Kolej MARA Kuala Nerang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej MARA Kuala Nerang
MotoKeunggulan Budaya Kita
Ditubuhkan pada1 Dis 1994
PengarahPn. Hajah Ani Mardiah Binti Azmin
Lokasi,
Laman sesawang[1]/ www.kmkn..edu.my

Kolej MARA Kuala Nerang ataupun popular dengan akronimnya KMKN merupakan sebuah institusi pendidikan di bawah Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menjalankan program asasi untuk universiti tempatan dan juga luar negara.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Kolej Mara Kuala Nerang (KMKN) terletak di daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman. KMKN mengambil nama bersempena dengan nama Kuala Nerang; pekan yang terletak hanya 1 kilometer daripada institusi ini. Malahan, KMKN boleh dianggap mempunyai kedudukan yang strategik kerana dijarakkan dengan Bandaraya Alor Star dengan 40 kilometer sahaja. Hal ini memudahkan sesiapa sahaja untuk datang ke kolej ini terutamanya mereka yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kolej MARA Kuala Nerang atau ringkasnya KMKN, memulakan operasi dan misi utamanya dalam mendidik anak bangsa bermula pada 1 Disember 1994. Pembinaannya telah menelan belanja sebanyak RM16 juta di dalam kawasan seluas 36 ekar yang terdiri daripada bangunan pentadbiran, bangunan akademik dan kolej kediaman (asrama).

KMKN terletak di daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman. Seperti pusat IPMa (Institusi Pendidikan MARA) yang lain, kolej ini dinamakan Kuala Nerang sempena lokasinya yang terletak di Kuala Nerang iaitu bandar utama daerah Padang Terap. Pada asal pembangunannya, KMKN mempunyai sebuah pejabat pentadbiran yang bersambung terus dengan dua bangunan akademik utama iaitu blok akademik Utara (kini dikenali sebagai Cemerlang) dan Selatan (kini dikenali sebagai Gemilang), Recreation Center (kini dikenali sebagai Dataran Usahawan), dewan selera, tiga buah kolej kediaman iaitu blok L (kini dikenali sebagai Iman), blok P (kini dikenali sebagai Ikhlas) dan blok Q (kini dikenali sebagai Ikhsan), 4 buah rumah Semi-D setingkat (kini salah satunya didiami oleh Ketua Warden, selebihnya didiami oleh warden), dewan utama, pondok pengawal, perpustakaan dan surau.

Selepas beberapa tahun, KMKN menerima suntikan dana untuk menaiktaraf prasarana yang sedia wujud dan membina kemudahan-kemudahan baru. Antaranya pada tahun 1998, surau kolej diperbesarkan untuk menampung kapasiti pelajar dari 600 orang kepada 1000 orang. Pada tahun 2002, kediaman pengarah dan blok R (kini dikenali sebagai Iltizam) dibina. Empat tahun berikutnya, pembinaan blok Unggul, blok F (kini dikenali sebagai Insaniah) dan kediaman timbalan pengarah siap dilaksanakan.

Program Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Matrikulasi[sunting | sunting sumber]

Martikulasi merupakan program pendidikan untuk selepas SPM sebelum mereka menyambung ijazah di universiti-universiti tempatan. KMKN merupakan program matrikulasi perakaunan tunggal di bawah MARA; untuk membezakan dengan Kolej MARA Kulim yang mengendalikan program matrikulasi sains. Namun bermula sesi 2007/2008; program matrikulasi sains telah bermula di KMKN dengan kumpulan pertama adalah seramai 556 pelajar.

Skim Pelajar Terbuka

Program Foundation in Science & Technology Universiti Kuala Lumpur (FiST-UniKL)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]