Kolam Air Panas Poring

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kolam air panas Poring)

Poring merupakan nama Kadazan-Dusun untuk sejenis spesies buluh yang tumbuh di kawasan itu. Terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu, Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.

Tarikan[sunting | sunting sumber]

Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.

Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok.

Terdapat juga Taman Kupu-kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]