Copenhagen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kopenhagen)
Lompat ke: pandu arah, cari
Copenhagen
København
Bendera Copenhagen
Bendera

Jata rasmi
Copenhagen yang terletak di Denmark
Copenhagen

Kedudukan di Denmark

Koordinat: 55°40′34″U 12°34′06″T / 55.67611°U 12.56833°T / 55.67611; 12.56833Koordinat: 55°40′34″U 12°34′06″T / 55.67611°U 12.56833°T / 55.67611; 12.56833
Negara  Denmark
Perbandaran[1]
Kawasan Hovedstaden
Sebutan terawal abad ke-11
Taraf bandaraya abad ke-13
Kerajaan
 • Datuk Bandar Frank Jensen (S)
Keluasan
 • Bandar 455.61 km2 (175.91 sq mi)
Populasi (2009)[2]
 • City 526,918 (10-01-2,009)
 • Kepadatan 5,971/km2 (15,460/sq mi)
 • Bandar 1,167,569 (01-01-2,009)
 • Metro 1,892,233 ((10-01-2,009) 34 closest municipalities)
Zon waktu CET (UTC+1)
 • Musim panas (DST) CEST (UTC+2)

Copenhagen Bahasa Denmark: København (kʰøb̥ənˈhaʊ̯ˀn[3]) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar di Denmark, dengan jumlah penduduk di pusat bandar sebanyak 1,167,569 (2009) dan jumlah penduduk metropolitan seramai 1,875,179 (2009). Copenhagen terletak di pulau-pulau Zealand dan Amager.

Semenjak namanya tercatat buat kali pertama pada abad ke-11, Copenhagen menjadi ibu negara Denmark pada awal abad ke-15, seterusnya menjadi sebuah bandar raya terpenting serantau pada abad ke-17 di bawah pemerintahan Christian IV. Dengan terbinanya Jambatan Oresund antara negara Sweden dan Denmark pada tahun 2000, Copenhagen menjadi bandar raya utama di Kawasan Oresund yang semakin maju. Dalam kawasan ini, Copenhagen dan bandaraya Malmö di Sweden semakin berkembang menjadi sebuah kawasan metropolitan bersama. Dengan kira-kira 2.7 juta penduduk dalam jangkauan 50 km dari pusat bandar, Copenhagen ialah salah sebuah kawasan terpadat penduduk di Eropah Utara. Copenhagen ialah bandaraya Nordik yang paling kerap dikunjungi iaitu 1.3 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2007.[4]

Copenhagen ialah sebuah pusat kebudayaan, perniagaan, media, dan sains utama serantau, seperti yang ditunjukkan oleh beberapa hasil soal selidik dan penarafan antarabangsa (lihat Kedudukan antarabangsa di bawah). Bidang sains kehidupan, teknologi maklumat dan perkapalan merupakan sektor-sektor penting, tidak lupa juga peranan penting yang dimainkan oleh usaha penyelidikan dan pembangunan dalam ekonomi bandar raya ini. Kedudukan strategik dan prasarana unggul bandar ini terutamanya lapangan terbang terbesar di semenanjung Scandinavia[5] yang terletak 14 minit jika menaiki tren dari pusat bandaraya, menjadikannya sebuah hab serantau dan tempat yang amat digemari untuk mendirikan ibu pejabat serantau[6] dan juga persidangan antarabangsa.

Copenhagen sering kali diiktiraf sebagai salah sebuah bandaraya yang menikmati mutu kehidupan yang tertinggi di dunia[7][8][9], di samping dan menjadi antara kota-kota yang paling mesra alam di dunia. Perairan dalam pelabuhan dalamannya begitu bersih sehingga sesuai untuk berenang, manakala 36% warga kota berbasikal ke tempat kerja.

Semenjak detik peralihan alaf ke-2, Copenhagen menyaksikan perkembangan urban dan kebudayaan yang pesat sekali[10], berpunca daripada pelaburan besar-besaran dalam kemudahan dan prasarana kebudayaan serta kedatangan jurureka, tukang masak dan jurubina cemerlang.[11]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Copenhagen

Daripada asal-usulnya sebagai perkampungan nelayan, disusuli kemuncaknya sebagai ibu kota Empayar Denmark yang gilang-gemilang, sehingga kedudukan terkini sebagai salah sebuah pusat reka bentuk terunggul di dunia, kisah-kisah dan perwatakan sejarah Copenhagen boleh ditemui dalam istana-istana yang tersergah, rumah bandar yang berbumbung tembaga dan dataran berbatu buntar yang bersuasana meriah.

Sejak Zaman Viking, terdapat sebuah kampung perikanan yang bernama "Havn" (pelabuhan) di tapaknya. Hasil carian arkeologi terkini mendapati bahawa menjelang abad ke-11, Copenhagen sudah berkembang dari sebuah pekan yang dilengkapi estet besar, gereja, pasar, sekurang-kurangnya dua buah telaga dan banyak kawasan penempatan kecil-kecilan yang berteraburan dalam kawasan yang agak luas.[12] Ramai sejarawan percaya bahawa pekan ini wujud selewat-lewatnya sejak akhir zaman Viking, dan mungkin sekali diasaskan oleh Sweyn I Forkbeard. Dari pertengahan abad ke-12, bandar Copenhagen semakin bernilai semenjak ditadbir oleh Biskop Absalon yang membina kubunya pada tahun 1167, iaitu tahun yang dianggap sebagai tarikh penubuhan bandar Copenhagen. Kawasan pelabuhannya yang bagus sekali menggalakkan pembangunan Copenhagen sehingga menjadi pusat perdagangan yang penting.

Asal-usul bandar raya ini sebagai pelabuhan dan kawasan perdagangan dicerminkan dalam namanya. Nama asalnya ialah Køpmannæhafn, iaitu "pelabuhan saudagar", kemudian ejaannya berubah menjadi København. Nama Inggeris/Melayu bandaraya ini terbit dari nama Bahasa Jerman Rendah iaitu, Copenhagen. Unsur kimia hafnium juga dinamakan sempena Copenhagen, yang namanya dalam bahasa Latin ialah Hafnia.[13]

Namun begitu, Copenhagen diserang berkali-kali oleh Liga Hansa dari bangsa Jerman. Pada tahun 1254, Copenhagen menerima piagamnya sebagai bandar raya di bawah pimpinan Biskop Jakob Erlandsen. Pada tahun 1658-59, bandaraya ini menangkis pengepungan besar-besaran yang dilancarkan oleh Sweden di bawah pimpinan Charles X serta berjaya menangkis serangan besar pada 1659.

Pada 2 April 1801, armada kapal British di bawah perintah Laksamana Sir Hyde Parker melawan dan menumpaskan armada diraja Denmark–Norway yang berlabuh di pesisir pantai Copenhagen. Naib Laksamana Horatio Nelson menerajui serangan terbesarnya.[14][15][16] Beliau dikenang kerana mengingkari perintah Parker untuk berundur, sehingga membinasakan kebanyakan kapal Denmark-Norway sebelum tercapainya gencatan senjata.[14][17][18] Pertempuran di Copenhagen itu sering dianggap sebagai pertempuran yang paling sukar oleh Nelson, sehingga mengatasi pertempuran besar-besaran di pertempuran Trafalgar.[14][17][19][20][21] Dalam pertempuran inilah Lord Nelson juga "memasang mata butanya pada teleskop" agar tidak dapat menerima isyarat Laksamana Parker untuk meletak senjata.[19]

Havnegade, Copenhagen, c. 1900

Pertempuran Copenhagen Kedua (16 Ogos – 5 September 1807) merupakan serangan kedua oleh British terhadap Copenhagen, kali ini menjadikan rakyat awam sebagai sasaran dengan tujuan mengepung armada Denmark-Norway.[17][19][22][23] Pihak British mendaratkan 30,000 anggota tentera untuk mengepung Copenhagen.[17][19] Serangan berterusan selama tiga hari seterusnya sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 2,000 orang awam terkorban dan kebanyakan kawasan bandar raya ranap.[17][19][22] Kemusnahan yang dialami Copenhagen amat dahsyat kerana Copenhagen bergantung pada barisan pertahanan lama yang semakin tidak berupaya menyebabkan mudah untuk senjata pihak British mengatasi pertahanannya.[22][24] Pada 1850-an, barulah tembok bandar dibuka untuk membolehkan kerja pembinaan perumahan baru di sekitar Søerne yang bersempadan dengan barisan pertahanan lama di barat.[22] Peluasan ruang yang besar ini amat dinanti-nantikan, bukan sahaja kerana tembok lama sudah terlalu lapuk untuk dijadikan sistem pertahanan, malah disebabkan masalah sanitasi di kota lama. Sebelum dibuka, pusat bandaraya Copenhagen diduduki kira-kira 125,000 orang, kemudian memuncak dalam bancian tahun 1870 (140,000); kini bilangannya sekitar 25,000 orang sahaja. Pada tahun 1901, Copenhagen diperluas lagi, menerapkan penempatan sekitar yang seramai 40,000 orang, sekaligus menyertakan Frederiksberg dalam lingkungan Copenhagen.

Ketika Perang Dunia Kedua, Copenhagen diduduki oleh tentera Jerman bersama seluruh negara Denmark dari 9 April 1940 hingga 4 Mei 1945. Pada Ogos 1943, apabila runtuhnya kerajaan bersama Denmark dengan pihak Nazi, beberapa buah kapal di Pelabuhan Copenhagen dikaramkan oleh Tentera Laut Diraja Denmark agar tidak dimanfaatkan oleh Jerman. Semenjak perang berakhir, bandar raya ini sekali lagi tumbuh dengan pesatnya. Pada 1970-an, landasan rel komuter dibina ke bandar dan pinggir bandar berhampiran.

Sejak pertengahan tahun 2000, Copenhagen dan Malmö, Sweden, dihubungkan oleh Jambatan Øresund yang menyediakan perhubungan kereta api dan jalan raya. Kesannya, Copenhagen menjadi pusat dalam kawasan metropolitan lebih besar yang meliputi kedua-dua negara. Pembinaan jambatan ini telah mencetuskan bermacam-macam perubahan dalam sistem pengangkutan awam serta membangunkan semula kawasan Amager di selatan bandaraya utama tersebut.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Dewan Bandaraya Copenhagen

Wilayah bandaraya Copenhagen meliputi pesisir timur pulau Zealand (Sjælland), sebahagian pulau Amager dan beberapa pulau kecil semula jadi dan buatan di antara kedua-dua pulau besar tersebut. Di sebelah timur, Copenhagen menghadap Øresund, iaitu selat berair yang memisahkan Denmark dari Sweden, serta menghubungkan Laut Utara dengan Laut Baltik. Di pesisir pantai Sweden yang terletak di seberang Copenhagen, terletaknya bandar-bandar Malmö dan Landskrona.

Copenhagen ialah sebahagian kawasan Øresund yang terdiri daripada Zealand, Lolland-Falster dan Bornholm di Denmark, dan Scania di Sweden.

Perbandaran Copenhagen[sunting | sunting sumber]

Perbandaran Copenhagen ialah unit pentadbiran yang meliputi kawasan pusat bandaraya Copenhagen. Perbandaran ini merupakan sebahagian kecil bandaraya sebenar yang terletak dalam kawasan perbandaran kerana meliputi kawasan terbatas dan kawasan Frederiksberg pula merupakan perbandaran yang berasingan. Semenjak pembaharuan dilakukan pada tahun 2006-08, Copenhagen dibahagikan kepada 10 daerah rasmi.[25]

Daerah rasmi Kawasan lain

Copenhagen Raya[sunting | sunting sumber]

Bandar gabungan Copenhagen terdiri daripada beberapa perbandaran. Selain perbandaran Copenhagen, perbandaran kedua terbesar ialah perbandaran Frederiksberg iaitu sebuah kawasan berasingan dalam Perbandaran Kopenhagen. Kedua-duanya terlingkung dalam Kawasan Ibu Negara Denmark yang merangkumi kebanyakan kawasan metropolitan Copenhagen.

Sebelum ini, kawasan-kawasan perbandaran Frederiksberg, Gentofte dan Copenhagen digunakan untuk menentukan liputan bandaraya Copenhagen. Kini, untuk memenuhi keperluan statistik dalam pembaharuan terkini yang berlangsung pada awal tahun 2007, konsep pentakrifan "tanah" (Landsdele) diperkenalkan yang di mana nama tanah itu pada pokoknya merupakan takrifan geografi dan statistik, padahal kawasannya tidak dianggap sebagai unit pentadbiran. Tanah Bandaraya Copenhagen merangkumi perbandaran-perbandaran Copenhagen, Dragør, Frederiksberg dan Tårnby, dengan jumlah penduduk seramai 667,228 orang pada awal tahun 2009.[26][27]

Copenhagen dan Frederiksberg ialah dua daripada tiga perbandaran Denmark yang masih tidak tergolong dalam sesebuah daerah. Pada 1 Januari 2007, kedua-dua perbandaran tersebut dilucutkan keistimewaan daerahnya lalu dijadikan sebahagian Kawasan Ibu Negara Denmark.

Rancangan Jari[sunting | sunting sumber]

Kawasan pinggir bandar Copenhagen dirancangkan mengikut Rancangan Jari (Bahasa Denmark: Fingerplanen) yang dilaksanakan sejak tahun 1947, untuk membahagikan kawasan pinggir bandar kepada lima "jari".[28] Landasan tren S dibina mengikut Rancangan Jari ini, manakala kawasan hijau dan lebuh raya didirikan di antara jari-jari tersebut.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Copenhagen berada dalam zon iklim kebenuaan lembap yang bermusim panas terik (Pengelasan iklim Köppen: Dfb) yang dipengaruhi iklim lautan (Cfb). Oleh sebab bandar raya ini terletak dalam laluan sistem tekanan rendah Atlantik, Copenhagen mengalami pola cuaca yang tidak menentu sepanjang keempat-empat musimnya, di samping suhunya sekitar 5 darjah lebih tinggi daripada purata latitudnya (sekitar 55° Utara) di seluruh dunia, terutamanya disebabkan oleh Arus Teluk Atlantik yang menolak air panas dari sekitar Laut Sargasso ke arah barat laut, diikuti sistem tekanan yang rendah.

Kerpasannya adalah sederhana sepanjang tahun, dengan sedikit memuncak pada bulan Jun hingga Ogos. Salji turun sekitar musim Krismas hingga awal bulan Mac, tetapi liputan salji jarang bertahan lama. Hujan turun pada bulan Januari dan Februari sekerap salji turun, manakala suhu purata untuk kedua-dua bulan musim sejuk tersebut amat menghampiri takat beku.

Pada musim sejuk, cuacanya bergantung kepada latitud mana yang mengalami tekanan rendah Atlantik. Dengan sistem tekanan tinggi yang stabil di kawasan Alps, tekanan rendah dari barat daya melanda Scandinavia dan Jerman utara. Suhu ketika ini biasanya melebihi takat beku tidak kira siang dan malam. Apabila sistem tekanan tinggi yang stabil ini berada di Denmark, atau terus melanda kawasan timur laut seperti Finland atau Rusia, maka terhalangnya angin lembut dari Atlantik di barat daya, diikuti udara kutub utara atau timur laut, sementara suhunya turun dengan cepat ke bawah takat beku (jarang sekali di bawah -5 darjah Celsius pada waktu siang, dan -12 darjah pada waktu malam).

Musim bunganya setara dengan seluruh benua Eropah, tetapi tiba seminggu lewat kerana kesejukan perairan sekeliling. Musim luruhnya juga tiba awal seminggu kerana kesejukan air itu. Pada akhir bulan November dan Disember, suhu air biasanya lebih tinggi berbanding udara dengan keadaan angin sejuk. Dari tengah bulan Oktober hingga Februari, Copenhagen boleh dilanda beberapa ribut. Jarang sekali ribut berlaku pada musim panas.

Musim panasnya, seperti musim-musim lain, ialah sistem tekanan rendah yang lembut, berangin dan berhujan dari barat daya, dicampuri sekali-sekala oleh tekanan tinggi yang stabil. Dari akhir bulan April hingga pertengahan bulan September, sistem tekanan tinggi biasanya membawa langit yang cerah dan suhu yang agak panas.

Nuvola apps kweather.svg Suhu dan kerpasan purata untuk Kopenhagen Weather-rain-thunderstorm.svg
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Suhu tinggi purata °C (°F) 2
(36)
2
(36)
5
(41)
10
(50)
15
(59)
19
(66)
20
(68)
20
(68)
17
(63)
12
(54)
7
(45)
4
(39)
11.1
(52)
Suhu rendah purata °C (°F) -2
(28)
-2
(28)
-1
(30)
2
(36)
7
(45)
11
(52)
13
(55)
13
(55)
10
(50)
7
(45)
3
(37)
-1
(30)
5
(41)
Kerpasan mm (inci) 36
(1.4)
24
(0.9)
34
(1.3)
35
(1.4)
40
(1.6)
45
(1.8)
57
(2.2)
55
(2.2)
53
(2.1)
47
(1.9)
52
(2)
47
(1.9)
525
(20.7)
Sumber: World Weather Information Service[29] 2009-11-30

Suhu purata tahunan: +8.1 °C

Pandangan bandaraya[sunting | sunting sumber]

Wajah bandaraya Copenhagen masa kini terbentuk oleh peranan utamanya sebagai pusat serantau selama berabad-abad. Copenhagen mempunyai banyak daerah, setiap satunya melambangkan zamannya dengan ciri-ciri tersendiri, sehingga membentuk susunan bandar yang padat. Ciri-ciri penting lain dalam Copenhagen masa kini ialah banyaknya perairan, bilangan taman yang banyak dan sistem laluan basikal terancang yang terdapat di hampir setiap jalan raya utama.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Daerah tertua dalam bandaraya Copenhagen ialah "Middelalderbyen" (Kota Zaman Pertengahan). Namun begitu, daerah yang paling menonjol di Copenhagen ialah Frederiksstaden yang dimajukan ketika zaman pemerintahan Frederick V. Di Frederikstaden terletaknya Istana Amalienborg di pusatnya di samping kubah Gereja Marmar dan juga beberapa rumah agam yang anggun dari abad ke-18. Juga dalam kota lama Copenhagen ialah pulau kecil Slotsholmen dengan Istana Christiansborg dan Christianshavn. Di sekitar pusat bandaraya bersejarah terletaknya sejaluran kawasan perumahan saling bersebelahan di Vesterbro, Nørrebro Tengah, Østerbro Tengah dari seawal abad ke-19 yang dibina di luar tembok lama bandaraya apabila pembinaan dibenarkan di luar tembok kawasan bandar.

Adakalanya bergelar "Kota Mercu", Copenhagen terkenal kerana latar langit yang mendatar dan cuma dihiasi oleh mercu gereja dan istana lama. Antara yang paling menonjol ialah mercu barok di Gereja Penyelamat Kami yang juga bercirikan tangga luaran yang berlingkar dan sempit untuk kegunaan pengunjung untuk ke puncak mercunya. Antara mercu-mercu tertinggi yang lain termasuk di Istana Christiansborg, Dewan Bandaraya Copenhagen dan bekas Gereja St. Nikolaj yang kini menempatkan pameran seni moden. Mercu-mercu penting yang lebih rendah pula termasuk mercu zaman renaissance di Istana Rosenborg dan "mercu naga" di bekas bursa saham Christian IV, yang dijolokkan sedemikian kerana berupa empat batang ekor naga yang terpintal bersama.

Baru-baru ini, kelihatan perkembangan pesat dalam bidang seni bina moden di Copenhagen[30], tak kira seni bina tempatan mahupun antarabangsa. Selama berabad-abad dahulu, tiada jurubina asing terkemuka yang pernah bekerja di Copenhagen sehinggalah awal alaf ke-2, apabila kawasan sekitarnya didirikan bangunan dan projek dari jurubina antarabangsa yang terkemuka. Pada masa yang sama, sebilangan jurubina Denmark telah mencapai kejayaan cemerlang di dalam dan luar Copenhagen. Sebilangan binaan di Copenhagen telah meraih anugerah Institut Diraja Jurubina British iaitu Anugerah Eropah RIBA empat tahun berturut-turut ("Sampension" (2005),[31] "Kilen" (2006),[32] "Tietgenkollegiet" (2007)[33] dan Panggung Diraja Denmark (2008)[34]). Di Pesta Seni Bina Sedunia 2008 di Barcelona, kumpulan Bjarke Ingels memenangi anugerah Bangunan Perumahan Terbaik di Dunia 2008 untuk sebuah kawasan perumahan di Ørestad.[35] Anugerah Forum AID untuk Bangunan Terbaik di Scandinavia jatuh kepada bangunan di Copenhagen pada tahun 2006[36] dan 2008.[37] Pada tahun 2008, majalah rekabina British Monocle mencalonkan Copenhagen sebagai "bandar raya rekabina terbaik di dunia 2008".[38]

Taman[sunting | sunting sumber]

Kebun Botani Universiti Copenhagen

Copenhagen ialah sebuah bandaraya hijau yang banyak taman besar dan kecil. Kebun Raja di Istana Rosenborg ialah taman yang tertua dan paling ramai pelawatnya di Copenhagen.[39] Kerja lanskapnya dimulakan oleh Christian IV pada tahun 1606. Setiap tahun, taman ini menyambut lebih 2.5 juta pengunjung[40], terutamanya pada musim panas apabila ramai pelawat mengunjungi taman ini untuk berjemur, berkelah dan bermain bola. Taman ini juga merupakan taman arca yang mempamerkan beraneka arca secara berkekalan atau secara bermusim.[39] Juga dalam kawasan bandaraya terletaknya Taman Botani yang terkenal kerana terdirinya sebuah kompleks besar rumah kaca abad ke-19 yang didermakan oleh pengasas syarikat Carlsberg, J. C. Jacobsen.[41] Fælledparken dengan keluasan 58 hektar ialah taman terbesar di Copenhagen.[42] Taman botani ini terkenal untuk acara sukan dan tuan rumah beraneka acara tahunan seperti konsert opera percuma di permulaan musim opera, konsert muzik terbuka, karnival, sambutan Hari Buruh dan lumba kereta antik Copenhagen Historic Grand Prix. Di bahagian timur laut bandar raya ada sebuah ruang hijau bersejarah iaitu Kastellet, sebuah kubu kota zaman Renaissance yang terpelihara rapi dan menjadi sebuah taman. Sebuah lagi taman awam yang popular ialah Taman Frederiksberg, sebuah taman lanskap zaman romantisisme seluas 32 hektar yang menempatkan sekawan burung pucung kelabu yang jinak sekali di samping pelbagai jenis burung air yang lain. Taman ini juga menawarkan pemandangan taman gajah yang direka oleh jurubina British terkemuka, Norman Foster di Zoo Copenhagen yang berhampiran.

Apa yang menarik juga mengenai Copenhagen ialah sebilangan tanah perkuburan yang berperanan sebagai taman istirahat, itupun untuk kegiatan yang senyap seperti berjemur, membaca dan bertakafur.[43] Tanah Perkuburan Assistens, iaitu tempat bersemadinya Hans Christian Andersen, ialah sebuah ruang hijau yang penting dalam daerah Nørrebro Tengah dan juga sebuah institusi penting di Copenhagen. Vestre Kirkegaard yang berkeluasan 54 hektar ialah tanah perkuburan terbesar di Denmark[44] yang bercirikan dusun tebal, halaman terbuka, jalan berliku-liku, pagar pokok renek, pusara bersemak, tugu, kaki lima yang dihiasi pokok, tasik dan bermacam-macam lagi ciri-ciri kekebunan.

Dasar perbandaran rasmi Copenhagen menetapkan bahawa menjelang tahun 2015, setiap taman atau pantai boleh dicapai oleh semua warga kota dengan berjalan kaki dalam masa kurang 15 minit.[45] Selaras dengan dasar ini, beberapa taman baru sedang dibangunkan di kawasan yang tiada ruang hijau.[46][47]

Pantai[sunting | sunting sumber]

Copenhagen dan kawasan sekitarnya ada tiga pantai sepanjang 8 km yang boleh dicapai dengan berbasikal selama 30 minit dari pusat bandaraya. Ini termasuk Amager Strandpark yang dibuka pada tahun 2005 dan merangkumi pulau buatan sepanjang 2 km dan pantai sepanjang 4.6 km,[48] terletak 15 minit berbasikal atau beberapa minit sahaja menaiki tren dari pusat bandaraya.

Pantai-pantai ini ditambah oleh sistem Permandian Pelabuhan sepanjang kawasan dermaga Copenhagen. Kawasan permandian yang tertua dan paling digemari ramai ialah Islands Brygge[49] yang meraih pengiktirafan antarabangsa kerana reka bentuknya.[50]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Gråbrødretorv, kawasan pusat Copenhagen

Bergantung pada sempadan mana yang digunakan, jumlah penduduk Copenhagen berbeza-beza perangkaannya. Institut Statistik Denmark menggunakan ukuran kawasan bandar yang terbina bersebelahan di Copenhagen, ini bermakna bilangan komuniti yang dikira dalam abstrak statistik sudah berubah berkali-kali, dalam edisi terkini abstrak yang merangkakan hampir 1.2 juta penduduk (1,153,615 (2008)). Perangkaan ini bukan hasil tepat daripada kaedah sukatan kawasan terbina terus-menerus 200 meter, kerana ada pengecualiannya: Kawasan pinggir bandar Birkerød dan Hørsholm dikecualikan, sementara seluruh Brøndby dan beberapa bahagian Ishøj dan Greve terangkum. Institut Statistik Denmark tidak pernah menyatakan kawasan bandaraya Copenhagen yang sebenar, yang sedia diketahui terdiri Copenhagen, Frederiksberg dan 16 daripada 20 perbandaran dalam daerah lama Copenhagen dan daerah Roskilde, termasuk lima perbandaran setara.[51]

Institut Statistik Denmark telah menyediakan takrifkan khusus bagi "tanah" (landsdele), untuk memenuhi keperluan statistik untuk taraf yang lebih rendah daripada rantau. Oleh itu, tanah bandaraya Copenhagen (København by) ditentukan oleh perbandaran Copenhagen, Dragør, Frederiksberg dan Tårnby, dengan sejumlah 667,228 penduduk pada awal tahun 2009.[26][27] Kawasan sekeliling Copenhagen pula tanah yang lain, iaitu subbandar Copenhagen (Københavns omegn), yang merangkumi perbandaran Albertslund, Ballerup, Brøndby, Gentofte, Gladsaxe, Glostrup, Herlev, Hvidovre, Høje-Taastrup, Ishøj, Lyngby-Taarbæk, Rødovre dan Vallensbæk, dengan seramai 508,183 orang (1 Januari, 2009).[26][27] Maka jumlah penduduk kedua-dua tanah itu ialah 1,171,709 orang. Tanah-tanah bandaraya dan pinggir bandar Copenhagan boleh ditentukan sebagai kawasan metropolitan, namun tidak begitu menyeluruh.

Kebudayaan dan rekreasi[sunting | sunting sumber]

Sejak akhir 1990-an, Copenhagen menjalani perubahan wajah dari sebuah ibu kota Scandinavia yang santai menjadi sebuah bandaraya metropolitan yang hebat di mata dunia, setanding dengan Barcelona dan Amsterdam[52], hasil pelaburan prasarana secara besar-besaran serta gelombang bakat baru jurubina, pereka dan tukang masak di Denmark.[8][30]

Muzium[sunting | sunting sumber]

Di Copenhagen terdapat sebilangan cukup muzium bertaraf antarabangsa. Muzium Negara Denmark (Nationalmuseet) ialah muzium arkeologi dan sejarah kebudayaan terbesar di Denmark yang mempamerkan sejarah kebudayaan dalam dan luar negara Denmark. Balai Seni Negara Denmark (Statens Museum for Kunst) ialah muzium kesenian kebangsaan Denmark yang menyimpan himpunan karya seni dari abad ke-12 hingga kini. Antara karyawan seni yang terhimpun hasil seninya di sini termasuk Rubens, Rembrandt, Picasso, Braque, Léger, Matisse dan Emil Nolde.

Sebuah lagi muzium kesenian yang penting di Copenhagen ialah Ny Carlsberg Glyptotek yang diasaskan oleh hartawan/dermawan Carlsberg generasi kedua, Carl Jacobsen, dan menyimpan koleksi peribadi beliau. Tumpuan utamanya ialah arca klasik dari Mesir, Rom dan Yunani dan bermacam-macam lagi barang-barang purba, serta koleksi arca Rodin yang terbesar di luar Perancis[53] Selain himpunan arcanya, Ny Carlsberg Glyptotek juga menyimpan koleksi lukisan impresionis dan pasca-impresionis karya Monet,Renoir, Cézanne, van Gogh dan Toulouse-Lautrec, antara lainnya, di samping hasil seni Zaman Keemasan Denmark.

Muzium Seni Moden Louisiana ialah sebuah muzium seni moden yang terletak di pantai utara Copenhagen, di tengah-tengah taman arca di atas cenuram yang menghadap Øresund.

Muzik dan hiburan[sunting | sunting sumber]

Dewan Konsert Copenhagen yang dibuka pada Januari 2009, direka oleh Jean Nouvel dan juga mempunyai empat buah dewan termasuk auditorium utama yang bermuatan 1800 orang. Dewan yang menjadi pangkalan Orkestra Simfoni Kebangsaan Denmark ini merupakan dewan konsert termahal dalam sejarah di samping Dewan Konsert Walt Disney di Los Angeles.[54] Tempat lain yang penting untuk muzik klasik ialah Dewan Konsert Tivoli yang terletak di Taman Tivoli yang bersejarah. Panggung Opera Copenhagen (Operaen) rekaan Henning Larsen yang dibuka pada tahun 2005, ialah dewan opera kebangsaan Denmark dan salah sebuah panggung opera termoden di dunia. Teater Diraja Denmark lama yang dibina pada tahun 1748 masih berfungsi sebagai pentas opera tambahan di samping menempatkan Balet Diraja Denmark yang juga diasaskan pada tahun 1748, sebagai salah sebuah kumpulan balet terlama di Eropah, dan juga tempat kelahiran tarian balet aliran Bournonville.

Untuk hiburan tanpa bayaran, pengunjung boleh bersiar-siar di Strøget, khususnya di antara Nytorv dan Højbro Plads, yang menjadi seakan-akan sarkas spontan yang mempunyai tiga gelanggang pada waktu petang dan malam, dimeriahkan oleh pemuzik, tukang silap mata, penjugel dan lain-lain penghibur jalanan.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Copenhagen mempunyai pasukan dalam pelbagai sukan. Dua kelab bola sepak utama di Copenhagen ialah Brøndby IF dan FC København. Kelab Brøndby IF bermain di Stadium Brøndby di Brøndby and FC København bermain di Parken di Østerbro, Copenhagen. Pasukan lain ialah seperti Fremad Amager, B93, AB, Frem, Lyngby, Hvidovre IF dan FC Nordsjælland


Copenhagen juga mempunyai 3 pasukan hoki ais: Rødovre Mighty Bulls, Herlev Hornets dan Nordsjælland Cobras. Terdapat juga pasukan bola baling di Copenhagen. FC København mempunyai pasukan lelaki dan wanita yang mempunyai logo dan baju yang sama. Mereka asalnya dikenali sebagai FIF. Antara kelab lain yang bermain di liga perdana seperti; Ajax Heroes, Ydun, dan HIK (Hellerup).

Ragbi juga dimainkan di Copenhagen dengan kewujudan pasukan ragbi CSR-Nanok, Copenhagen Scrum, Exiles, Froggies dan Rugbyklubben Speed. Liga Bola Sepak Australia Denmark, berpangkalan di Copenhagen ialah pertandingan bola sepak Australia terbesar di luar negara penutur Bahasa Inggeris.

Pada 2011, Copenhagen telah menjadi tuan rumah Kejuaraan UCI Road World.


Hubungan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Biarpun tiada bandar angkat yang rasmi, namun Copenhagen menjalin kerjasama dengan bandaraya-bandaraya lain di dunia dalam bidang-bidang tertentu:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Region Hovedstaden" (dalam bahasa Danish). Rantau Hovedstaden. http://www.regionhovedstaden.dk/. Capaian 2008-11-12. 
  2. "General facts on The Øresund Region". Oresundsregionen.org. http://www.oresundsregionen.org/3d200029. Capaian 2009-05-05. 
  3. Juga Templat:IPA-da
  4. Top 150 City Destinations: London Leads the Way
  5. "Copenhagen Airport". waymarking.com. http://www.waymarking.com/waymarks/WM3N4X. Capaian 2009-01-06. 
  6. "Copenhagen Region Ranks 3rd in Western Europe for Attracting Head Offices". Ministry of Foreign Affairs of Denmark. 2009-01-06. http://www.ambottawa.um.dk/en/servicemenu/News/Copenhagen+region+ranks+3rd+in+western+EuropeForAttractingHeadOffices.htm. Capaian 2009-07-24. 
  7. "A great place to live". Ministry of Foreign Affairs of Denmark. http://www.investindk.com/visArtikel.asp?artikelID=8130. Capaian 2009-01-06. 
  8. 8.0 8.1 "Copenhagen is Scandinavia's most desirable city". International Herald Tribune. http://www.iht.com/articles/2007/06/18/arts/rmon2copenhagen.php. Capaian 2009-01-09. 
  9. "Europe's 10 Best Places To Live". Forbes. http://www.forbes.com/2008/07/21/cities-europe-lifestyle-forbeslife-cx_vr_0721europe.html. Capaian 2009-01-06. 
  10. "Cool Boom Towns". Spiegel Special. http://wissen.spiegel.de/wissen/image/show.html?did=57570816&aref=image037/2008/06/21/ROSPC200800400660071.PDF&thumb=false. Capaian 2009-01-06. 
  11. "Copenhagen is Scandinavia's most desirable city". International Harald Tribune. http://www.iht.com/articles/2007/06/18/arts/rmon2copenhagen.php. Capaian 2009-01-06. 
  12. Arkæologer graver ny teori om København op af mulden (Archeologists develop new theory about Kopenhagen from their digs), Videnskab.dk, 5 November 2008
  13. Biography of George de Hevesy
  14. 14.0 14.1 14.2 "Battle of Copenhagen, April 2, 1801. Prelude « Age Of Sail". ageofsail.wordpress.com. http://ageofsail.wordpress.com/2009/04/02/battle-of-copenhagen-april-2-1801-prelude/. Capaian 2010-01-12. 
  15. "History of THE NAPOLEONIC WARS". www.historyworld.net. http://www.historyworld.net/wrldhis/PlainTextHistories.asp?historyid=aa13. Capaian 2010-01-12. 
  16. "Napoleonic War: Battle of Copenhagen 1801". www.historyofwar.org. http://www.historyofwar.org/Maps/maps_copenhagen3.html. Capaian 2010-01-12. 
  17. 17.0 17.1 17.2 17.3 17.4 "History of NAPOLEON BONAPARTE". www.historyworld.net. http://www.historyworld.net/wrldhis/PlainTextHistories.asp?gtrack=pthc&ParagraphID=mfa. Capaian 2010-01-12. 
  18. Dudley Pope, The Great Gamble: Nelson at Copenhagen (1972)
  19. 19.0 19.1 19.2 19.3 19.4 "Copenhagen's second battle remembered - 200 years on - Times Online". timesonline.co.uk. http://www.timesonline.co.uk/tol/life_and_style/court_and_social/article2372230.ece. Capaian 2010-01-13. 
  20. The Battle of Copenhagen
  21. Tom Pocock, Horatio Nelson, Pimlico (1987), p.229
  22. 22.0 22.1 22.2 22.3 "[History The "Battle" of Kopenhagen - 1807 - Total War Center Forums"]. www.twcenter.net. http://www.twcenter.net/forums/showthread.php?t=120350. Capaian 2010-01-12. 
  23. Smith, D. The Greenhill Napoleonic Wars Data Book. Greenhill Books, 1998, p.204
  24. Wendy Hinde, George Canning (Purnell Books Services, 1973), p. 168.
  25. "Københavns bydele". Københavns Kommune. http://www.kk.dk/FaktaOmKommunen/KoebenhavnITalOgOrd/StatistikOmKoebenhavnOgKoebenhavnere/Kort/KoebenhavnsBydele.aspx. Capaian 2009-05-03. 
  26. 26.0 26.1 26.2 Statistics Denmark, table BEF1A07: Population 1 January by region, age, sex, marital status Retrieved on 2008-03-26.
  27. 27.0 27.1 27.2 Statistics Denmark, definitions of lands as of 2007-01-01 (excel-file, in danish) Diterima pada 2008-03-26.
  28. The Finger Plan, Denmark.dk
  29. "Weather Information for Copenhagen". World Weather Information Service. http://www.worldweather.org/173/c00190.htm. Capaian 30 November 2009. 
  30. 30.0 30.1 "B1 Kopenhagen entdecken". Baumeister - Zeitschrift für Architektur. http://www.baumeister.de/. Capaian 2009-01-23. 
  31. "RIBA European Awards 2005". RIBA. http://www.e-architect.co.uk/awards/riba_awards_2005.htm. Capaian 2009-01-05. 
  32. "RIBA European Awards 2006". RIBA. http://www.architecture.com/Awards/RIBAEuropeanAwards/2006/Kilen/KilenDenmark.aspx. Capaian 2009-01-05. 
  33. "RIBA European Awards 2007". RIBA. http://www.amblondon.um.dk/en/menu/TheEmbassy/News/RIBAAwardsToDanishArchitects.htm. Capaian 2009-01-05. 
  34. "RIBA European Awards 2009". RIBA. http://www.architecture.com/Awards/RIBAEuropeanAwards/2008/RoyalPlayhouse.aspx. Capaian 2009-01-05. 
  35. "World's Best Residential Building 2008". World Architecture Festival. http://www.worldarchitecturefestival.com/news-detail.cfm?newsId=33. Capaian 2009-01-05. 
  36. "Controversial residential housing complex year’s best building". Forum AID. http://www.forumaid.com/default.asp?sid=1207. Capaian 2009-01-05. 
  37. "Ørestad Gymnasium Best Building in Scandinavia 2008". designboom. http://www.designboom.com/weblog/read.php?CATEGORY_PK=&TOPIC_PK=2388. Capaian 2009-01-05. 
  38. "World's best design city 2008", The Independent. Dicapai pada 2009-01-05. 
  39. 39.0 39.1 "King's Garden". Slots- og Ejeondomsstyrelsen. http://www.ses.dk/392755f0. Capaian 2009-01-05. 
  40. "Kongens Have". AOK. http://www.aok.dk/byen-rundt/kongens-have. Capaian 2009-01-05. 
  41. "Botanisk Have". Carlsberg. http://www.carlsbergdanmark.dk/omos/Historie/IJacobsensfodspor/Kobenhavn/Pages/BotaniskHave.aspx. Capaian 2009-01-05. 
  42. "Fælledparken". AOK. http://www.aok.dk/byen-rundt/faelledparken. Capaian 2009-01-05. 
  43. "København får mere liv på kirkegårdene". Politiken. http://ibyen.dk/article241086.ece. Capaian 2009-01-05. 
  44. "Guide: Gå på opdagelse i de dødes haver". Politiken. http://ibyen.dk/guide/article327680.ece. Capaian 2009-01-05. 
  45. "En grøn og blå storby". Københavns Kommune. http://www.br.kk.dk/Politik%20og%20Demokrati/IPolitiskFokus/Miljoemetropolen/EnGronOgBlaaStorby.aspx. Capaian 2009-01-05. 
  46. "Superkilen by Bjarke Ingels Group". Dezeen. http://www.dezeen.com/2008/10/05/suk-project-by-big-architects/. Capaian 2009-01-05. 
  47. ""1001 Træ", Nordvest". Københavns Kommune. http://www2.kk.dk/kvarterloeft/pegasus.nsf/url/nordvest. Capaian 2009-01-05. 
  48. "Hot spot på Amager Strandpark". gomotion.dk. http://www.gomotion.dk/pe1.asp?p_id=335. Capaian 2009-01-14. 
  49. Harbour bath at Islands Brygge, e-architect
  50. "2007 IOC Honorable Mention". ap architecture-page. http://www.architecture-page.com/go/people/profiles/bjarke-ingels-group. Capaian 2009-01-05. 
  51. Danmarks Statistik, Largest cities of Denmark 2007 (Jerman)
  52. "Cool Boom Towns". Spiegel Special. http://wissen.spiegel.de/wissen/image/show.html?did=57570816&aref=image037/2008/06/21/ROSPC200800400660071.PDF&thumb=false. Capaian 2009-01-09. 
  53. "Ny Carlsberg Glyptotek". AOK. http://www.aok.dk/udstilling/ny-carlsberg-glyptotek. Capaian 2009-01-09. 
  54. "DRs koncerthus - et af verdens dyreste". Berlingske Tidende. http://www.berlingske.dk/article/20070209/danmark/102090998/. Capaian 2009-01-09. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Copenhagen.