Knight Cross of the Iron Cross

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Salib Besi Kesatria (dari tarikh 1 September 1939)

Knight Cross of the Iron Cross (Bahasa Melayu: Salib Besi Kesatria dan Bahasa Jerman: Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes), atau hanya disebut Knight Cross (Salib Kesatria/Ritterkreuz) merupakan satu darjah Iron Cross (Salib Besi/Eisernes Kreuz) versi tahun 1939. Knight Cross adalah anugerah tertinggi Jerman Nazi bagi mengiktiraf keberanian luar biasa tentera atau telah memimpin sesuatu pertempuran dengan cemerlang semasa Perang Dunia Kedua. Dalam susunan darjah kepahlawanan tentera Reich Ketiga, ia hanya berada ditempat kedua dibelakang Grand Cross of the Iron Cross (Salib Besi Darjah Utama/Grosskreuz des Eisernen Kreuzes), satu anugerah yang hanya dikurniakan sekali, kepada Hermann Goering iaitu orang kanan Adolf Hitler. Goring telah diberi anugerah ini sebagai mengiktiraf jasa bakti beliau dalam membina Luftwaffe (Tentera Udara), dan bagi khidmatnya sebagai panglima tentera udara Jerman. Oleh itu Knight Cross berfungsi sebagai darjah tertinggi yang boleh dicapai oleh mana-mana askar Jerman pelbagai pangkat.

Darjah Salib Besi Kesatria hanya dipakai dengan riben di leher dan ia besar sedikit dari Salib Besi tahun 1813 tetapi masih mempunyai rupa bentuk yang sama. Ia sah berdasarkan tarikh pembaharuan 1 September 1939. Darjah itu boleh dikurniakan kepada askar Jerman disemua pangkat dan kepada sekutu-sekutu Reich Ketiga. Pengurniaan pertamanya telah dilakukan pada 30 September 1939, susulan dari Penjajahan Poland oleh Jerman, yang menandakan bermulanya Perang Dunia II di Eropah. Ketika perang berlangsung, beberapa orang penerima terus menunjukan kecemerlangan mereka, dan satu darjah yang lebih tinggi, Daun Oak bagi Salib Besi Kesatria (Oak Leaves to the Knight Cross of the Iron Cross/Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub), telah dizahirkan pada tahun 1940. Pada tahun 1941, dua darjah yang lebih tinggi dari Salib Kesatria berserta Daun Oak telah dizahirkan. Ia adalah Salib Kesatria berserta Daun Oak dan Pedang (Knight Cross with Oak Leaves and Swords/Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub und Schwertern) dan Salib Kesatria berserta Daun Oak,Pedang dan Berlian (Knight Cross with Oak Leaves, Swords and Diamonds/Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub, Schwertern und Brillanten). Pada penghujung tahun 1944, darjah tertinggi yang terakhir, Salib Besi Kesatria berserta Daun Oak Emas,Pedang dan Berlian (Knight Cross with Golden Oak Leaves, Swords and Diamonds/Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit goldenem Eichenlaub, Schwertern und Brillanten), telah diwujudkan.

Pengurnian sah Knight Cross yang terakhir, dalam mana-mana darjah, mesti dilakukan sebelum jam 23:01 Waktu Eropah Tengah 8 Mei 1945, iaitu masa sebelum penyerahan kalah Jerman dikuatkuasakan. Beberapa pengurnian telah dibuat selepas tarikh ini, yang terakhir pada 17 Jun 1945. Pengurnian terakhir ini dianggap sebagai anugerah de facto bukannya de jure. Dalam era Jerman selepas Perang Dunia II, Republik Persekutuan Jerman melarang pemakaian lambang Nazi. Pada tahun 1957, kerajaan Jerman meluluskan penggantian bagi Knight Cross of the Iron Cross, berserta kelompok daun oak menggantikan swastika, yang mana boleh dipakai oleh penerima-penerima Knight Cross Perang Dunia II. Pada tahun 1986, Persatuan Penerima Knight Cross (AKCR) mengakui jumlah 7,322 penganugerahan telah dibuat kepada anggota-anggota tiga cabang tentera Wehrmacht - Heer (Tentera Darat), Kriegsmarine (Tentera Laut) dan Luftwaffe (Tentera Udara) - serta Waffen-SS, Reichsarbeitsdienst (RAD - Perkhidmatan Buruh Reich) dan Volkssturm (Tentera Awam). Terdapat juga 42 orang penerima dalam angkatan tentera sekutu Reich Ketiga dengan jumlah keseluruhan 7,365 orang. Analisis oleh Arkib Negara Jerman mendedahkan bukti dengan 7,162 orang secara rasmi - de facto dan de jure - dikurniakan Salib Kesatria, termasuk satu pengurnian tambahan yang sebelum ini dikenali oleh AKCR. AKCR menamakan 890 orang penerima darjah Daun Oak bagi Salib Kesatria, termasuk lapan penerima yang berkhidmat didalam angkatan tentera sekutu Reich Ketiga. Arkib Negara Jerman tidak menyokong 27 orang dari penerima Daun Oak ini. Darjah Pedang bagi Salib Kesatria telah dikurniakan sebanyak 160 kali menurut AKCR, antaranya ialah pengurnian anumerta kepada Laksamana Jepun Isoroku Yamamoto, 13 yang lain tidak dapat disokong oleh Arkib Negara Jerman. Darjah Berlian bagi Salib Kesatria telah dikurniakan sebanyak 27 kali, kesemuanya di sahkan oleh Arkib Negara Jerman. Darjah terakhir, Daun Oak Emas bagi Salib Kesatria telah dikurniakan sekali secara sah kepada Hans-Ulrich Rudel pada 29 Disember 1944.