, 19:00 (pada hari Sabtu dan Ahad termasuk hari cuti am), 19:15 (jika Azan Maghrib disiarkan di antara 18:57 atau 19:00 di Kuala Lumpur semasa bulan Ramadan), 21:00 dan 23:00. Berita Nasional juga disambung siar melalui steen-stesen negeri.

Berita Dunia disiarkan setiap hari jam 11.00, manakala Berita Niaga pula bersiaran pada hari-hari Bursa Malaysia berniaga (Isnin hingga Jumaat) pada jam 19:00. Walau bagaimanapun kebanyakan stesen-stesen negeri tidak menyambung Berita Niaga dari Kuala Lumpur kerana waktu maghrib dalam tempoh waktu Berita Niaga disiarkan atau rancangan - rancangan bercorak keagamaan disiarkan dalam tempoh Berita Niaga. Laporan Dewan Negara dan Dewan Rakyat pula menyiarkan ulasan persidangan-persidangan Parlimen pada jam 20:15, selepas Berita Ringkas jam 20:00 pada hari Dewan Negara atau Dewan Rakyat bersidang. Kebanyakan stesen-stesen negeri akan meyambung siaran Klasik nasional mulai jam 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi kecuali Kelantan FM, Kedah FM dan KL FM yang beroperasi 24 jam.

Ulasan Berita juga dahulunya disiarkan selepas berita jam 19:00.

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Gelombang FM

94.9 MHz Gunung Jerai (Kedah dan Pulau Pinang Pulau Langkawi dan Perlis)
101.7 Mhz Bukit Genting (Balik Pulau, Pulau Pinang)
88.7 MHz Bukit Palong (Baling, Kedah)
94.3 MHz Bukit Bintang (Besut, Terengganu)
89.1 MHz Gunung Berinchang (Cameron Highlands, Pahang)
95.9 MHz Bukit Bauk (Dungun dan Kemaman, Terengganu)
97.8 MHz Gerik (Gerik, Perak)
88.3 MHz Bukit Keledang (Ipoh, Hilir Perak, Manjung dan Perak Tengah)
88.4 MHz Bukit Tangki Air (Jeli,Tanah Merah, Barat Laut Kelantan)
88.1 MHz Bukit Istana (Jerantut, Pahang)
106.7 MHz Gunung Pulai (Johor Bahru,Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Johor dan Singapura)
101.1 MHz Teliput (Kota Baharu, Kelantan)
87.7 MHz Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur dan Selangor)
98.3 MHz Gunung Ulu Kali (Kuala Lumpur, Selangor, Pahang Barat, Tapah, Tg.Malim, Perak)
92.5 MHz Bukit Besar (Kuala Terengganu, Terengganu)
107.9 MHz Bukit Pelindung (Kuantan, Pahang)
95.5 MHz Bukit Bakar (Machang dan Kuala Krai, Kelantan, Besut, Terengganu)
93.6 MHz Gunung Ledang ( Seluruh Negeri Melaka dan Segamat,Muar, Ledang, Batu Pahat,Kluang, Johor, daerah Tampin, Jelebu dan Port Dickson Negeri Sembilan)
90.1 MHz Bukit Tinggi (Mersing, Johor)
87.9 MHz Bukit Telapa Burok (Seremban, Jelebu , Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Masjid Tanah,Melaka)
99.5 MHz Bukit Dedap (Sik, Kedah)
103.3 MHz Bukit Larut (Maxwell) (Taiping, Perak)
88.7 MHz Changkat Rembian (Tapah, Perak)

Siaran Klasik Nasional juga boleh didengar melalui gelombang pendek 5965 KHz dari tapak pemancar siaran gelombang pendek Suara Malaysia di Kajang, Selangor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Laman web[sunting | sunting sumber]