Kongres India Muslim Malaysia
| Kongres Indian Muslim Malaysia Malaysian Indian Muslim Congress KIMMA |
|
![]() ![]() |
|
| Ketua | Dato' Syed Ibrahim B. Kader |
|---|---|
| Diasaskan | 1977 |
| Ibu pejabat | No.77-1, Tingkat 1, Medan Sri Bunus, Off Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur Tel: 03-26973967 website = [http://www.facebook.com/kimma |
| Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
|
|
Kerajaan
Eksekutif
Perundangan
Badan Kehakiman
Pilihan raya
Hubungan luar
Bahagian-bahagian
|
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) atau Malaysian Indian Muslim Congress ialah sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuhkan pada 1977 untuk menwakili kaum minoriti India Muslim. KIMMA pernah dibatalkan pendaftarannya sebanyak dua kali pada 1978 & 1998 sebelum didaftar balik semula.[1] Ahli KIMMA hampir kesemuanya adalah terdiri dari kaum minoriti India Muslim.
Isi kandungan |
[sunting] Gabungan Politik
KIMMA mendakwa 80,000 menjadi ahli KIMMA di seluruh negara telah menyatakan hasrat untuk menyertai Barisan Nasional (BN) semenjak 1984 lagi. Namun penyertaan ini perlu mendapat sokongan daripada kesemua parti komponen terutama Kongres India Se-Malaysia (MIC) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) kerana ahli KIMMA mungkin juga berasal dari MIC atau UMNO. Penyertaannya telah mendapat tentangan hebat daripada MIC. [2]. Kemusykilan status orang India Muslim bukan Melayu dan bukan Bumiputera juga menjadi sekatan kepada bantahan penyertaannya sehingga mendorong KIMMA sanggup meluluskan usul tuntutan orang India Muslim diberi status Melayu dan sanggup untuk menerima parti KIMMA dijadikan sebagai gabungan UMNO untuk menjadi sebahagian dari BN walaupun ianya dianggap mustahil.[3] [4]
KIMMA juga pernah menjadi sebahagian daripada Angkatan Perpaduan Ummah (APU) gabungan parti-parti pembangkang Islam iaitu Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), pada tahun 1990 yang berjaya merampas kerajaan negeri Kelantan walaupun KIMMA tidak bertanding sebarang kerusi di dalam pilihan raya umum masa itu.
[sunting] Krisis Kepimpinan
Pada tahun 2008, kemelut kepimpinan melihat Timbalan Presidennya, Amir Amsa Alla Pitchay yang dipecat dari KIMMA oleh Presidennya Dato' Syed Ibrahim B. Kader, mendakwa dirinya presiden dan mencadangkan pergabungan KIMMA dengan Parti Progresif Penduduk (PPP), sebuah parti komponen BN.[5]
Pada 2009 pula sekali lagi krisis dalaman melihat KIMMA mempunyai 2 presiden setelah mesyuarat agungnya yang ke-33 dipertikaikan kesahihannya serta Mohd Fazil William Abdullah, pengerusi KIMMA Wilayah Persekutuan disingkir. [6][7][8]
[sunting] Ahli Bersekutu UMNO
Permohonan Kimma untuk menjadi sebagai ahli bersekutu UMNO telah diterima oleh Majlis Tertinggi UMNO pada 27 Ogos 2010. Dengan kelulusan ini, Kimma kini menikmati status pemerhati di dalam semua mesyuarat bahagian dan perhimpunan agung UMNO namun tidak boleh terlibat dalam perkara dalaman UMNO.[9]
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan Luar
[sunting] Rujukan
- ↑ Indian based political parties, Bob Kee
- ↑ Samy Vellu halang KIMMA sertai BN, 15/07/2008, Utusan Malaysia
- ↑ Kimma seeks Malay status for Indian Muslims, 25 September 2005, Cakap Tak Serupa Bikin
- ↑ IPF To Support BN Candidates In General Election - Pandithan, 31 December 2007, Bernama
- ↑ No talks, says the real Kimma head, 5 February 2008, The Star
- ↑ Crisis within Malaysian Indian Muslim Congress, 03 June 2009, Bernama
- ↑ Kimma: Pecat Mohd Fazil ikut perlembagaan, Abdul Rahim Sabri, 10 Jul 2009, Malaysiakini
- ↑ Kimma jelas kontroversi di WP, Abdul Rahim Sabri & Rahmah Ghazali, 09 Jul 2009, Malaysiakini
- ↑ Kimma now an associate member of Umno, 29 August 2010, The Star

