Kod Napoleon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Halaman pertama edisi asli tahun 1804
Kod Napoleon di Historisches Museum der Pfalz di Speyer

Kod Napoleon (bahasa Perancis: Code civil des Français) adalah undang-undang sivil Perancis yang disusun ketika kekuasaan Napoleon Bonaparte. Disusun dengan cepat oleh suruhanjaya yang terdiri daripada empat orang ahli undang-undang terkenal Perancis dan mula diperakukan pada 21 Mac 1804. Kod ini melarang kelebihan berdasarkan kelahiran, membenarkan kebebasan beragama, dan menyatakan kerja kerajaan hendaklah diberikan kepada yang paling layak.[1]

Walaupun kod Napoleon ini bukanlah undang-undang sivil rasmi pertama yang disusun di negara Eropah - didahului oleh Codex Maximilianeus bavaricus civilis (Bavaria, 1756), Allgemeines Landrecht (Prusia, 1792) dan West Galician Code (Galicia, Austria, 1797) - tetapi dianggap sebagai undang-undang sivil pertama yang berjaya dan sangat mempengaruhi perundangan banyak negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Robert B. Holtman, The Napoleonic Revolution (Baton Rouge: Louisiana State University Press, 1981)


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.