Kolej Kediaman Unimap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kolej Kediaman UniMAP merupakan satu organisasi yang penting dalam pengurusan kebajikan dan penempatan penginapan mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menjalani pengkuliahan di Universiti Malaysia Perlis. Pada masa kini Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mempunyai 7 buah kolej kediaman yang terletak disekitar Kangar, Pauh, Padang Besar dan Simpang Empat. Setiap pelajar yang menjalani sesi pengajian di UniMAP diwajibkan untuk menetap di kolej kediaman yang disediakan.

Pengurusan Kolej Kediaman UniMAP terdiri dari Pengetua, Penolong Pengetua, Penolong Pengurus Asrama, Pembantu Tadbir, dan Pekerja Rendah Awam dan juga Majlis Perwakilan Kolej Kediaman (MPKK)

Semua jawatan tersebut adalah untuk memantapkan pengurusan Kolej Kediaman UniMAP dan menjaga kebajikan pelajar yang menetap di kolej tersebut

Senarai kolej kediaman UniMAP[sunting | sunting sumber]

  • Kolej Kediaman Kampus Utama Pauh Putra
  1. KKTAR - Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman (PFI1)
  2. KKTTF - Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah (PFI2)
  3. KKPP - Kolej Kediaman Pauh Putra (Bumita)
  4. KKA - Kolej Kediaman Antarabangsa (CIL)


  • Kolej Kediaman Luar Kampus Utama
  1. KKTAG - Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani (Wang Ulu) di Kangar
  2. KKTAAB - Kolej Kediaman Tun Abdullah Ahmad Badawi (Simpang 4) di Simpang Empat
  3. KKUA - Kolej Kediaman Uniciti Alam (Uniciti) di Padang Besar

Rujukan[sunting | sunting sumber]