Kolej Matrikulasi Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Matrikulasi Melaka
Logo Kolej Matrikulasi Melaka
MotoKarisma, Maju, Mulia
Ditubuhkan pada19 Jun 1999
PengarahDatin Roslina Binti Abdul Rashid
Lokasi, ,
2°19′50.93″N 102°5′17.28″E / 2.3308139°N 102.0881333°E / 2.3308139; 102.0881333Koordinat: 2°19′50.93″N 102°5′17.28″E / 2.3308139°N 102.0881333°E / 2.3308139; 102.0881333
Laman sesawanghttp://www.kmm.matrik.edu.my/

Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) ialah sebuah kolej matrikulasi yang terletak di Londang, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka, Malaysia.[1] Kolej ini merupakan kolej matrikulasi pertama dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) seluas lebih kurang 85 ekar terletak di Londang, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Kolej ini telah siap dibina pada 1 Jun 1999. Sebanyak 61 orang staf kolej telah mula bertugas mulai tarikh tersebut dan pengambilan pelajar sulung sesi 1999/2000 bermula pada 19 Julai 1999. Kolej ini ditubuhkan dengan matlamat Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu untuk menyediakan pelajar-pelajar mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS). Kolej ini adalah di bawah pentadbiran Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Terdapat tiga jabatan akademik yang menguruskan hal ehwal akademik di Kolej Matrikulasi Melaka. Jabatan tersebut ialah Jabatan Matematik, Jabatan Sains dan Jabatan Sastera Ikhtisas. Bagi menguruskan hal ehwal pelajar, satu jabatan baru diwujudkan bermula tahun 2007 iaitu Jabatan Pengurusan Pelajar. Di bawah jabatan ini, terdapat Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Kokurikulum dan Unit Hal Ehwal Pelajar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kolej Matrikulasi di Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada 2018-08-08.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. Tapak web rasmi Kolej Matrikulasi Melaka