Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja (JLJ) adalah satu daripada kor di dalam Tentera Darat Malaysia. JLJ memberikan khidmat bantuan untuk menyenggara, membaiki dan membaikpulih kenderaan dan kelengkapan Tentera Darat Malaysia.

Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja berperanan menguruskan senggaraan semua kenderaan, peralatan mekanikal dan peralatan elektrik Tentera Darat Malaysia, kecuali peralatan berat Rejimen Askar Jurutera DiRaja dan peralatan komunikasi yang digunakan Rejimen Semboyan DiRaja.

Kor Jurutera Lektrik dan Jentera Diraja
Aktif15 Julai 1957 - kini
Negara Malaysia
CawanganBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Komander
PengerusiBrigedier Jeneral Dato' Ts. Muhammad Syafiq Poh bin Abdullah
PengarahBrigedier Jeneral Hj Ahmad Jaidi bin Ali
Kolonel Yang DiPertuaDuli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum meletusnya Perang Dunia II, pelbagai unit tentera menjalankan senggaraan dan membaiki kenderaan dan peralatan Tentera British. Pasukan Ordnans menjaga senjata dan Logistik, pasukan Jurutera menjada peralatan berat, dan [[Kor Perkhidmatan] mengendalikan senggaraan kenderaan. Pasukan Semboyan pulan mengendali senggaraan kelengkapan komunikasi.

Sehingga tahun 1939, Tentera British mempunyai dua buah bengkel senggaraan di Singapura, satu di Belakang Mati dan satu lagi di Changi. Kedua bengkel ini menjalan kerja pembaikan ringan keatas peralatan tentera british, seperti pembaikan kompas, teropong dan sebagainya. Bengkel ini dipindahkan ke Alexandra Road, dan skop senggaraan ditambah. Dalam bulan September 1939, bengkel baru dibuka di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh askar dari Bengkel Bergerak Tentera British India. Sebuah lagi bengkel ditubuhkan di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur.

Apabila Tentera British kembali ke Tanah Melayu selepas tamatnya Perang Dunia II, mereka menghadapi masalah kekurangan anggota senggaraan apabila anggota Tentera India dihantar pulang ke India selepas mencapai kemerdekaan. Dengan tercetusnya Darurat di Tanah Melayu, Pemerintah British memulakan pengambilan anggota Melayu di dalam perkhidmatan tentera, selain dari perkhidamatan dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja.

Anggota Melayu mula diberikan latihan dalam ketukangan eletrik dan jentera di Pusat Latihan EME di Ayer Rajah, Singapura. Anggota melayu ini kemudiannya diambil berkhidmat sebagai anggota Melayu di Bengkel Malaya di Ipoh, Seremban dan Kluang. Dalam bulan April 1957, Kor Perkhidmatan Tentera Perksekutuan telah ditubuhkan dengan mengumpulkan sumber daripada pasukan-pasukan Perubatan, Pengangkutan, Logistik dan unit-unit eletrik dan jentera di Tanah Melayu. Cawangan jurutera Eletrik dan Jentera diletakkan di bawah pemerintahan Lt Kol TFM Moore yang dipinjamkan ke Tentera Perksekutuan. Anggota-angota Melayu Jurutera Letrik dan Jentera dipindahkan ke cawangan baru ini, Sebanyak 6 bengkel dan 2 Detasmen Bantuan Ringan telah dibentuk.

Pada 27 Mei, 1958, berikutan pembentukan Tentera Laut Malaya dan Tentera Udara Malaya. Perkhidamtan-perkhidmatan cawangan Tentera Persekutuan melibatkan Kor Ordnans, Jurutera Letrik Dan Jentera dan unit senggaraan Kor Perkhidmatan telah disusun semula Kor Senggaraan Angkatan Bersenjata (Armed Forces Maintenance Corps).

Dalam tahun 1965, Kor Senggaraan Angkatan Bersenjata telah dibubarkan dan dipecahkan ke dalam tiga perkhidmatan yang berasingan. Cawangan EME telah digunakan sebagai asas pembentukan Kor Jurutera Letrik dan Jentera. Lt. Kol. JR Dickinson dilantik menjadi Pengarah Kor Jurutera Letrik dan Jentera yang pertama.

Kor Jurutera Letrik dan Jentera ditubuhkan dengan rasminya pada 9 April 1965. Dalam 1968, Lt. Kol Idrus bin Abdul Rahman menjadi anak watan pertama di lantik menjadi Pengarah Kor Jurutera Letrik dan Jentera (Pengarah-pengarah sebelumnya adalah pegawai British yang dipnjaman kepada Tentera Darat Malaysia). Pada 7 Jun 1997, Kor Jurutera Letrik Dan Jentera telah dianugerahkan gelaran "DiRaja" dan dipanggil Kor Jurutera Letrik Dan Jentera DiRaja.

Unit[sunting | sunting sumber]

Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja disusun mengikut Worksyop Pengkalan, Worksyop Divisyen, Worksyop Briged, Woksyop Rejimen dan Detasmen Bantuan Kecil. Pada masa ini, Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja mempunyai unit-unit berikut;

  • 2 x Woksyop Pangkalan
  • 4 x Woksyop Divisyen
  • 8 x Woksyop Briged
  • 10 x Woksyop Rejimen
  • 208 x Detasmen Bantuan Kecil

Unit Khusus :

  • 10 Woksyop Medan Para
10 Worksyop Medan Para ditugaskan sebagai komponen 10 Briged Para dalam Pasukan Atur Cepat Malaysia. Semua anggota 10 Worksyop Medan Para mendapat tauliah penerjunan payung terjun.