Kor Ke-III (India British)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nota
Rencana ini berkaitan pasukan Tentera Darat India British (1895–1947)
III Kor (India)
Aktif1858 – 1948
NegaraIndia
KesetiaanBritish
CawanganTentera Darat
SaizKor
PertempuranPerang Dunia Pertama
Perang Dunia Kedua
Komander
Komander
terkenal
Leftenan Jeneral Sir Lewis Heath

Kor Ke-III India ialah formasi dalam Tentera Darat India British yang ditubuhakan di Mesopotamia sewaktu Perang Dunia Pertama. Ia juga digelar Kor Tigris.

Ketumbukan baharu ditubuhkan sewaktu tercetusnya Perang Dunia Kedua untuk perkhidmatan di Asia Tenggara.

Perang Dunia Pertama[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada bulan Disember 1915, ia dibahagikan kepada dua dalam tahun 1916 bagi menubuhkan Kor Pertama (India British).[1] Ia mengambil bahagian dalam Kempen Mesopotamia di bawah perintah Leftenan Jeneral Frederick Stanley Maude.

Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]

Kor Ke-III (India) merupakan ketumbukan darat utama yang mengambil bahagian dalam Pertempuran Malaya dan seterusnya Pertempuran Singapura dalam tahun 1941 dan 1942. Ia diperintah Leftenan Jeneral Sir Lewis "Piggy" Heath.

Kor Ke-III ditubuhkan pada pertengahan tahun 1941 sebagai sebahagian daripada Malaya Command apabila keadaan antara Britain dan sekutunya dengan Empayar Jepun di Asia Tenggara menjadi tegang. Pada 7 Disember 1941 Kor ini terdiri daripada Divisyen Infantri ke-9 India, di bawah perintah Mejar Jeneral Barstow, Divisyen Infantri Ke-11 India di bawah Mejar Jeneral David Murray-Lyon, pemerintahan Kawasan Talian Perhubungan, dan Penang Fortress ('Kubu Pulau Pinang').[2] Banyak perjawatan dalam formasi-formasi di dalam Kor Ke-III disisi oleh anggota yang tidak terlatih oleh sebab pengembangan mendadak Tentera India British sejurus sebelum Perang Dunia Kedua.

Pihak British membuat rancangan — Operasi Matador dan Operasi Krohcol untuk bergerak ke dalam selatan Siam bagi menahan kemaraan pasukan Jepun. Namun, oleh sebab tidak mendapat amaran awal yang mencukupi, rancangan-rancangn tersebut terpaksa dibatalkan. Formasi yang dipertanggungjawabkan untuk operasi ini, Divisyen Infantri Ke-11, yang bersiap sedia menjalankan operasi serangan, terpaksa menjalankan operasi pertahanan dan membuat persiapan pertahanan seperti memasang periuk api, dawai berduri, membina kubu mesingan dan persiapan lain. [3]

Kor Ke-III diserang Tentera Darat Ke-25 Jepun yang mendarat di Pattani, Singora dan Kota Bharu, dan ditolak pasukan Jepun ke arah selatan Semenanjung Tanah Melayu. Pasukan Jepun menggunakan taktik berkesan dalam Kempen Tanah Melayu: apabila berhadapan dengan kedudukan pertahanan musuh, mereka akan meninggalkan sepasukan kecil (screen atau 'penghadang') untuk terus mengasak musuh sementara pasukan besar akan menyusup ke dalam hutan di rusuk musuh dan mengelilingi dan menyerang musuh. Taktik ini membenarkan mereka mara dengan pantas. Kor Ke-III dan semua pasukan British meninggalkan Tanah Melayu dan berundur ke Singapura. Pasukan terakhir British daripada Kor Ke-III tiba di Singapura pada pagi 31 Januari 1942. Di Singapura Kor Ke-III diberi tanggungjawab mempertahankan pantai timur laut Singapura. Selepas bertempur selama 14 hari, Kor Ke-III, bersama-sama pasukan British lain, menyerah diri pada 15 Februari 1942. Beberapa orang tentera India Kor Ke-III yang menjadi tawanan perang kemudiannya direkrut pihak Jepun untuk menyertai Tentera Kebangsaan India dan menentang British.[4]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai Kor British sewaktu Perang Dunia Pertama dicapai 23 Ogos 2012
  2. ^ Orbat.com/Niehorster, Kor Ke-III India Diarkibkan 2012-05-03 di Wayback Machine, 7 Disember 1941
  3. ^ Allen, Louis Singapore dalam Decisive Battles of the 20th century Land-Sea-Air suntingan Noble Frankland dan Christopher Dowling, ms 159 ISBN 0283981644
  4. ^ Elphick, Peter Singapore the Pregnable Fortress Hodder and Stoughton, 1995 ms 187 ISBN 0340613165. Elphick berpendapat seramai 10,000 orang tentera India British mungkin menyertai Tentera Kebangsaan India (INA). Ada yang meninggalkan pasukan mereka semasa berada di semenanjung Tanah Melayu.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Warren, Alan (2002). Singapore 1942. Britain's Greatest Defeat. Singapore: Talisman. ISBN 9810453205. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Allen, Louis (1976). "Singapore". Dalam Noble Frankland dan Christopher Dowling (penyunting). Decisive Battles of the Twentieth Century Land-Sea-Air. Sidgwick and Jackson. m/s. 155–169. ISBN 0283981644.
  • Elphick, Peter (1995). Singapore The Pregnable Fortress. Hodder and Stoughton. ISBN 0-340-61316-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]