Kolam Air Panas Pedas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kolam Air Panas Pedas terletak di Pedas, sebuah pekan di Negeri Sembilan. Dikatakan penduduk tempatan menjumpai kolam air panas ini secara tidak sengaja apabila melihat seekor anak lembu melompat terkejut kerana air yang cuba diminum dari kolam tersebut terlalu panas. [1]

Pada pertengahan kurun ke-19, penjajah Inggeris membuat penempatan berhampiran kolam ini. Sewaktu penaklukan Jepun ke Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua, tentera Jepun mendapati mereka yang cedera atau luka dan dirawat dengan air panas dari kolam ini dapat mempercepatkan proses penyembuhan sehingga sebuah klinik dibuka di sini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pedas Hot Springs Negeri Sembilan". Visit Malaysia Now. 11 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-10. Dicapai pada 2011-11-11.



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.