Konsonan hentian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cara artikulasi
Obstruen
Hentian
Letusan
Geseran
Sibilan
Sonoran
Sengau
Tamparan
Getaran
Aproksiman
Cecair
Vokal
Separuh vokal
Sisian
Arus udara
Ejektif
Implosif
Klik
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul di sesetengah pelayar web. [Bantuan]
sunting

Konsonan hentian, letupan, plosif atau oklusif ialah bunyi konsonan yang dihasilkan dengan menghalang arus udara dalam saluran suara. Istilah letupan/plosif dan hentian serupa tetapi tidak sama sepenuhnya ertinya. Letupan ialah hentian lisan dengan mekanisme arus udara egresif pulmonik. Dalam erti kata lain, istilah letupan juga digunakan untuk mentakrifkan hentian lisan (bukan sengau). Ramai yang menggunakan istilah malaran sengau, bukannya hentian sengau untuk bunyi-bunyi seperti [n] dan [m]. Diingatkan bahawa rencana ini menganggap "malaran sengau" tersebut sebagai hentian sengau.

Penyebutan hentian[sunting | sunting sumber]

Dalam penyebutan sesebuah konsonan hentian, terdapat tiga fasa berbeza:

  • Sedut: Saluran udara tutup agar udara tidak terlepas melalui mulut (maka hentian namanya). Bagi hentian sengau, udara keluar melalui hidung.
  • Tahan: Saluran udara masih ditutup, menambahkan suatu beza tekanan (maka oklusif namanya).
  • Hembus: Saluran udara dibuka, lalu arus udara yang dilepaskan menghasilkan impuls mendadak yang menghasilkan bunyi yang boleh didengari (maka letupan namanya).

Pengelasan hentian[sunting | sunting sumber]

Voice[sunting | sunting sumber]

Hentian bersuara disebut dengan menggetarkan pita suara serentak; hentian tak bersuara pula tidak. Konsonan letupan itu banyak yang tak bersuara, manakala hentian sengau pula jarang pula.

Penghembusan[sunting | sunting sumber]

Bagi hentian berhembusan, onset suara (iaitu apabila pita suara mula bergetar) seakan-akan melewati penghembusan hentian. Tempoh antara penghembusan hentian dan onset suara dipanggil dengan istilah masa onset suara (voice onset time, VOT). Hentian tenuis (halus) bermasa onset suara hampir sifar, iaitu penyuaraan bermula lebih kurang serentak dengan penghembusan hentian. Hentian bersuara bermasa onset suara negatif, iaitu penyuaraan bermula sebelum hentian dihembuskan. Hentian itu "bersuara penuh" jika disuarakan sepanjang keseluruhan proses oklusi. Hentian berhembusan ada masa onset suara melebihi sifar, jadi wujudnya tempoh aliran udara tak bersuara (berbunyi [h]) sebelum vokal bermula.

Bahasa Melayu tiada konsonan hentian berhembusan, tetapi dalam bahasa Inggeris, penghembusan adalah ketara bagi konsonan letupan tak bersuara. Contoh: perkataan bag, yang mana bunyi g mungkin sekali disuarakan sepenuhnya, manakala bunyi b disuarakan separa sahaja. Letupan tak bersuara di awal suku kata, seperti p dalam pie, melepaskan hembusan udara yang ketara, manakala konsonan letupan selepas s dalam spy, adalah halus. Apabila disebut berdekatan api lilin, penyebutan kata-kata par, tar, dan car lebih kuat mengedipkan apinya berbanding spar, star, dan scar.

Contoh[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah hentian (letupan) lisan yang diberi aksara khusus dalam IPA. Lihat juga hentian sengau.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]