Kolam Renang UTHM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolam Renang UTHM
Kolam
Fail:KompleksrenangUTHM.jpg

Kolam Renang UTHM

Maklumat bangunan
Nama penuh: Kolam Renang Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Bandar: Kampus Induk, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Malaysia Malaysia
Kapasiti: 300 audience
Dibina: 9 April 2009
Dibuka: 3 Disember 2013

Kolam Renang UTHM

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Kolam Renang Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah mula dibina pada 9 April 2009 dan siap sepenuhnya pada 3 Disember 2013. Keistimewaan bangunan ini dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang meliputi sebuah substation dan juga infrastruktur yang menyokong keseluruhan kompleks termasuk tempat meletak kenderaan, laluan pejalan kaki dan dataran ampitheater.

Bangunan Kompleks Renang ini mempunyai dua buah kolam utama iaitu kolam terjun bersaiz 25m x 18m dengan kedalaman 5 meter dan kolam renang 8 lane bersaiz 23m x 50m. Pihak UTHM kini sedang berusaha mendapatkan pengiktirafan daripada Amateur Swimming Union of Malaysia (ASUM). Selain daripada itu, bangunan ini turut dapat memuatkan seramai 300 orang di ruang duduk penonton yang menghadap terus ke kolam acara. Bangunan ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan sokongan seperti ruang mandi, bilik persalinan, tandas, stor dan bilik kawalan bagi kegunaan sewaktu pertandingan atau acara sedang berlangsung.

Bangunan Kompleks Renang ini bukan hanya terbuka kepada seluruh warga UTHM tetapi terbuka kepada seluruh masyarakat setempat khususnya penduduk sekitar Batu Pahat untuk bersama-sama merasai kemudahan yang disediakan. Ianya juga merupakan salah satu usaha dan inisiatif universiti dalam menjayakan projek di bawah University Community Transformation Centre (UCTC) iaitu menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.

Pautan[sunting | sunting sumber]

http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/1311/229/lang,en/ Diarkibkan 2014-02-25 di Wayback Machine