Komku
|
|
Rencana ini memerlukan rujukan tambahan untuk pengesahan. |
Komku ialah sebuah slanga yang digunakan di Malaysia untuk merujuk kepada komik. Kadangkala, perkataan ini juga digunakan untuk merujuk kepada komik yang berasal dari Malaysia[1].
Isi kandungan |
Etimologi [sunting]
Perkataan Komku ialah gabungan dua perkataan bahasa Melayu, buku dan komik. Perkataan komik dan buku digabungkan dan menjadi komku. Perkataan asal bahasa Melayu, buku komik diterbalikkan dan menjadi komik buku yang membawa kepada perkataan komku[2].
Sejarah komik di Malaysia [sunting]
| Pengertian Komku dalam Wikikamus bahasa Melayu, sebuah kamus bebas. |
Sejarah komik di Malaysia bermula sebelum kemerdekaan. Ia dimulakan dengan akhbar dan majalah yang ditulis dengan tulisan Jawi atau Rumi. Antara akhbar dan majalah tersebut ialah Majlis, Warta Jenaka, Utusan Melayu dan banyak lagi[3]. Antara pelukis komik yang terkenal pada masa itu ialah Osman Kangkung, Yahya Saidin dan Ali Sanat. Pada masa itu, komik digunakan sebagai inspirasi untuk merdeka[4].
Pada tahun 50an, beberapa syarikat penerbitan di Singapura begitu serius menerbitkan pelbagai majalah dan genre komik. Ini kerana sambutan yang diterima pada masa itu. Syarikat-syarikat penerbitan ini mengeluarkan majalah dan komik mengisi bahan bacaan orang Malaysia yang mengalami penderitaan selepas perang[5].
Pada tahun 60an, ada beberapa majalah yang terkenal di kalangan remaja. Antaranya ialah majalah Filem yang menyediakan ruangan komik sebanyak dua halaman. Pada tahun 70an majalah Gila-Gila[6] yang pertama diterbitkan. Ia mendapat perhatian pembaca dengan pantas. Majalah Gila-Gila bukanlah majalah komik yang pertama diterbitkan. Sebelum majalah Gila-Gila muncul, terdapat juga majalah seperti majalah Ha Hu Hum[5].
Pada tahun 90an, banyak komik di Malaysia mula terpengaruh dengan gaya lukisan Manga dari Jepun. Pengaruh ini banyak dilihat di majalah-majalah seperti, Gempak dan Utopia[7].
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ Urban Dictionary
- ↑ Wikikamus Kamus Bebas
- ↑ [1] Mencari Asal Usul
- ↑ Carian Google Google
- ↑ 5.0 5.1 Terdapat sebuah muka surat yang menceritakan sejarah komik di Malaysia Teknik melukis kartun & komik
- ↑ Majalah Gila-Gila
- ↑ Laman Sesawang Gempak Starz Majalah Gempak dan Utopia