Kofi Annan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kofi Atta Annan
Kofi Annan

Tempoh berjawat
11 Januari 1997 – 31 Disember 2006 (dua penggal lima tahun)
Didahului oleh Boutros Boutros-Ghali
Digantikan oleh Ban Ki-moon

Tarikh lahir 8 April 1938 (76 tahun)
Tempat lahir Ghana Kumasi, Ghana
Kerakyatan Ghana
Pasangan Titi Alakija (bercerai)
Nane Maria Annan

Kofi Atta Annan (lahir 8 April, 1938) ialah seorang diplomat Ghana dan juga Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dari 1 Januari 1997 hingga 31 Disember 2006. Ban Ki-moon mengambil alih tugas Setiausaha Agung PBB selepas persaraannya.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Annan dilahirkan didalam keluarga Henry Reginald dan Victoria Annan di daerah Kumasi, Ghana. Namanya membawa maksud yang tersendiri iaitu Kofi bererti seorang kanak-kanak lelaki yang dilahirkan pada hari Jumaat (Kofi Annan ialah anak ke-4 dalam keluarganya). Annan pula bermaksud kembar dan adik kembarnya Efua Atta mati pada tahun 1991.

Keluarga Annan tergolong dalam golongan profesional yang mana kedua-dua datuknya dan bapa saudara merupakan ketua puak. Bapa Annan bekerja sebagai pengurus eksport bagi sebuah syarikat penjualan koko.

Annan berkahwin dengan Nane Maria Annan, seorang peguam dari Sweden. Daripada tiga orang anak mereka, Kojo Annan dan Ama Annan ialah anak Annan hasil daripada perkahwinan terdahulu dengan seorang wanita dari Nigeria. Mereka bercerai pada akhir tahun 70-an. Anak ketiga mereka, Nina Cronstedt de Groot, ialah anak hasil perkahwinan terdahulu Nane Annan.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dari tahun 1954 hingga 1957, Annan bersekolah di sebuah sekolah elit berasrama penuh di Cape Coast. Pada tahun 1957, Annan tamat persekolahan.

Pada tahun 1958, Annan mulai belajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Kolej Sains dan Teknologi Kumasi. Dia memperoleh biasiswa daripada Yayasan Ford yang membolehkan dia menghabiskan pengajiannya di Kolej Macalester di Minnesota, Amerika Syarikat pada tahun 1961. Annan kemudian belajar di Institut Pengajian Antarabangsa (Institut universitaire des hautes études internationales IUHEI) di Geneva, Switzerland, dari tahun 196162. Dia kemudiannya menyambung pelajaran di Sekolah Pengurusan MIT Sloan (197172). Dia memperoleh Ijazah Sarjana Sains dalam pengurusan dengan memperoleh minor dalam kesusasteraan.

Annan fasih dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Akan dan bahasa-bahasa afrika lain.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Annan mula bekerja dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 1962. Dari tahun 1974 hingga 1976, Annan bekerja sebagai Pengarah Pelancongan di Ghana.

Selepas itu, beliau kembali bekerja dengan PBB sebagai Penolong Setiausaha Agung dalam tiga bahagian berturut-turut iaitu Pengurusan Sumber Manusia dan Keselamatan (1987-1990), Penyelia Belanjawan, Program , dan Kewangan (1990-1992), dan Operasi Menjaga Keamanan dari bulan Mac 1993 hingga bulan Februari 1994.

Annan kemudian dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung sehingga tahun 1995 apabila dia kemudiannya dilantik menjadi Wakil Khas Setiausaha Agung ke Yugoslavia (sekarang Serbia dan Montenegro). Beliau berkhidmat di sana selama lima bulan sebelum kembali ke jawatan asalnya pada bulan April 1996.

Setiausaha Agung PBB[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Disember 1996, Annan dipilih sebagai Setiausaha Agung PBB yang baru oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[2] Perlantikan tersebut disahkan empat hari kemudian oleh Perhimpunan Agung PBB.[3] Tanpa melengahkan masa, Annan mengangkat sumpah memegang jawatan dengan serta-merta. Annan mula bertugas pada 1 Januari 1997. Beliau menggantikan Boutros Boutros-Ghali dari Mesir. Hal ini menjadikannya sebagai orang Afrika pertama menjadi Setiausaha Agung PBB.

Tempoh berkhidmat Annan sebagai Setiausaha Agung diperbaharui pada 1 Januari 2002. Hal ini ialah satu perkara yang luar biasa kerana jawatan tersebut sepatutnya digilirkan di antara benua.

Pada bulan April 2001, Annan mengutarakan hasrat untuk mengatasi pandemik HIV/AIDS. Beliau menegaskan bahawa masalah ini sebagai keutamaan utamanya sebagai Setiausaha Agung. Dia mencadangkan penubuhan Yayasan Kesihatan dan Aids Sedunia untuk menolong negara-negara yang terjejas teruk akibat wabak ini.

Pada 10 Disember 2001 Annan menerima Hadiah Keamanan Nobel, kerana usaha beliau menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk didiami.

Sewaktu pencerobohan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat pada tahun 2003, Annan mengesa Kerajaan Amerika Syarikat dan United Kingdom supaya tidak menyerang Iraq tanpa sokongan PBB. Pada tahun 2004, Annan mengisytiharkan bahawa pencerobohan ke atas Iraq sebagai tidak mengikut undang-undang.[4][5]

Beliau tamat berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PBB pada 31 Disember 2006 selepas dua penggal menerajui badan dunia itu. Tempatnya diambil alih oleh Ban Ki-moon dari Korea Selatan.[6]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Penyiasatan gangguan seksual[sunting | sunting sumber]

Dalam bulan Jun 2004, Annan dipersembahkan dengan salinan laporan OIOS mengenai aduan gangguan seksual, penyalahgunaan kuasa oleh Ruud Lubbers, Pesuruhjaya PBB mengenai Pelarian, dan gangguan seksual oleh Werner Blatter, Pengarah UNHCR terhadap seorang kakitangan yang telah lama bekhidmat. Laporan penyiasatan itu menyatakan bahawa Ruud Lubbers bersalah kerana gangguan seksual. Lubber juga telah menulis surat ugutan kepada pekerja wanita ynag melaporkan kes itu.

Keputusan Annan tidak menyebarkan hasil laporan itu kepada masyarakat awam hanya bertahan sehingga bulan November apabila OIOS menyediakan laporan tahunannya kepada Perhimpunan Agung PBB yang mendapati laporan itu mengesahkan kesalahan Lubbers. Perkara ini dilaporkan di media secara meluas, akibatnya kedudukan Annan menjad lemah.

Akhirnya pada bulan Februari 2005, sebuah akhbar UK menyiarkan rencana mengenai laporan OIOS itu. Walaupun mendakwa dirinya difitnah dan tidak bersalah, Lubbers terpaksa meletakkan jawatan pada 21 Februari.

Pentadbiran Minyak untuk Makanan[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Disember 2004, Norm Coleman, seorang ahli Senat Amerika Syarikat daripada Parti Republikan menggesa supaya Annan meletak jawatan selepas timbulnya laporan yang anaknya Kojo, menerima suapan daripada sebuah syaikat dari Switzerland selepas syarikat tersebut menerima kontrak daripada PBB berhubung dengan Program Minyak untuk Makanan badan dunia itu.

Jawatankuasa Inkuiri Bebas mengenai Program Minyak untuk Makanan PBB telah dilantik oleh Annan[7] dan diketuai oleh bekas Pengerusi Simpanan Persekutuan AS Paul Volcker.[8] Dalam pertemuan pertamanya dengan Inkuiri Bebas ini, Annan menafikan yang dia pernah mengadakan pertemuan dengan syarikat dari Switzerland itu. Kemudiannya dia mengatakan dia teringat dia pernah bertemu dengan CEO syarikat berkenaan sebanyak dua kali. Laporan inkuiri itu menyatakan bahawa Annan tidak terlibat dalam pemberian kontrak itu tetapi terdapatnya masalah dalam pengurusan pemberian kontrak.

Reformasi[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Mac 2005, Annan membentangkan satu laporan prestrasi kepada Perhimpunan Agung PBB. Annan mencadangkan peluasan keahlian dalam Majlis Keselamatan PBB disamping beberapa perkara lain.[9]

Pada 7 Mac 2006, dia membentangkan cadangannya kepada Perhimpunan Agung PBB tentang reformasi dalam Seketriat PBB.[10]

Pasca Kerjaya PBB[sunting | sunting sumber]

Selepas mengakhiri tugasnya sebagai Setiausaha Agung PBB, beliau pulang semula ke negara kelahirannya Ghana. Setibanya di sana, Annan dicadangkan menjadi calon Presiden Ghana.[11]

Semasa bulan April 2007, Annan dinamakan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hadiah bagi Hadiah Mo Ibrahim bagi Kemajuan dalam Pentadbiran Afrika.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "‘PBB perlu menyumbang’ -- Ki-moon disah Setiausaha Agung baru". Utusan Malaysia. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1015&pub=utusan_malaysia&sec=luar%5Fnegara&pg=lu_02.htm&arc=hive. Capaian 2006-10-13. 
  2. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1996-12-13). BIO/3051 - Kofi Annan dari Ghana dicadangkan oleh Majlis Keselamatan sebagai Setiausaha Agung PBB yang baru. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2006-12-12.
  3. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1996-12-17). GA/9208 - Perhimpunan Agung melantik Kofi Annan dari Ghana sebagai Setiausaha Agung PBB yang ketujuh. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2006-12-12.
  4. "Annan, "Perang Iraq haram dan menyalahi undang-undang Antarabangsa"", BBC, BBC, 2004-09-16. Dicapai pada 2006-12-12. “Apabila ditanya dengan lebih lanjut tentang pandangan beliau berkenaan pencerobohan di Iraq adalah haram, beliau berkata: "Ya, seperti yang anda katakan. Saya telah menegaskan bahawa ia bertentangan dengan piagam PBB, daripada pandangan kita (PBB), ia adalah menyalahi undang-undang."” 
  5. "Excerpts: Temu ramah bersama Annan", BBC, BBC, 2004-09-16. Dicapai pada 2006-12-12. 
  6. "Ki-moon hampir pasti ganti Annan". Utusan Malaysia. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1004&pub=utusan_malaysia&sec=luar%5Fnegara&pg=lu_08.htm&arc=hive. Capaian 2006-10-13. 
  7. "Tentang Jawatankuasa". Laman web Jawatankuasa Inkuiri Bebas mengenai Program Minyak untuk Makanan PBB. http://www.iic-offp.org/about.htm. Capaian 2006-12-12. 
  8. "Laman web Program Ahli-Ahli". Laman web Jawatankuasa Inkuiri Bebas mengenai Program Minyak untuk Makanan PBB. http://www.iic-offp.org/members.htm. Capaian 2006-12-12. 
  9. "Kebebasan yang lebih meluas". Laman web PBB. http://www.un.org/largerfreedom/. Capaian 2006-12-12. 
  10. "Merombak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Laman web PBB. http://www.un.org/reform/. Capaian 2006-12-12. 
  11. http://www.news24.com/News24/Africa/News/0,,2-11-1447_2058913,00.html

Nota[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Biografi, temu ramah dan profil[sunting | sunting sumber]

Ucapan[sunting | sunting sumber]

Berita dan pandangan[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Boutros Boutros-Ghali
Setiausaha Agung PBB
19972007
Diikuti oleh:
Ban Ki-moon

Ahli politik Ghana