Kodeks Sinai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Petikan daripada Kodeks Sinai yang mengandungi Book of Ester 2:3-8

Kodeks Sinai ialah manuskrip uncial Bible berbahasa Yunani kurun ke-4 yang ditulis antara 330-350. Walaupun ia pada asalnya mengandungi keseluruhan kedua-dua Perjanjian (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru), hanya bahagian-bahagian daripada Perjanjian Lama dalam bahasa Yunani atau Septuagint yang masih wujud bersama-sama dengan Perjanjian Baru yang lengkap, Epistle of Barnabas, dan bahagian-bahagian daripada The Shepherd of Hermas. Bersama-sama dengan Kodeks Vatikan, Kodeks Sinai merupakan manuskrip paling berharga bagi kritis teks Perjanjian Baru berbahasa Yunani dan juga Septuagint. Bagi kebanyakan Perjanjian Baru, Kodeks Sinai selaras dengan Kodeks Vatikan dan Kodeks Ephraemi Rescriptus yang membuktikan jenis-teks Iskandariyah, tetapi dalam John 1:1-8:31, Kodeks Sinai lebih selaras dengan Kodeks Bezae yang menyokong jenis-teks Barat. Contoh terkenal keselarasan antara teks-teks Sinai dan Vatikan ialah kedua-duanya mengabaikan frasa "tanpa sebab" daripada Matthew 5:22.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Kemasukan ini memasukkan teks dari domain awam Kamus Injil Easton, asalnya diterbitkan pada 1897.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]