Kofaktor (biokimia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kofaktor ialah sebatian kimia bukan protein yang terikat secara ketat kepada enzim dan diperlukan untuk pemangkinan.[1] Ia boleh dianggap sebagai "molekul/ion pembantu" yang membantu dalam transformasi biokimia. Sesetengah bahan seperti air dan berbagai-bagai ion yang amat banyak juga diikat dengan ketat oleh enzim tetapi ia tidak dianggap sebagai kofaktor kerana sentiasa ada dan jarang terhad.

Sesetengah kofaktor menjalani perubahan-perubahan kimia semasa tindak balas, penurunan atau pengoksidaan. Walau bagaimanapun sebagai mangkin, kofaktor-kofaktor itu akan kembali kepada keadaan asalnya pada akhir kitar bermangkin. Ia tidak dihabiskan. Dari segi ini, kofaktor adalah berbeza daripada substrat atau koenzim.

Sesetengah sumber mengehadkan penggunaan istilah "kofaktor" hanya kepada bahan-bahan tak organik.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Institut Linus Pauling di Universiti Negeri Oregon". Dicapai pada 2007-11-17.
  2. ^ "Koenzim dan kofaktor". Dicapai pada 2007-11-17.
  3. ^ "Kofaktor Enzim". Dicapai pada 2007-11-17.