Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konsonan sengauan, sengau atau nasal dihasilkan dengan merendahkan velum dalam mulut, untuk membolehkan udara keluar bebas melalui hidung. Rongga mulut masih berperanan sebagai rongga kenyaringan bunyinya, tetapi udara tidak keluar melalui mulut kerana disekat oleh bibir atau lidah. Jarang terdapat konsonan jenis lain (bukan sengau) yang disengaukan.
Dari segi akustik, konsonan sengauan merupakan sonoran, iaitu tidak menyekat pengeluaran udara. Konsonan sengauan hampir sentiasa bersuara dalam semua bahasa yang ada konsonan sengauan di dunia, kecuali bahasa Iceland dan bahasa Wales yang ada konsonan sengau tak bersuara.
Konsonan sengauan juga berartikulasi hentian kerana aliran udara melalui mulut disekat sepenuhnya. Udara keluar melalui hidung sambil halangan dalam mulut, bererti hentian sengauan itu bersifat sonoran dan obstruen secara serentak. Bagi tujuan penerangan akustik, konsonan sengauan secara amnya dianggap sonoran, tetapi dalam kebanyakan bahasa boleh berkembang daripada atau menjadi konsonan letupan.
Secara akustik lagi, konsonan sengau berjalur tenaga sekitar 200—2,000 Hz.
Catatan dan rujukan [sunting]
- Ferguson (1963) 'Assumptions about nasals', in Greenberg (ed.) Universals of Language, pp 50-60.
- Saout, J. le (1973) 'Languages sans consonnes nasales', Annales de l Université d'Abidjan, H, 6, 1, 179-205.
- Williamson, Kay (1989) 'Niger-Congo overview', in Bendor-Samuel & Hartell (eds.) The Niger-Congo Languages, 3-45.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadual ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam sesetengah pelayar. [bantuan]
Bagi aksara-aksara berpasangan, aksara di kanan ialah konsonan bersuara. Petak-petak yang digelapkan menandakan penyebutan pulmonik yang didapati mustahil. |
|
|
|
|
|