Kolej Islam Sultan Alam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kolej Islam Sultan Alam Shah
Moto Bersama Merangkul Keunggulan
Ditubuhkan 1955
Jenis Sekolah berasrama penuh
Pengetua Tn Hj Abdullah bin Jusoh
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn Hjh Haznah bt Hamzah
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tn Hj Mohd Ismail bin Mohamood
Penolong Kanan Kokurikulum En Azlan bin Abd Aziz
Penolong Kanan Pra-Universiti Tn Hj Abdullah bin Hassan
Pengerusi PIBG Prof. Dr Mohd Khalil bin Roslan
Kod sekolah Bra0001
Lokasi Klang, Selangor
Nama singkatan KISAS
Telefon 0333711658
Faks 0333721148

Kolej Islam Sultan Alam Shah ialah sebuah sekolah berasrama penuh di Klang, Selangor, Malaysia.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1374H/1955M. Nama sebenarnya pada masa itu ialah Kolej Islam Malaya. Ia didirikan di atas sebidang tanah seluas kira-kira 14.3 ekar yang terletak di Jalan Kota Raja, iaitu kira-kira satu setengah kilometer dari bandar Kelang.

Kolej ini pada asalnya ialah sebuah istana yang kemudiannya diwakafkan oleh Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Baginda amat berharap agar kolej ini dapat melahirkan para ulama' yang bertakwa kepada Allah dan seterusnya menerangi masyarakat Malaysia ini dengan ruh-ruh Islam serta dapat menghapuskan segala bentuk kekufuran dan jahiliah yang ada.

Pada tahun 1386H/1966 M, Kursus Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya telah dipindahkan ke bangunan yang baru di Petaling Jaya (kini Pusat Pengajian Persediaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)dan seterusnya ke Bangi menjadi Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Namun begitu kursus persediaannya masih lagi dilaksanakan di Klang.

Pada tahun 1967, Kolej ini diambil oleh Kementerian Pelajaran dan menjadikan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang bernama Kolej Islam Kelang. Akhirnya pada tahun 1972, ia telah diangkat menjadi Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan sehingga ke hari ini.

Kemudian pada 1989, Kolej Islam Kelang telah ditukar nama kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan pada masa itu. Sehingga kini, bangunan bekas istana sultan tersebut masih dikekalkan.

Fail:Bg front.png
Bangunan Pejabat yang telah diubahsuai

[sunting] Kronologi Penubuhan KISAS

1. 1374H / 1955M

8 April - Perasmian Kolej Islam Malaya ( nama kolej ketika itu ) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Al- Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah. Bangunannya adalah sebuah istana hadiah Baginda sultan.

2. 1386H / 1966M

Kursus Tertinggi Kolej Islam Malaya dipindahkan ke Petaling Jaya sementara Kursus Persediannya dikekalkan di Klang dan nama kolej ketika itu telah diubah dengan rasminya kepada 'Kolej Islam Kelang'. Pada ketika yang sama Sijil Pelajaran Malaysia telah diperkenalkan di sini.

3. 1387H / 1967M

Kursus Persedian tersebut telah diambil alih oleh kerajaan pusat dan diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kolej Islam Kelang dimajukan sebagai sebuah sekolah menengah tinggi bantuan kerajaan.

4. 1389H / 1969M

Kursus Sijil Rendah Pelajaran dihapuskan. Hanya calon yang mempunyai SRP dan kepujian dalam matapelajaran Agama Islam serta lulus Bahasa Arab diterima ke Kolej. Kursus Tingkatan Enam diperkenalkan.

5. 1391H / 1971M

Kelas Tingkatan Empat telah dibuka untuk pelajar tingkatan empat.

6. 1392H / 1972M

Kolej Islam Kelang dijadikan sebuah Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan.

7. 1410H / 1989M

Perasmian nama baru kolej dari Kolej Islam Kelang kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah ( KISAS ).

[sunting] Syiar Kolej

Fastaqim kama umirta

Dipetik dari surah Hud, ayat 12. Ia bermaksud 'Maka tetaplah(istiqamah) kamu diatas jalan yang telah kamu diperintahkan'.

[sunting] Moto Kolej

'Bersama Merangkul Keunggulan'.

[sunting] Anugerah

  • Sekolah Elit
  • Sekolah Bestari
  • Sekolah Kluster fasa 1 tahun 2007
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Cemerlang
  • Anugerah Cemerlang Keseluruhan antara SBP 2008
  • Sekolah Berprestasi Tinggi (Januari 2010)

[sunting] Pencapaian

1) Akademik

  • Mendapat tempat pertama seluruh Malaysia dalam peperiksaan SPM untuk 2 tahun berturut-turut iaitu tahun 2004 dan 2005.
  • Mendapat tempat kedua seluruh Malaysia dalam peperiksaan SPM pada tahun 2000,2007 dan 2008.
  • Mendapat tempat ketiga seluruh Malaysia dalam peperiksaan SPM tahun 2001,2002 dan 2003,2006
  • Sentiasa berada dalam kelompok ketiga teratas seluruh Malaysia dalam peperiksaan SPM sejak penubuhannya hingga kini

2)Kokurikulum

  • Pernah mendapat Johan Kebangsaan dalam bahas Bahasa Melayu ,bahas Bahasa Inggeris,bahas Bahasa Arab,pesta pantun,drama kerjaya,pidato Piala Diraja,syarahan agama kategori lelaki dan perempuan
  • Pernah mendapat Naib Johan Kebangsaan dalam reka cita dan inovasi antara SBP
  • Johan zon tengah Malaysia f1 in school

[sunting] Sistem pembelajaran

Sistem pembelajaran di Kolej Islam Sultan Shah adalah mengikut kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain dari tiga peperiksaan konvensional, para pelajar juga boleh memilih untuk mengambil satu peperiksaan dalaman khas iaitu Sijil Khas Kolej (SKK).

[sunting] Tingkatan

  • Tingkatan Empat
  • Tingkatan Lima
  • Tingkatan Enam Bawah
  • Tingkatan Enam Atas

[sunting] Aliran

  • Sains Tulen Agama (SPM)
  • Sains Sosial Agama (SPM)
  • STPM
  • STAM

[sunting] Matapelajaran

[sunting] Teras

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah

[sunting] Elektif

  • Bahasa Arab Tinggi
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas

[sunting] Kebitaraan

Penanda arasan bagi anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan(SKK)

  • Bahasa Arab
  • Pengucapan Awam
  • Silat


[sunting] Etos Kolej

Penanda arasan bagi anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT)

  • Silat
  • Nasyid

[sunting] Kemudahan

[sunting] Dewan Besar Al-Muttaqin wal Muthaqqafin

Merupakan tempat berlangsungnya acara rasmi seperti perhimpunan Isnin, sambutan-sambutan perngkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Terletak di hadapan blok D.

[sunting] Dewan Terbuka/Centre of Excellence

Dewan ini adalah di mana perhimpunan harian (selain daripada perhimpunan Isnin) dijalankan.Selain itu, dewan ini digunakan sebagai alternatif jika dewan besar tidak boleh digunakan atas sebab sebab yang tertentu. Ia terletak di belakang blok B bersebelahan dewan kuliah.

[sunting] Dewan Riadah/Gimnasium

Gimnasium ini digunakan untuk latihan seni mempertahankan diri. Terletak berhampiran bangunan tingkatan 5.

[sunting] Dewan Peperiksaan Tingkatan Enam

Terletak di blok C, ia juga dipanggil dewan kecil. Ia digunakan untuk majlis berskala kecil.

[sunting] Dewan Kuliah(Dewan Ulul Albab)

Dewan ini adalah dewan yang penting di KISAS. Ia adalah sumbangan Kerajaan Arab Saudi. Dewan ini delengkapi dengan projektor, smartboard, whiteboard, penghawa dingin dan kerusi bermeja.

[sunting] Pejabat

Pejabat ini adalah satu-satunya bangunan istana yang masih kekal wujud sehingga hari ini.Ia lebih dikenali sebagai Istana Jemaah, mengambil nama bersempena isteri tuanku Sultan Hisammudinn iaitu Tengku Ampuan Jemaah. Ia terletak di antara blok A,B dan C.

[sunting] Bilik Guru

Ia terletak di blok A di tingkat 1 dan 2. Tingkat 2 menempatkan bilik-bilik ketua bidang dan bilik-bilik guru cemerlang. Manakala tingkat 1 ditempatkan bilik guru dan makmal komputer guru.

[sunting] Kantin

Terletak di belakang dewan kuliah.

[sunting] Padang Kecil

Terletak di sebelah bangunan A. Ia selalu digunakan untuk aktiviti riadah oleh pelajar lelaki.

[sunting] Padang Besar

Padang ini digunakan oleh kolej ketika sukan tahunan bagi acara-acara tertentu dan latihan sukan ragbi.

[sunting] Bilik Peperiksaan

Bilik ini adalah di mana guru-guru menggubal soalan dan menyimpan soalan dalaman.Bilik ini juga dilengakapi dengan komputer dan printer untuk menyemak kertas berbentuk jawapan objektif(JOB).

[sunting] Bilik Kokurikulum

Ia adalah tempat perancangan aktiviti kokurikulum serta nadi gerak kokurikulum kolej. Selain itu, bilik bagi penolong kanan Kokurikulum dan penyelarasa Kokurikulum ditempatkan disini.

[sunting] Bilik Kemahiran Al-Quran

Terletak di bangunan C. Bilik ini dilengkapi dengan surau yang berada bersebelahan.

[sunting] Bilik Rawatan

Bilik ini digunakan untuk berhubung dengan Penyelia Asrama (Kesihatan)

[sunting] Pusat Sumber

[sunting] Perpustakaan/PERKISAS

Terletak di bangunan B, PERKISAS adalah sumber pengetahuan yang penting serta boleh diakses oleh semua pelajar kolej.

[sunting] Bilik Tayangan Utama

Terletak di sebelah PERKISAS merupakan mini-auditorium yang digunakan ketika mesyuarat, juga berfungsi sebagai bilik sambutan delegasi luar yang melawat ke KISAS.

[sunting] Bilik Alat Pandang Dengar

Bilik ini biasa digunakan untuk pembelajaran interaktif.Bilik ini delengakapi dengan mesin OHP, projektor, dan televisyen.

[sunting] Dua Makmal Komputer

Makmal Komputer Lelaki dan Makmal Komputer Perempuan terletak di bangunan yang berbeza. Dilengkapi dengan set komputer dan akses internet jalur lebar.

[sunting] Dar Warisatul Anbiya'

Medan bagi para pelajar Kolej Islam untuk berpidato secara terbuka. Medan ini juga alternatif bagi dewan terbuka jika dewan terbuka tidak boleh digunakan atas sebab-sebab tertentu.

[sunting] Koperasi

Nadi ekonomi pelajar kolej ini terletak di bangunan B.

[sunting] Galeri

Banggunan ini baru dibina bersebelahan dengan Dewan Ulul Albab atau lebih dikenali sebagai Dewan Kuliah. Galeri ini berada di tingkat dua, dan dibina secara berkaca. Bilik ini menempatkan ratusan plak, piala dan sijil yang diterima oleh Kolej Islam dari generasi pertama sehinggalah hari ini. Galeri lama kini telah diubahsuai bagi menempatkan pelajar tingkatan enam.

[sunting] Asrama

[sunting] Asrama Putera

Mengandungi empat buah blok banggunan iaitu blok A,B,C dan D. Blok A iaitu Blok bagi Rumah Thariq yang berwarna hijau ialah banggunan asrama paling lama, iaitu dibina pada tahun 60-an. Blok B bagi Rumah Ali(Kuning), dibina pada tahun 70-an manakala Blok Omar(C) dan Blok Khalid(D), dibina pada tahun 80-an. Disebelah blok Khalid terletaknya dewan makan Putera. Disebelah blok Omar dan blok Khalid juga terletaknya padang tenis. Disebelah blok Thariq dan Ali terletaknya rumah ketua warden.

[sunting] Asrama Puteri

Berbeza dengan asrama Putera yang terletak di seberang jalan sekolah dan hanya boleh diakses dengan jejantas, asrama Puteri terletak didalam sekolah bersebelahan dengan kantin, padang besar dan Sekolah Menengah Jenis Persendirian Cina Chung Hwa. Asrama Puteri mengandungi 2 buah blok asrama 4 tingkat yang besar, sebuah padang futsal, padang hoki dan padang bola jaring. Didalamnya juga terdapat dewan makan Puteri dan 4 buah kuarters guru. Di sebelah belakangnya, terdapat kediaman rasmi pengetua Kolej Islam.

[sunting] Mussola(Surau)

[sunting] Mussola Sayyidina Ali

Lebih dikenali sebagai surau Putera, terletak didalam asrama Putera, tingkat bawah Blok Ali. Asrama ini menyaksikan pelbagai tazkirah, kuliah dan solat wajib. Surau ini juga dijadikan sebagai tempat berkumpul bagi seluruh warga Putera jika terdapat sebarang panggilan.

[sunting] Mussola Sayidatina Khadijah

Terletak dibawah Blok E asrama Puteri. Mussola ini sudah tidak digunakan lagi.

[sunting] Mussola al-Muqarabin

Terletak didalam asrama Puteri, baru dibina bagi menggantikan Mussola Sayidatina Khadijah. Sangat luas malahan mampu menampung kesemua warga Putera Puteri Kolej Islam. Disini menyaksikan pelbagai acara rasmi sekolah yang berkaitan dengan aktiviti keagamaan seperti, Ihya Ramadhan, sambutan Hari Raya Aidil Adha dan pelabagai lagi. Pada tahun 2010, pihak Kolej tidak membenarkan pelajar yang mengambil SPM untuk pulang, maka disinilah tempat semua warga Kolej berkumpul menyambut hari raya bersama-sama. Pada tahun 2009 juga, pengetua Kolej Islam sendiri iaitu Ustaz Abdullah Jusoh yang menyampaikan khutbah hari raya Aidil Adha. Berbeza dengan tahun 2010, semua pelajar diminta untuk bersolat hari raya di Masjid Diraja Sultan Sulaiman yang terletak bersebelahan dengan Istana Alam Shah.

[sunting] Dewan Makan

[sunting] Dewan Makan Putera

Terletak didalam asrama putera.

[sunting] Dewan Makan Puteri

Terletak didalam asrama puteri.

[sunting] Bilik Makan VIP

Terletak didalam kantin. Digunakan bagi menyambut delegasi bertaraf VIP sahaja seperti ketua ketua sektor mahupun pengarah jabatan.

[sunting] Bilik Makan VVIP

Terletak diantara surau kecil Putera dan bilik tetamu VVIP. Bilik ini digunakan hanya digunakan bagi menyambut ketibaan VVIP seperti tuanku Sultan Selangor dan kerabat, menteri-menteri mahupun orang ternama dari luar negara.

[sunting] White House(Rumah tetamu)

Dahulunya ia merupakan rumah tetamu bagi tuanku Sultan. Selepas tuanku Sultan bermurah hati mewakafkan istananya, rumah ini dijadikan rumah tetamu dan rumah warden. Semenjak tahun 90-an, rumah ini tidak lagi diduduki, kerana kondisinya yang sudah tidak selamat. Rumah ini tidak boleh diruntuhkan kerana rumah ini dan Istana Jemaah telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia UNESCO 2010.

[sunting] Aktiviti pelajar

KISAS cukup dikenali dengan kebitaraannya iaitu pengucapan awam, bahasa Arab serta silat. Selain itu aktiviti lain juga membawa reputasi yang memuaskan. KISAS juga sangat mementingkan kemahiran pelajar berorganisasi.

[sunting] Kelab dan persatuan

  • Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu (PERSADA)
  • English Language Society (ELS)
  • Persatuan Bahasa Arab
  • Kelab Kerjaya
  • Kelab UNESCO
  • Kelab Rukun Negara
  • Kelab Fotografi dan Videografi (SASIC Multilens Club@SMC)
  • Kelab Gamelan

[sunting] Pakaian seragam

  • Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
  • Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  • Jabatan Pertahanan Awam (JPA3)
  • Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
  • Kadet Bomba dan Penyelamat
  • Persatuan Pengakap
  • Pandu Puteri
  • Kadet Polis Trafik
  • Pertubuhan Puteri Islam
  • Persatuan Sains

[sunting] Seni pertahanan diri

[sunting] Sukan dan permainan

  • Bola sepak
  • Ragbi
  • Tenis
  • Badminton
  • Permainan dalaman
  • Bowling (tenpin, padang dan petanque)
  • Kriket
  • Bola tampar
  • Sepak takraw
  • Memanah

[sunting] Badan Khas

  • Lembaga Ketua Pelajar(LKP)
  • Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)
  • Lembaga Pengawas Perpustakaan(PerKISAS)
  • Badan Dakwah dan Rohani(BADAR)
  • Multimedia Unit(MMU)
  • Kelab Siber KISAS(KSK)

[sunting] Persatuan Bekas Pelajar

Persatuan bekas pelajar Kolej Islam bagi 3 Kolej Islam iaitu Kolej Islam Malaya, Kolej Islam Klang dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, lebih dikenali sebagai Persatuan Alumni Kolej Islam, Klang, Malaysia(ALKIS).

[sunting] Universiti Islam Malaya

Pada 8 April 2011 telah diadakan perjumpaan antara YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor; Pengerusi LEPAI dengan YB Dato’ Seri Muhamad Khaled Nordin; Menteri Pengajian Tinggi di Pejabat YB Menteri Kementerian Pengajian Tinggi di Kompleks E, Putrajaya. Perjumpaan tersebut diadakan bagi memaklumkan usaha LEPAI untuk mengaktifkan semula KIM dan membincangkan perkara berkaitan tentang penubuhan Universiti Islam Malaysia. Perjumpaan tersebut diadakan rentetan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 pada 13 – 14 Oktober 2010 di Istana Negara bagi mengaktifkan semula Kolej Islam Malaya dengan nama Universiti Islam Malaysia.Pautan luar

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan