Bahasa Melayu Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Komunikasi di Negeri Perlis)
Bahasa Melayu Kedah
بهاس ملايو قدح
Chakap Kedāh/Pelet Kedāh/Pelet Utaghā
Asli kepada Malaysia,  Thailand,  Myanmar
KawasanKedah, Perlis, Pulau Pinang, utara Perak (Malaysia), Trang dan Satun (Thailand) juga Langkat, (Indonesia) serta Tanintharyi/Tanah Sari (Myanmar)
EtnikMelayu Kedah
Penutur bahasa
4,000,000
Austronesian
Kod bahasa
ISO 639-3meo

Bahasa Melayu Kedah atau Pelat Utagha[1] merupakan sebuah bahasa Austronesia dan salah satu Varian Bahasa Melayu yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di Negeri Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, dan Perlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun.

Seorang pemuda sedang bercakap dalam dialek Kedah

Penduduk di Trang, Thailand juga menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand [2] Penutur dialek Melayu ini keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua). Selain negari-negari tersebut, bahasa ini juga dituturkan di selatan Myanmar dan sebuah tempat di utara Sumatera. Masyarakat setempat merujuk kepada Bahasa Melayu Kedah ini sebagai loghat utara (dialek Utara-oleh Malaysia) dan pelat Kedah (dialek Kedah di Negeri Kedah).

Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran (standard), Bahasa Kedah Pattani ataupun Kedah Hulu iaitu di Baling, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain-lain (Luar Malaysia).

Kosa kata dialek Kedah[sunting | sunting sumber]

Contoh Bahasa Melayu Kedah:

Dialek Kedah (Subdialek Piawai) Bahasa Melayu Piawai (Malaysia)
Hang Kamu, Engkau
Cek, Kami Saya, Aku
Dépā Mereka
Hangpā, Hampa Kalian, Korang
Sépā (Hanya digunakan disesetengah tempat) Kami
Pi Pergi
Mai Datang, Mari
Awat, Pasepā Mengapa
Lā, Lāni Sekarang
Sat Sebentar, Sekejap
Mengkalā Bila, Apabila
Ketegaq Degil, Keras Kepala
Jom (digunakan secara meluas dalam Bahasa Melayu) Ayuh, Mari
Kot (digunakan secara meluas dalam Bahasa Melayu) Mungkin, Barangkali
Geghék Basikal (juga digunakan oleh masyarakat di kawasan bandar)
Mertun Tukul
Lempaq Baling
Menghabat Memanjat
Ligan Kejar
Loq Laq Tak senonoh
Ketit Gigit kecil
Tokak Gigit
Berlemuih Comot
Cemuih Bosan

Rujukan[sunting | sunting sumber]