Kolej Antarabangsa INPENS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Teks kecilINPENS merupakan singkatan kepada Industri Pendidikan Negeri Selangor. Kolej ini telah mempunyai lebih 26 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan.

Latar Belakang INPENS[sunting | sunting sumber]

Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat membolehkan INPENS International College (IIC) mengorak langkah maju ke depan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang semakin popular di kalangan institusi pengajian swasta yang ada. Dengan konsep tersebut, kumpulan sasaran terhadap strategi pemasaran kursus-kursus pengajian di IIC terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Dengan itu IIC terus bergerak secara proaktif dalam bidang pendidikan dengan motto Cemerlang Bersama INPENS.

Bermula dengan ilham YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhammad b. Haji Muhd. Taib, Menteri Besar Selangor pada 8 Jun 1993 IIC beroperasi di Bangunan Emile Woolf di Jalan Pudu. Ia didaftarkan di bawah No. Pendaftaran Syarikat 266436-D. Seterusnya pada tahun 1994, IIC beroperasi di Bangunan Ainomichi di Kelana Jaya, Petaling Jaya. Pada Mei 1998, IIC sekali lagi berpindah ke Pandan Perdana untuk menyediakan kemudahan yang terbaik bagi kakitangan dan para pelajarnya. Kemudian IIC telah berpindah kampusnya di Shah Alam sejak Mac 1999 yang dilengkapi dengan pejabat pentadbiran, dewan serta bilik kuliah, makmal, perpustakaan dan asrama pelajar. IIC juga telah menubuhkan cawangannya di Kuala Selangor pada tahun yang sama bagi menampung bilangan program dan pelajar yang semakin bertambah. Oleh kerana jumlah pelajar IIC yang kian berkembang IIC terpaksa berpindah ke kampusnya sendiri Bandar Armada Putra, Pulau Indah bagi menampung keperluan ini. Pada tahun 2008 pula, INPENS akhirnya berpindah ke sebuah kampus tetap yang terletak di Bandar Baru Kuala Selangor.

INPENS merupakan singkatan kepada Industri Pendidikan Negeri Selangor. Kolej ini telah mempunyai lebih 24 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta milik Yayasan Selangor dahulunya dan sekarang dimiliki oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) iaitu sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Penubuhan IIC adalah melambangkan hasrat murni kerajaan negeri dalam usahanya membangunkan industri pendidikan dan latihan di Selangor.

Untuk menjamin taraf dan kualiti sijil yang dikeluarkan, IIC telah mendaftarkan semua kursus yang dijalankan ke Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi mendapatkan persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).


Alamat INPENS INTERNATIONAL COLLEGE Jalan Semarak, 45000 Bandar Baru Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-3281 2617 Fax: 03-3281 2625

Program Ditawarkan

Perkhidmatan IIC adalah dalam menawarkan kursus-kursus di peringkat sijil dan diploma kemahiran di dalam bidang seperti :

Automotif - Elektrik - Elektronik - Estetik & Dandanan Rambut - Tekstil & Pembuatan Pakaian - Motosikal - Sistem Komputer - Kulinari & Pastri Penyamanan Udara -

Laman Web: www.inpens.edu.my

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]