Kod laluan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Setiap jalan raya dan lebuh raya ditetapkan dengan kod laluan khas. Sistem kod laluan adalah bergantung kepada jenis jalan - sama ada lebuh raya, laluan persekutuan, laluan negeri dan sebagainya.

Sistem pernomboran jalan raya di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Jalan raya di Malaysia diklasifikasikan sama ada sebagai lebuh raya, laluan persekutuan, laluan negeri, ataupun laluan perbandaran atau jalan kampung. Laluan perbandaran dan jalan kampung tidak diberi kod laluan kerana hanya dibiayai serta diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah ataupun pihak berkuasa tempatan masing-masing.

Semua laluan lebuh raya, laluan persekutuan dan laluan negeri dikodkan menggunakan logo heksagon kuning JKR yang diisi nombor laluan masing-masing. Sistem pernomboran adalah seperti berikut:-

  • Lebuh raya - Kod laluan lebuh raya bermula dengan huruf E diikuti dengan nombor laluan, misalnya Lebuhraya Utara-Selatan jajaran utara dikodkan sebagai E1.
  • Laluan persekutuan - Kod laluan hanya terdiri daripada nombor sahaja, misalnya Lebuhraya Skudai dikodkan sebagai Laluan Persekutuan . Namun demikian, kod laluan persekutuan utama di Sabah dan Sarawak juga bermula dengan .
  • Laluan negeri - Kod laluan bermula dengan kod huruf yang mewakili negeri masing-masing diikuti dengan nombor laluan, contohnya Jalan Muar-Labis adalah Laluan Negeri Johor J32. Bagi senarai penuh kod negeri bagi sistem laluan negeri, sila rujuk rencana laluan negeri.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]