Kolej Tunku Kurshiah
| Jenis | Kolej, Sekolah kerajaan |
|---|---|
| Kod sekolah | NEB4096 |
| Lokasi | |
| Telefon | 6067625351 |
| Faks | 6067619906 |
Kolej Tunku Kurshiah (KTK) atau Tunku Kursiah College (TKC), merupakan sebuah sekolah berasrama penuh perempuan yang terletak di Jalan Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
Pada 2009, Kolej Tunku Kurshiah memiliki 0 pelajar lelaki dan 548 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 548 orang. Ia mempunyai seramai 62 orang guru.2009
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
Tunku Kurshiah College telah ditubuhkan pada tahun 1947, mulanya diletakkan di 2 1/2m Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Sekolah ini secara rasminya dibuka oleh Lady Gent, isteri kepada Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union.
Dalam bulan April 1962, kolej ini telah berpindah ke tapak berukuran 22 ekar di Bukit Merbah, Jalan Tunku Kurshiah, Seremban. Namanya diambil sempena nama Tuanku Puan Besar Kurshiah Permaisuri Agong yang pertama. Klej ini telah diisytiharkan terbuka oleh Almarhum Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 24 Mei 1963.
Terdapat empat buah rumah iaitu Tun Fatimah (biru), Mahsuri (merah), Selendang Delima (hijau) dan Siti Zawiah (kuning). Rumah-rumah ini bersaing untuk mendapatkan anugerah Husnul Khotimah.
[sunting] Lagu Sekolah
Kolej Tunku Kurshiah,
Kolej ulung di negara Malaysia,
Kami pelajar bersumpah,
Akan teguh patuh memeliharanya
Kolej Tunku Kurshiah,
Kolej mulia berjasa,
Moga-moga tuhan memberi rahmatnya,
Sentosa Kolej Tunku Kurshiah.
[sunting] Alamat
- Kolej Tunku Kurshiah (SMBP)
- Jalan Tunku Kurshiah
- 70400, Seremban
- Negeri Sembilan, Malaysia
- Telefon = 6067625351
- Fax = 6067619906