Kompleks Sejarah Matang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kompleks Sejarah Matang terletak di Matang, Taiping, Perak.

Kompleks ini berbentuk sebuah kota yang dibina daripada batu-batu yang diangkut dari Gunung Hijau, Taiping.

Asalnya kota ini menjadi rumah, pejabat pentadbiran, kota dan kubu pertahanan bagi Menteri Larut yang bernama Ngah Ibrahim bin Long Jaafar dan dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim

Pada tahun 1840, Long Jaafar merupakan orang yang pertama menjumpai bijih timah di Malaysia iaitu di Larut, Perak. Kerja-kerja melombong menggunakan teknik melampan iaitu mangkuk sebesar kuali daripada kayu. Sesetengah tempat memanggilnya mendulang.

Kekayaan Long Jaafar melimpah kepada Ngah Ibrahim yang dilantik sebagai Menteri Jajahan Larut oleh Sultan Abdullah selaku Sultan Perak. Setiap tahun Ngah Ibrahim mestilah membayar sejumlah wang bayaran kepada Sultan Perak.

Pada tahun 1874, Perjanjian Pangkor ditandatangani di atas kapal HMS Pluto bagi mendamaikan sengketa pelombong bijih timah yang tidak terkawal lagi oleh Ngah Ibrahim. Perjanjian ini memberi kesan besar kepada Menteri Ngah Ibrahim kerana tidak lagi mempunyai kuasa mengutip cukai kepada setiap tauke dan pelombong bijih timah.

Komplot membunuh JWW Birch di Pasir Salak menyebabkan beliau dibuang ke Pulau Seycheles di benua Afrika. Di sana Menteri Ngah Ibrahim cuba merayu pulang ke Larut tetapi ditolak. Akhirnya rayuannya diterima dan dihadkan di Singapura.

Tapak kota ini seluas 0.894 hektar.

Ia pernah digunakan sebagai :

  • 1913 - 1922 Maktab Perguruan Melayu Matang
  • 1913 - 1941 Sekolah Melayu
  • 1941 - 1945 Markas Operasi Tentera Jepun
  • 1945 - 1984 Sekolah Melayu
  • 1985 - Kompleks Sejarah Matang