Kong Cho Ha
| Yang Berhormat Dato' Seri Kong Cho Ha |
|
![]() |
|
|
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
|
|
| Tempoh berjawat 9 April 2009 – 1 Jun 2010 |
|
| Didahului oleh | Ong Ka Chuan |
|---|---|
| Digantikan oleh | Chor Chee Heung |
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 1999 |
|
| Majoriti | 298 |
|
|
|
| Tarikh lahir | 15 September 1950 (umur 60) |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Ahli Parlimen |
YB Dato' Seri Kong Cho Ha (lahir 15 September 1950[1]) adalah ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia selepas Pilihan Raya Umum 2004.[2] Pada bulan April 2009, he menggantikan Dato' Seri Ong Ka Chuan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.[3] Beliau masih merupakan ahli parlimen Lumut, Perak dari MCA, sebuah parti komponen Barisan Nasional. Di peringkat akar umbi beliau adalah pengerusi MCA Negeri Perak yang juga Setiausaha Agung MCA.[4]
Politik [sunting]
Beliau merupakan Ahli Parlimen Lumut, Negeri Perak dari Barisan Nasional - MCA. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Suwardi Sapuan dengan majoriti sebanyak 298 undi. Beliau memperolehi 25,698 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 25,400 undi.
Pada 20 Mac 2010, beliau mengumumkan beliau akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti pada 28 Mac 2010.
Pada pemilihan jawatan Naib Presiden MCA dua tahun lalu, Cho Ha memperoleh undian tertinggi diikuti Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Tan Kok Hong.[5]
Keputusan pilihan raya [sunting]
| Tahun | Barisan Nasional | Undi | Pts | Pembangkang | Undi | Pts | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2004 | Kong Cho Ha (MCA) | 31,824 | 61% | Mustaffa Kamil Ayub (PKR) | 15,801 | 35% | |||
| 2008 | Kong Cho Ha (MCA) | 25,698 | 46% | Suwardi Sapuan (PKR) | 25,400 | 45% |
Rujukan [sunting]
- ↑ "Minister's Profile". Malaysian Ministry of Housing and Local Government. http://www.kpkt.gov.my/kpkt/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=330&VertSectionID=38&CurLocation=103&IID=0. Capaian 6 January 2010.
- ↑ Sujata, V.P.. "Kong: ‘I consider my posting as a challenge’", 1 April 2004. Dicapai pada 6 January 2010.
- ↑ Sujata, V.P.. "Cho Ha gets down to work in Perak", 12 April 2009. Dicapai pada 7 January 2010.
- ↑ "Rombakan kabinet, Tee Keat gugur...", Malaysiakini.com 1 Jun 2010.
- ↑ "Cho Ha umum tanding jawatan Timbalan Presiden MCA", Utusan Online. 20 Mac 2010.
- ↑ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). http://thestar.com.my/election/. Capaian 7 January 2010. Source includes 2004 election results. Results from previous elections not available.
