Konsonan gelungan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Daerah
artikulasi

 • Bibir
Dwibibir
Bibir-velar
Bibir-gusi
Bibir-gigi

 • Dwigigi

 • Koronal
Lidah-bibir
Antargigi
Gigi
Gigi-gusi
Gusi
Hujung lidah
Laminal
Belakang gusi
Gusi-lelangit
Gelungan

 • Dorsal
Lelangit
Labial-palatal
Velar
Uvular
Uvular-epiglotis

 • Radikal
Farinks
Epiglotis-farinks
Epiglotis

 • Glotis

Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam sesetengah pelayar web. [Bantuan]

Letupan gelungan sub-apikal

Dalam bidang fonetik, konsonan gelungan ialah bunyi konsonan yang disebut dengan lidah berhubungan dengan bahagian atas rongga mulut di belakang batas gusi, dan boleh digulung ke belakang untuk menyentuh lelangit, dalam erti kata lain disebut pada bahagian mulut antara belakang gusi dan lelangit.

Konsonan gelungan merupakan konsonan koronal yang pelbagai jenisnya, itupun bergantung pada bentuk lidah, sama ada berbentuk rata iaitu daun lidah (permukaan atas lidah di belakang hujungnya) mendekati atau menyentuh lelangit, seperti huruf-huruf cz, sz, ż (rz), dalam bahasa Poland, atau huruf-huruf zh, ch, sh, r dalam ejaan pinyin bahasa Mandarin; ini gelungan laminal namanya. Tidak pun, disebutnya dengan hujung lidah pula, seperti dalam bahasa Hindi; ini gelungan apikal namanya. Akhir sekali, lidah boleh digulung ke belakang agar muka bawahnya menyentuh daerah gusi atau depan lelangit, seperti dalam kebanyakan bahasa Dravidia; ini pula dipanggil gelungan sub-apikal.

Konsonan-konsonan belakang gusi atau lelangit-gusi, seperti sy dan c dalam bahasa Melayu, serta konsonan-konsonan gusi-lelangit seperti j, q, x, dalam ejaan pinyin bahasa Mandarin, juga dihasilkan di rantau belakang gusi, tetapi berbeza dari konsonan gelungan kerana ditambah artikulasi sekunder pempalatalan. Konsonan-konsonan lelangit disebut di rantau lelangit, begitu juga dengan gelungan sub-apikal, cuma bezanya adalah menyentuh lelangit dengan belakang lidah, bukan hujungnya. (Ini dipanggil konsonan dorsal, atau secara terperincinya dorso-palatal, dibandingkan dengan konsonan koronal.)

Dalam erti kata lain, konsonan gelungan merangkumi pelbagai jenis konsonan koronal yang disebut di belakang batas gusi yang tiada artikulasi sekunder pempalatalan.

Berikut ialah senarai konsonan gelungan yang dikenal pasti oleh Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA):

IPA Huraian Contoh
Bahasa Ejaan IPA Maksud
Xsampa-n'.png Sengauan gelungan Sweden Vänern [vɛː.neɳ] Vänern
Xsampa-t'.png Letupan gelungan tak bersuara Hindi टापू (āpū) [ʈɑpu] pulau
Xsampa-d'.png Letupan gelungan bersuara Sweden nord [nuːɖ] utara
Xsampa-s'.png Geseran gelungan tak bersuara Mandarin 上海 (Shànghǎi) [ʂɑ̂ŋ.xàɪ] Shanghai
Xsampa-z'.png Geseran gelungan bersuara Rusia
Poland
жаба
żaba
[ʐaba] kodok
katak
Xsampa-rslash'.png Malaran tak geser gelungan Tamil தமிழ் (Tamil) [t̪ɐmɨɻ] Tamil
Xsampa-l'.png Malaran tak geser sisian gelungan Sweden Karlstad [kʰɑːɭ.sta] Karlstad
Xsampa-r'.png Tamparan gelungan Hausa shaara [ʃáːɽa] sedang menyapu
ɺ̢ Tamparan sisian gelungan Pashto ړوند [ɺ̢und] buta
ǃ˞ Klik gelungan (bersuara) Juu Tengah [ɡǃ˞ú] air

Catatan: Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa, aksara-aksara konsonan gelungan biasanya sama bentuknya dengan konsonan gusi, tetapi dibubuh di bawahnya tanda cangkuk yang menghadap ke kanan. Sesetengah ahli linguistik mengehadkan kegunaan aksara-aksara berkenaan untuk konsonan gelungan "sejati" dengan penyebutan lelangit sub-apikal, serta menggunakan aksara konsonan gusi dengan tanda titik bawah yang dilapukkan oleh IPA bagi penyebutan belakang gusi apikal: [ṭ, ḍ, ṇ, ṣ, ẓ, ḷ, ɾ̣, ɹ̣]. Satu lagi cadangan yang lebih konsisten dengan IPA rasmi, adalah menggunakan tanda rhotik untuk gelungan apikal: [t˞, d˞, n˞, s˞, z˞, l˞, ɾ˞, ɹ˞]. Gelungan laminal, seperti dalam bahasa Poland dan Rusia, sering ditranskripsi dengan tanda retraksi, seperti [s̱] dsb. Tidak pun, ditranskripsinya seolah-olah konsonan lelangit-gusi walaupun tidak tepat, seperti *[ʃ] dsb.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]