Komputer rumah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Apple II (1977), dengan pemacu cakera liut kembar dan monitor. Komputer Apple II juga menonjolkan papan kekunci bersepadu, bunyi, selongsong plastik, dan lapan slot tambah dalaman.

Komputer rumah ialah kelas komputer peribadi yang menyertai pasaran pada tahun 1977 dan kemudian menjadi umum pada sepanjang dekad 1980-an.[1] Ia dipasarkan sebagai komputer peribadi yang mampu dibeli oleh orang ramai, selain daripada:

  • lebih berupaya, berbanding dengan konsol permainan video;
  • lebih murah daripada komputer perniagaan atau komputer berasaskan teknik.

Pendekatan penjualan persisian secara berasingan merupakan salah satu ciri yang mentakrifkan rumah komputer. Komputer rumah seringnya menghasilkan grafik dan bunyi yang lebih baik, berbanding dengan komputer peribadi perniagaan pada masa itu. Sesungguhnya, sempadan antara komputer rumah dan komputer peribadi perniagaan kemudian dikaburi kerana kedua-duanya menggunakan sistem pengendalian, pemproses, dan persisian yang sama.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Komputer rumah direka bentuk dan dipasang siap untuk penggunaan pengguna biasa, berbeza dengan pendahulunya yang menyasarkan para peminat elektronik dan yang seringnya disediakan dalam bentuk kit, dengan suis dan lampu blinken dipasang pada sebelah hadapan komputer.[3] Untuk mengelakkan pembelian pengawas demi menjimatkan wang, komputer rumah yang awal seringnya dipasang kepada televisyen keluarga, baik secara terus mahupun melalui pemodulat RF.[4] Semua peranti persisian biasanya dibekalkan oleh pengeluar sebagai aksesori kos tambahan. Peranti itu seringnya tidak boleh saling bertukar antara jenama komputer rumah yang berlainan dan kekadang juga, antara model-model yang berturutan bagi jenama yang sama.

Komputer rumah mampu dibeli oleh orang awam selepas mikropemproses dikeluarkan secara besar-besaran pada pertengahan dekad 1970-an. Pada awal dekad 1980-an, kebanyakan komputer rumah bersandarkan teknologi mikropemproses 8-bit, umumnya MOS Technology 6502 dan Zilog Z80. Sebagai mekanisme storan, banyak komputer rumah pada mula-mulanya menggunakan kaset audio padat yang amat perlahan dan tidak tuntas. Pemacu cakera liut 5.25" kemudian menjadi piawai. Pemiawaian format cakera masih tidak umum, dengan model-model yang berlainan menggunakan format cakera yang berbeza, walaupun model-model itu dikeluarkan oleh pengeluar yang sama. Berbanding dengan komputer moden, kebanyakan sistem pengendalian komputer rumah seringnya disimpan dalam cip ingatan baca sahaja (ROM) dan justera itu, menyebabkan masa yang diperlukan untuk menghidupkan komputer sangat pantas (tidak melebihi beberapa saat). Bagaimanapun, ia mengakibatkan sebarang peningkatan tidak mungkin atau terlalu susah, kecuali melalui pembelian unit yang baharu. Antara muka penggunanya biasa terdiri daripada pentafsir bahasa pengaturcaraan BASIC dan penyunting skrin atau penyunting baris berasaskan aksara, dilengkapkan dengan atur-atur cara penggunaan tambahan untuk melakukan tugas sistem pengendalian yang lain.

Selepas kejayaan sistem komputer seperti RadioShack TRS-80, Commodore PET, dan Apple II pada tahun 1977, banyak mesin yang baharu mula muncul pada akhir dekad 1970-an dan awal 1980-an. Sejak sekitar tahun 1985, pasaran komputer rumah atasan mula dikuasai oleh komputer rumah "generasi berikut" yang mempergunakan cip Motorola 68000 16-bit yang meningkatkan keupayaan siri Amiga dan Atari ST dengan ketara. Pengenalan IBM PC pada bulan Ogos 1981 akhirnya menyebabkan pemiawaian pengkomputan peribadi, sebahagian besarnya kerana seni bina terbuka sistemnya menggalakkan pengeluaran klon pihak ketiga. Penurunan harga komputer peribadi serasi IBM serta peningkatan keupayaan konsol permainan video kemudiannya mengakibatkan kehilangan pasaran komputer rumah pada dekad 1990-an.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Home of the home computer website
  2. Jeremy Reimer. "Personal Computer Market Share: 1975-2004", Ars Technica, December 2005. Dicapai pada 2008-02-13. 
  3. The Altair 8800 used binary LEDs and switches, and came as a kit
  4. Initially, the TI99/4 could not offer a FCC certified RF-modulator, and had to use an expensive modified TV instead

Pautan luar[sunting | sunting sumber]