Kolam ikan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Memancing di sebuah sistem kolam ikan di Tasik Daye berdekatan dengan Daye, China
Kolam ikan pada zaman pertengahan masih digunakan sehingga hari ini

Kolam ikan adalah sejenis takungan, tasik buatan atau kolam terkawal yang diisi dengan ikan bagi tujuan akuakultur untuk perternakan ikan, atau digunakan sebagai tujuan rekreasi atau hiasan. Pada Zaman Pertengahan di Eropah, menjadi satu kebiasaan bagi biara dan istana kota yang memiliki sebuah kolam ikan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Semasa musim sejuk, bekalan makanan segar kepada perbatasan hadapan menjadi satu cabaran yang berpanjangan. Meskipun daging boleh didapati dari taman rusa, ia tidak mampu untuk memenuhi keperluan isi rumah. Oleh itu, kolam ikan memberi satu penyelesaian yang menakjubkan. Selagi terdapat aliran semuajadi air ke dalam kolam, ikan tidak perlu diberi makan dan boleh ditangkap pada sepanjang tahun. Biasanya terdapat beberapa siri kolam, di mana ikan-ikan akan dialihkan semasa proses pembesaran.

Akuakultur[sunting | sunting sumber]

Pada hari ini, kolam ikan banyak digunakan bagi tujuan akuakultur. Ia biasa digunakan di:

Kolam ikan juga banyak digunakan di negara-negara membangun. Ia menyumbang kepada sumber makanan dan pendapatan dari jualan ikan bagi petani kecil dan juga menyediakan saliran dan bekalan air bagi ternakan.[1]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]