Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kolej Islam Darul Ridzuan)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah
Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah.jpg
Maklumat am
Moto Berilmu, Beriman, Beramal, Berehsan
Ditubuhkan 1999
Jenis Kolej universiti swasta

Laman sesawang www.kuisas.edu.my
Pentadbiran
Pengerusi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah
Rektor Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff Hussain
Lokasi
Lokasi Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Negeri Perak
Negara Malaysia

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) atau nama rasminya ialah Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) (juga disebut Kolej Universiti Sultan Azlan Shah) adalah sebuah kolej universiti islam yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Negeri Perak, Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

KUISAS (dulu KISDAR) adalah hasil cetusan idea Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada tahun 1986. Ia kemudiannya direalisasikan pada tahun 1999 dengan kampus sementara yang terletak di Jalan Datuk Seri Shaari, Off Jalan Raja DiHilir, Ipoh dan dirasmikan oleh baginda pada 16 Oktober 1999. KISDAR telah ditubuhkan di bawah Enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Enakmen ini telah dibentang dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 19 November 2001 dan telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak pada 6 Mac 2002.

Pada 8 Februari 2006, Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan kerja-kerja pembinaan kampus tetap KISDAR (sekarang KUISAS) di atas sebidang tanah yang diwakafkan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Chandan Putri, Kuala Kangsar. Kampus tetap dengan kos pembinaan mencecah RM66 juta ini kemudiannya siap pada tahun 2008.

Pada 16 Julai 2009, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah merasmikan kampus tetap KISDAR di Bukit Chandan. Sultan Perak berharap KISDAR akan dinaiktaraf menjadi kolej universiti Islam pada satu masa nanti.

Sekarang, KISDAR dikenali umum sebagai Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) yang dirasmikan oleh Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada bulan April 2012.

Graduan KISDAR boleh melanjutkan pengajian di universiti ternama di Jordan (seperti Universiti Mu'tah, Universiti Hashimiyyah, Universiti Al al-Bayt, Universiti Yarmouk & Universiti Jordan) serta Syria dan juga Mesir.[1]

Identiti[sunting | sunting sumber]

  • Moto

Berilmu, beriman, beramal, berehsan

  • Falsafah

Mengintegrasikan Ilmu, Iman, Amal dan Ehsan

  • Wawasan

Beriltizam untuk membina Kecermelangan Generasi

Organisasi KUISAS[sunting | sunting sumber]

Pengurusan Tertinggi[sunting | sunting sumber]

  • Rektor: Datuk Wan Zahidi Wan Teh (Bekas Rektor, sehingga 2005)
  • Rektor: Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff Hussain (Bekas Rektor, 2005-2011)
  • Timbalan Rektor: Dr. Ahmad Husni Hasan (Bekas Timb. Rektor, 2005-2011)
  • Timbalan Rektor (Pentadbiran & Kewangan): En. Anas Md. Yusof (sehingga kini-2013)
  • Timbalan Rektor (Akademik & HEP): Prof. Madya Dr. Wan Sabri Wan Yusof (sehingga kini-2013)
  • Bendahari/Ketua Jabatan Kewangan: Pn. Nur Raihan Mohamed Nor (sehingga kini-2013)
  • Penasihat Undang-Undang: En. Zurul Na'im Zainol Rashid (sehingga kini-2013)

Dekan-Dekan[sunting | sunting sumber]

  • Dekan Pusat Kembangan & Penyelidikan: En. Sofian Sauri Hussein (sehingga kini-2013)
  • Dekan Akademik, Kemasukan & Rekod: En. Mohd Tajul Sabki Abdul Latib (sehingga kini-2013)
  • Dekan Hal Ehwal Pelajar: En. Ahmad Zaki Hasan
  • Dekan Fakulti Pengajian Islam: Dr. Masakaree Ardae
  • Dekan Fakulti Pengurusan & Teknologi Maklumat: Dr. Roslan Abd. Aziz
  • Dekan Pusat Bahasa & Pengajian Asasi: En. Azmi Ahmad

Ketua-Ketua Jabatan (Akademik)[sunting | sunting sumber]

  • Jabatan Bahasa Arab: En. Mohamad Faizal Amat@Mohd Yusoff
  • Jabatan Bahasa Inggeris: Pn. Shamimah Haja Mohideen
  • Jabatan Bahasa & Kesusteraan Arab: En. Mohd Arif Jusoh
  • Jabatan Syariah: Dr. Anwar Almustafa
  • Jabatan Usuluddin: Pn. Salmah Ibol
  • Jabatan Teknologi Maklumat: En. Azizi Ahmad
  • Jabatan Pengurusan: En. Anas Tajudin

Ketua-Ketua Jabatan (Pentadbiran & Lain-lain)[sunting | sunting sumber]

  • Jabatan Sumber Manusia: Pn. Zainab Mohamad
  • Jabatan Pentadbiran & Perancangan Strategik: En. Shahril Hezrin Shamsuddin
  • Jabatan Pengurusan Korporat: Mohammad Burhan Mohd Yusuff
  • Jabatan Konsultasi & Jalinan Industri: Dr. Ir. Ahmad Faizul Shamsudin
  • Jabatan Wakaf & Kebajikan: En. Husaini Ibrahim
  • Jabatan Perpustakaan: En. Nor Fadzil Shoib
  • Jabatan Pembangunan Kurikulum: En. Salman Saaid
  • Jabatan Kemasukan & Rekod: En. Mohd Irwan Shah Alli Akbar
  • Jabatan Pusat Islam: En. Muhammad Khairul Firdhaus Abdullah
  • Jabatan Pembangunan & Selenggaraan: En. Mohd Shuharizman Mohd Shuhaimi
  • Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi; En. Amiruden Mohamed Sharif
  • Jabatan Penyelidikan & Pasca Siswazah: Dr. Zul-Kifli Hussin
  • Jabatan Persidangan, Latihan Akademik & Pembangunan Sosial: En. Mohd Hussin Abdullah

Program Akademik[sunting | sunting sumber]

Pusat Pengajian Islam[sunting | sunting sumber]

  • Diploma Syariah Islamiyyah
  • Diploma Usuluddin
  • Diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab
  • Diploma Kaunseling Islam
  • Diploma Komunikasi Islam
  • Diploma Pengajian Islam
  • Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Al Qiraat

Pusat Pengajian Pengurusan[sunting | sunting sumber]

  • Diploma Teknologi Maklumat
  • Diploma Perbankan dan Kewangan Islam
  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Pengurusan Muamalat
  • Diploma Pentadbiran Perniagaan
  • Diploma Sains Komputer & Rangkaian

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]