Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) ialah salah sebuah kolej matrikulasi yang dikendali sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Negeri Sembilan, Malaysia.[1] Kolej matrikulasi ini dibuka pada 1 Januari 2000 dan mula menerima kemasukan pelajar pertamanya seramai 491 orang dari Kolej Matrikulasi Melaka. Pada 14 Februari 2000 kolej ini telah mendaftarkan pelajar seramai 2,135 orang. Jumlah pelajar terus meningkat menjadi lebih kurang 2,418 orang termasuk bukan Bumiputera pada 5 April 2003. Pada 16 Mei 2007 pula, seramai 2412 orang pelajar mendaftar di KMNS.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kluster COVID-19 dan isu pengurusan[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2021, KMNS terlibat dengan isu jangkitan COVID-19 apabila beberapa pelajar yang pulang ke kampus disahkan positif jangkitan itu, menyebabkan satu perintah kuarantin dikeluarkan kepada para pelajar KMNS di kampus.[2] Ketika itu, KMNS dikritik persatuan pelajar negara berikutan pengurusan kawalan jangkitan COVID-19 KMNS yang dilihat sambalewa seperti ketiadaan ujian jangkitan, kelengakapan pencegahan jangkitan serta penjarakan fizikal.[3] Perkara ini dikatakan berbalik kepada dasar baharu kerajaan yang menghalang pewajiban ujian COVID-19 kepada para pelajar seluruh Malaysia yang kembali ke kampus pada masa itu serta dasar pentadbiran pusat matrikulasi yang mewajibkan peperiksaan secara fizikal lalu memaksa para pelajar, termasuk dari kawasan berisiko tinggi untuk pulang ke kampus.[2][3]

Satu lagi kluster COVID-19 muncul di KMNS pada Disember tahun sama, melibatkan puluhan orang warga kolej, menyebabkan KMNS diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) (Pentadbiran), dengan nama kluster rasmi Kluster Intan Delima 2.[4] Dalam isu ini, KMNS dikritik sekali lagi oleh para pelajar akibat pengurusan sambalewa serta pengurusan PKPD yang tidak beretika.[5]

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Menyediakan lulusan Program Matrikulasi bagi memenuhi keperluan institusi pengajian tinggi awam dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
  • Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.
  • Mensasarkan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pelajar mendapat PNGK 4.00 bagi pelajar Program Matrikulasi Satu Tahun dan 60% daripada jumlah pelajar mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 bagi pelajar Program Matrikulasi Satu Tahun.

Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

  • Visi – Penjana unggul pelajar Bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam sains, teknologi dan profesional menjelang 2020.
  • Misi – Membangunkan potensi pelajar Bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. Dumbo asal boleh dia nak awek sabah memantat je kerja.

Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah, 4 orang Ketua Jabatan (Jabatan Sains, Jabatan Matematik, Jabatan Sastera Ikhtisas dan Jabatan Pengurusan Pelajar), 12 orang ketua unit, seorang Pustakawan, seorang PTM, seorang Penolong Pengarah Peperiksaan, 187 orang pensyarah dan 69 orang staf sokongan.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Kediaman[sunting | sunting sumber]

KMNS mempunyai 3 kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Jauhari (A), Kolej Kediaman Bestari (B) dan Kolej Kediaman Cendikia (C). Pengurusan di kolej kediaman diketuai oleh seorang Pengetua Kolej Kediaman dan dibantu oleh Ketua Felo, Felo, Ketua Penyelia Asrama dan Penyelia Asrama.

Makan minum[sunting | sunting sumber]

Pihak kolej tidak menyediakan makan minum percuma kepada pelajar tetapi menyediakan kafetaria di blok A,blok B dan blok C. Manakala kafetaria D adalah untuk pihak pentadbiran dan warga KMNS. Setiap kafetaria dikawal selia oleh satu jawatankuasa khas dari semasa ke semasa dari segi harga, kualiti makanan, kebersihan, layanan dan sebagainya.

Kemudahan pembelajaran[sunting | sunting sumber]

Terdapat 9 buah dewan kuliah, 46 bilik tutorial dan 40 makmal sains. Selian itu, KMNS juga memiliki 7 buah makmal komputer, dengan setiap satu makmal mempunyai 31 buah komputer. Sebuah perpustakaan juga didirikan, dan dilengkapkan dengan buku rujukan dan kemudahan internet.

Kemudahan sukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat kompleks sukan bagi menggalakkan pelajar bergerak aktif antaranya kemudahan permainan bola sepak, gimnasium, bola tampar, tenis, badminton, squash, bola keranjang, bola jaring, petanque, hoki dan ping pong.

Terdapat juga sebuah gimnasium yang boleh digunakan oleh semua warga kolej.

Pada tahun 2017, KMNS telah menjadi tuan rumah untuk acara Karnival Kokurikulum Kolej Matrikulasi (KAKOM) dan Kejohanan Olahraga Zon Selatan Kolej Matrikulasi.

Pada 2018 dan 2019, KMNS telah menganjurkan pertandingan VIPER: MATRIX CHALLENGE yang disertai oleh semua kolej matrikulasi seluruh Malaysia.

Bilik Gerakan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar[sunting | sunting sumber]

Kemudahan bagi pelajar yang berminat untuk bergerak aktif dalam berpersatuan. Ia mengandungi bilik mesyuarat, bilik komputer, bilik AJK persatuan dan sebagainya.

Kebajikan[sunting | sunting sumber]

  • Menyediakan kedai runcit ( softlan )
  • One-Stop Centre (OSC)
  • Kaunter Peperiksaan
  • Kaunter Penyelia Asrama
  • Bilik Bimbingan dan Kaunseling
  • The Rock
  • The Rock Cafe
  • Kolam ikan
  • Trek Mountain Bike
  • Bukit Cabaran (tapak perkhemahan)
  • Bilik rekreasi di setiap blok kediaman pelajar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kolej Matrikulasi di Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada 2018-08-08.
  2. ^ a b Mohd, Hariz; Razak, Aidila (18 Januari 2021). "Covid-19: Pelajar Kolej Matrikulasi N Sembilan jalani kuarantin". Malaysiakini. Dicapai pada 8 Disember 2021.
  3. ^ a b "Kolej Matrikulasi NS gagal tangani penularan di kampus - persatuan pelajar". Malaysiakini. 28 Januari 2021. Dicapai pada 8 Disember 2021.
  4. ^ Assan, Norafidah (3 Disember 2021). "PKPD pentadbiran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan". Sinar Harian. Dicapai pada 8 Disember 2021.
  5. ^ Zulkafli, Nazrin (3 Disember 2021). "'Masa berkumpul tiada SOP, kes Covid-19 naik salahkan pelajar'". Sinar Harian. Dicapai pada 8 Disember 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]