Korea Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Korea
ريڤوبليك كوريا

대한민국

大韓民國

Bendera
Moto: 홍익인간; 弘益人間
Menguntungkan segala insan (tidak rasmi)
Lagu: Aegukga (애국가; 愛國歌)
("Lagu Cinta Negara")
Ibu negara
dan bandar terbesar
Seoul
37°35′N 127°0′E / 37.583°U 127.000°T / 37.583; 127.000
Bahasa rasmi Korea
Tulisan rasmi Hangul
Kerajaan Republik berpresiden
 -  Presiden Park Geun-hye
 -  Perdana Menteri Jung Hong-won
Perundangan Perhimpunan Kebangsaan
Penubuhan
 -  Hari Penubuhan Kebangsaan 3 Oktober 2333 SM 
 -  Kemerdekaan diisytiharkan 1 Mac 1919 
 -  Kerajaan Sementara 13 April 1919 
 -  Pembebasan 15 Ogos 1945 
 -  Perlembagaan 17 Julai 1948 
 -  Kerajaan diisytiharkan 15 Ogos 1948 
Kawasan
 -  Jumlah 100,210 km2 (ke-108)
38,691 sq mi 
 -  Perairan (%) 0.3
Populasi
 -  2012 (anggaran) 50,004,000 orang[1]
 -  Kepadatan 493/km2 (ke-12)
1,276.9/sq mi
KDNK (PPP) 2010 anggaran
 -  Jumlah $1.459 trilion[2]
 -  Per kapita $29,835[2]
KDNK (nominal) 2010 anggaran
 -  Jumlah $1.007 trilion[2]
 -  Per kapita $20,590[2]
Gini (2007) 31.3[3])
HDI (2010) 0.877[4] (amat tinggi / ke-12)
Mata wang Won Korea Selatan (₩) (KRW)
Zon waktu Waktu Piawai Korea (UTC+9)
 -  Musim panas (DST) tiada (UTC+9)
Format tarikh tttt년 bb월 hh일
tttt/bb/hh (CE)
Memandu pada right
Kod panggilan 8
Internet TLD .kr, .한국
1. Sistem telefon mudah alih CDMA, WCDMA, HSDPA dan WiBro
2. Bekalan kuasa domestik 220V/60 Hz, soket CEE 7/7

Korea Selatan atau nama rasminya Republik Korea (RK, Hangul: 대한민국, Hanja: 大韓民國, Perumian Semakan: Daehan Minguk Mengenai bunyi ini dengar) adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Korea di Asia Timur. Ia bersempadanan dengan negara Republik Rakyat China (Tanah Besar China) di barat, Jepun di timur dan Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara) di utara. Ibu negara dan bandar raya terbesarnya ialah Seoul. Korea Selatan terletak dalam kawasan beriklim kebenuaan lembap dan subtropika lembap dengan rupa bumi yang bergunung-ganang. Wilayahnya meliputi kawasan seluas 99,392 kilometer persegi (38,375 bt2)[5] dan dengan penduduk seramai 50 juta orang, dimana bandar raya Seoul sahaja diduduki oleh 10.4 juta orang.

Hasil pencarian arkeologi mendapati bahawa Semenanjung Korea pernah diduduki manusia seawal Zaman Paleolitik Awal.[6][7] Sejarah Korea bermula dengan penubuhan kerajaan Gojoseon pada tahun 2333 SM oleh raja Dan-gun yang legenda. Ekoran penyatuan Tiga Kerajaan Korea di bawah pemerintahan Silla pada 668 M, Korea diperintah oleh Dinasti Goryeo (918–1392) dan Dinasti Joseon (1392–1910). Pemerintahan Joseon berakhir apabila Korea diilhakkan oleh Empayar Jepun pada tahun 1910. Pada akhir Perang Dunia Kedua, Korea telah dibahagikan kepada kuasa pendudukan Soviet di bahagian utara dan Amerika Syarikat di selatan. Walaupun Korea Selatan ditubuhkan sebagai sebuah negara demokrasi pada tahun 1948, namun ia terpaksa mengharungi kekacauan politik dan pemerintahan tentera yang berlarutan selama puluhan tahun hingga tertubuhnya Republik Keenam pada tahun 1987.

Selepas serangan Korea Utara ke atas Korea Selatan pada 25 Jun 1950, peperangan yang tercetus antara kedua-dua Korea berakhir dengan Perjanjian Gencatan Senjata. Sempadan antara kedua-dua negara tersebut adalah yang paling kuat dikubui di dunia.[8] Selepas perang, ekonomi Korea Selatan berkembang pesat sehingga negara ini menjadi sebuah ekonomi utama dunia.[9] Pada tahun 1987, kerajaan awam telah menggantikan pemerintahan tentera. Sehingga kini, Korea Selatan mempunyai undang-undang kawalan senjata api yang ketat dengan bilangan senjata api yang sedikit mengikut kapita.

Korea Selatan merupakan sebuah negara republik berpresiden yang terdiri daripada 17 bahagian pentadbiran. Ia merupakan sebuah negara maju dengan taraf hidup yang amat tinggi. Ia merupakan ekonomi keempat terbesar di Asia dan ke-15 (nominal) atau ke-12 (pariti kuasa beli) terbesar di dunia.[10] Ekonomi ini didorong oleh bidang pengeksportan, di mana industri pengeluaran tertumpu pada bidang elektronik, kereta, perkapalan, jentera, petrokimia dan robotik. Korea Selatan ialah sebuah negara anggota dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) serta pengasas bagi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum perpecahan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Korea
Jikji, buku terawal dikenali yang dicetak dengan taip cerai logam (1377). Perpustakaan Negara, Paris.

Menurut mitologi penubuhan Korea, sejarah Korea bermula dengan penubuhan pemerintahan Chosun (sering dipanggil Gojoseon supaya mudah dibezakan dengan sebuah lagi wangsa yang diasaskan pada abad ke-14; awalan "Go-" bermaksud 'lama' atau 'awal') pada tahun 2333 SM oleh Dangun.[11] Gojoseon berkembang luas sehingga menguasai bahagian utara Semenanjung Korea dan sesetengah kawasan Manchuria. Selepas banyak bertelagah dengan kerajaan Han di China, Gojoseon berpecah dan memberi laluan kepada zaman awal Tiga Kerajaan Korea.

Pada abad-abad terawal Masihi, kerajaan Buyeo, Okjeo, Dongye dan gabungan Samhan menduduki kawasan semenanjung dan selatan Manchuria. Dalam kalangan negeri tersebut, Goguryeo, Baekje dan Silla berkembang sehingga menguasai semenanjung sebagai Tiga Kerajaan Korea. Penyatuan Tiga Kerajaan oleh Silla pada tahun 676 dan diikuti oleh Zaman Negeri Utara Selatan, yang mana sebahagian besar Semenanjung dikuasai oleh Silla Bersatu, manakala Balhae mewarisi pemerintahan di bahagian utara Goguryeo.

Di negara Silla Bersatu, bidang puisi dan kesenian adalah digalakkan, sementara kebudayaan agama Buddha mekar. Hubungan Korea dengan China agak damai ketika ini. Bagaimanapun, Silla Bersatu menjadi lemah akibat persengketaan dalaman lalu menyerah kepada Goryeo pada tahun 935. Balhae, jiran Silla di utara, dibentuk sebagai negeri pewaris Goguryeo. Sewaktu kemuncaknya, Balhae menguasai kebanyakan Manchuria dan sebahagian Timur Jauh Rusia sebelum kecundang di tangan Khitan pada tahun 926.

Semenanjung ini disatukan semula oleh Maharaja Taejo dari Goryeo pada tahun 936. Seperti Silla, Goryeo merupakan sebuah negara yang mempunyai kebudayaan yang tinggi dan mencipta buku bernama Jikji yang menggunakan mesin cetak taip cerai logam yang tertua di dunia pada tahun 1377.[12] Serangan Mongol pada abad ke-13 banyak melumpuhkan kerajaan Goryeo. Selepas hampir 30 tahun berperang, Goryeo masih memerintah Korea walaupun sebagai sekutu ufti kepada Mongol. Selepas empayar Mongol jatuh, persengketaan politik yang teruk menyusul dan wangsa Goryeo digantikan dengan wangsa Joseon pada tahun 1388 ekoran pemberontakan oleh Jeneral Lee Seong-gye.

Istana Gyeongbok adalah yang terbesar daripada Lima Istana Agung yang dibina pada zaman wangsa Joseon.

Raja Taejo menamakan semula Korea sebagai "Joseon" sempena Gojoseon, lalu memindahkan ibu negara ke Hanseong (nama lama bagi Seoul). 200 tahun pertama dinasti Joseon agak damai dan menyaksikan penciptaan tulisan Hangul oleh Raja Sejong Agung pada abad ke-14 serta kebangkitan pengaruh Konfusianisme di negara itu.

Dari tahun 1592 hingga 1598, empayar Jepun telah menjajah Korea. Toyotomi Hideyoshi mengetuai bala tentera dalam percubaan menawan benua Asia melalui Korea, tetapi akhirnya ditangkis oleh para tentera Uibyeong dan tentera kerajaan Dinasti Ming dari China. Peperangan ini juga menjulang nama Laksamana Lee Sun-sin dan "kapal kura-kura" yang terkenal. Pada 1620-an dan 1630-an, Joseon diserang oleh Manchu yang kemudiannya menawan seluruh China.

Selepas berperang lagi dengan Manchuria, Joseon menikmati keamanan selama hampir 200 tahun. Raja Yeongjo dan Raja Jeongjo menerajui zaman pembaharuan baru dalam Dinasti Joseon.

Bagaimanapun, tahun-tahun terakhir Dinasti Joseon bercirikan dasar tutup pintu dari dunia luar serta kebergantungan kepada China untuk hal-ehwal luar. Pada abad ke-19, dasar tutup pintu Korea memperoleh nama jolokan "Negara Pertapa". Dinasti Joseon cuba melindungi dirinya daripada pengaruh imperialisme Barat, tetapi akhirnya terpaksa membuka pintu perdagangan. Selepas Perang China-Jepun Pertama dan Perang Rusia-Jepun, Korea dijajah oleh Jepun (1910–1945). Di akhir Perang Dunia Kedua, Jepun menyerah diri kepada angkatan Soviet dan A.S. yang masing-masing menduduki separuh utara dan selatan Korea.

Selepas perpecahan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Korea Selatan

Walaupun dirancangkan supaya negara Korea kekal bersatu mengikut Perisytiharan Kaherah 1943, namun timbulnya persengketaan antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat dalam Perang Dingin menyebabkan penubuhan dua kerajaan berasingan yang mengamalkan ideologi berbeza hingga Korea berpecah kepada dua entiti politik pada tahun 1948 iaitu Korea Utara dan Korea Selatan. Di Utara, seorang bekas gerila anti-Jepun dan aktivis komunisme, Kim Il-sung meraih kuasa atas sokongan Soviet, manakala di Selatan, seorang pemimpin Korea berhaluan kanan yang balik dari buangan, Syngman Rhee, dilantik sebagai presiden.

Pada 25 Jun 1950, Korea Utara menyerang Korea Selatan lalu mencetuskan Perang Korea, iaitu pertempuran besar pertama dalam Perang Dingin. Ketika itu, Kesatuan Soviet memulaukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekaligus menyerahkan hak vetonya. Ini membolehkan PBB campur tangan dalam perang saudara apabila nampaknya tentera Korea Utara yang lebih kuat bakal menyatukan seluruh negara. Korea Utara disokong Kesatuan Soviet dan China, apatah lagi mendapat bantuan askar China. Setelah lama berperang sehingga melibatkan nyawa 2.5 juta orang[13] (termasuk orang awam) di utara dan selatan, peperangan ini akhirnya menemui kebuntuan. Gencatan senjata 1953 yang tidak ditandatangani oleh Korea Selatan memecahkan semenanjung di sepanjang zon bebas tentera pada selarian ke-38 Utara. Disebabkan kedua-dua pihak tidak menandatangani sebarang perjanjian damai, Korea Utara dan Selatan sebenarnya masih berperang.

Pada tahun 1960, pemberontakan mahasiswa ("Revolusi 4.19") menyebabkan peletakan jawatan Presiden Syngman Rhee yang autokratik. Ini disusuli oleh sewaktu ketidakstabilan politik yang dipecahkan oleh rampasan kuasaoleh Jeneral Park Chung-hee ("kudeta 5.16") ke atas kerajaan yang lemah dan tidak berkesan pada tahun berikutnya. Park mengambil alih jawatan presiden sehingga beliau dibunuh pada tahun 1979. Sepanjang pemerintahan Jeneral Park, Korea Selatan menyaksikan ekonomi berkembang pesat atas dorongan eksport walaupun berdepan dengan penindasan politik yang teruk.

Selepas pembunuhan Park, Korea Selatan sekali lagi dilanda pergolakan politik, kerana semua ketua pembangkang yang ditindas sebelum ini berkempen untuk merebut jawatan presiden, tetapi hasrat mereka dipatahkan oleh Kudeta 12 Disember 1979 oleh Jeneral Chun Doo-hwan. Selepas merampas kuasa, Chun Doo-hwan bercadang untuk bangkit untuk berkuasa dengan beberapa langkas. Pada 17 Mei 1980, Chun Doo-hwan memaksa Jemaah Menterinya untuk meluaskan pemerintahan tentera ke seluruh negara, yang sebelum ini terkecuali Pulau Jeju. Pemerintahan tentera ini menutup universiti, mengharamkan kegiatan politik dan mengehadkan lagi kebebasan akhbar. Pada hari itu juga, Chun menyandang jawatan presiden, kemudian tercetusnya tunjuk perasaan seluruh negara yang menuntut demokrasi, khususnya bandar Gwangju, di mana Chun menghantar angkatan khas untuk bertindak keras terhadap Gerakan Pendemokrasian Gwangju.[14]

Selepas itu, Chun membentuk Jawatankuasa Dasar Darurat Pertahanan Negara dan menyandang kepresidenan mengikut rancangan politiknya. Kerajaan Chun memerintah Korea secara kuku besi hingga tahun 1987, apabila kejadian seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Seoul diseksa hingga mati[15]didedahkan oleh Persatuan Keadilan Paderi Katolik pada 10 Jun, sehingga mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara. Akhirnya, parti Chun iaitu Parti Keadilan Demokratik, dan ketuanya, Roh Tae-woo mengumumkan Perisytiharan 29 Jun, yang merangkumi hak rakyat memilih presiden secara terus. Roh memenangi pilihan raya dengan majoriti tipis ke atas dua ketua pembangkang utama, Kim Dae-Jung dan Kim Young-Sam.

Pada tahun 1988, Seoul menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 1988. Korea Selatan menjadi ahli Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) pada tahun 1996.[16] Korea Selatan terjeas oleh Krisis Kewangan Asia 1997, tetapi berjaya pulih dan meneruskan pertumbuhan ekonomi.

Pada Jun 2000, sebagai cubaan memulihkan hubungan antara kedua-dua Korea dalam "Dasar Sinaran Matahari" oleh Presiden Kim Dae-Jung, sebuah sidang kemuncak Utara–Selatan berlangsung di Pyongyang, ibu negara Korea Utara. Dengan itu, Kim menerima Hadiah Keamanan Nobel "atas usahanya demi demokrasi dan hak asasi manusia di Korea Selatan dan seluruh Asia Timur, khususnya perdamaian dengan Korea Utara."[17]

Pada tahun 2002, Korea Selatan dan Jepun bersama-sama menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2002, akan tetapi hubungan antara Korea Selatan dan Jepun menjadi tegang kerana bercanggah dalam penuntutan kedaulatan ke atas Batu Liancourt (yang dipanggil Dokdo di Korea, dan Takeshima di Jepun).

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pembahagian pentadbiran utama di Korea Selatan terdiri daripada lapan buah wilayah, satu wilayah pentadbiran sendiri khas, enam bandar raya metropolitan (bandar raya dimana pentadbirannya tidak terletak di mana-mana wilayah), bandar raya khas (1) dan bandar raya pentadbiran sendiri khas (1).

Peta Namaa Hangul Hanja Jumlah penduduk
Bandar raya khas (Teukbyeolsi)a
Bandaraya Khas Seoul 서울특별시 서울特別市 10,421,782
Bandar raya pentadbiran sendiri khas (Teukbyeoljachisi)a
Bandaraya Pentadbiran Sendiri Khas Sejong 세종특별자치시 世宗特別自治市 122,263
Bandar raya metropolitan (Gwangyeoksi)a
Bandaraya Metropolitan Busan 부산광역시 釜山廣域市 3,635,389
Bandaraya Metropolitan Daegu 대구광역시 大邱廣域市 2,512,604
Bandaraya Metropolitan Incheon 인천광역시 仁川廣域市 2,628,000
Bandaraya Metropolitan Daejeon 대전광역시 大田廣域市 1,442,857
Bandaraya Metropolitan Gwangju 광주광역시 光州廣域市 1,456,308
Bandaraya Metropolitan Ulsan 울산광역시 蔚山廣域市 1,087,958
Wilayah (Do)a
Wilayah Gyeonggi 경기도 京畿道 10,415,399
Wilayah Gangwon 강원도 江原道 1,592,000
Wilayah Chungcheong Utara 충청북도 忠淸北道 1,462,621
Wilayah Chungcheong Selatan 충청남도 忠淸南道 1,840,410
Wilayah Jeolla Utara 전라북도 全羅北道 1,890,669
Wilayah Jeolla Selatan 전라남도 全羅南道 1,994,287
Wilayah Gyeongsang Utara 경상북도 慶尙北道 2,775,890
Wilayah Gyeongsang Selatan 경상남도 慶尙南道 2,970,929
Wilayah pentadbiran sendiri khas (Teukbyeoljachi-do)a
Wilayah Pentadbiran Sendiri Khas Jeju 제주특별자치도 濟州特別自治道 560,000

a Perumian Semakan.

Politik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Politik Korea Selatan

Korea Selatan ialah sebuah negara demokrasi berperlembagaan. Mengikut perlembagaan sekarang, Republik Korea adakalanya dipanggil Republik Keenam Korea Selatan. Seperti di negara demokrasi yang lain,[18]pemerintahan Korea Selatan terbahagi kepada tiga cabang, iaitu eksekutif,kehakiman, dan perundangan. Cabang eksekutif dan perundangan tertumpu pada peringkat kebangsaan, namun terdapat juga kementerian eksekutif yang juga melaksanakan fungsi kerajaan tempatan. Kerajaan tempatan pula separa berautonomi dan mempunyai badan eksekutif dan perundangan tersendiri. Cabang kehakiman dikendalikan di kedua-dua peringkat kebangsaan dan tempatan.

Struktur kerajaan Korea Selatan ditentukan oleh Perlembagaan Republik Korea yang pernah disemak beberapa kali sejak mula-mula diisytiharkan pada tahun 1948 sebaik sahaja merdeka. Kecuali sewaktu Republik Kedua Korea Selatan, negara ini sentiasa mengamalkan sistem berpresiden dengan ketua eksekutif yang bebas.[19]Pilihan raya langsung pertama juga diadakan pada tahun 1948. Walaupun Korea Selatan menderita di bawah pemerintahan tentera berturut-turut sejak 1960-an hingga 1980-an, sejak itu ia berkembang menjadi sebuah demokrasi liberal yang berjaya. Kini, CIA World Factbook menyifatkan demokrasi Korea Selatan sebagai "demokrasi moden yang berfungsi sepenuhnya".[20]

Hubungan luar negeri dan ketenteraan[sunting | sunting sumber]

Hubungan luar[sunting | sunting sumber]

Batu Liancourt (Dokdo) menjadi titik pertikaian wilayah hebat antara Korea Selatan dan Jepun.

Korea Selatan menjalin hubungan diplomasi dengan lebih 188 negara. Negara ini juga menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 1991, pada masa yang sama dengan Korea Utara. Pada 1 Januari 2007, Menteri Luar Korea Selatan, Ban Ki-moon menyandang jawatan Setiausaha Agung PBB. Ia juga mengembangkan hubungan dengan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara sebagai anggota badan pemerhati ASEAN tambah 3, dan Sidang Kemuncak Asia Timur. Kedua-dua Korea Utara dan Selatan terus menuntut kedaulatan ke atas seluruh semenanjung dan pulau-pulau berhampiran. Walaupun Kedua-dua Korea masih sebenarnya berperang (kerana tidak pernah menandatangani perjanjian damai selepas Perang Korea) dan berkongsi sempadan yang paling kuat dikubui di dunia.[8] Sungguhpun terdapat usaha yang dilakukan untuk mengeratkan hubungan antara Korea Utara dan Selatan, misalnya dengan Dasar Sinaran Matahari oleh Presiden Korea Selatan, Kim Dae-jung pada 1990-an, hubungan sesama Korea ini masih meruncing ekoran pertembungan ganas antara tentera kedua-dua pihak akhir-akhir ini.

Korea menjalin hubungan masam manis yang erat sekali dengan negara-negara jirannya, China dan Jepun. Pengaruh kebudayaan Cina nyata meninggalkan kesan dalam sejarah dan budaya Korea, misalnya penggunaan tulisan Cina dan amalan ajaran Confucius yang pernah membentuk sistem politik Korea pada zaman silam.[21] Apabila Korea berpecah menjadi dua pada tahun 1945, kedua-dua pecahan itu mulai menjalin hubungan dengan paksi China yang sama fahaman dengannya, iaitu Korea Utara yang komunis dengan Republik Rakyat China dan Korea Selatan dengan Republik China. Bagaimanapun, Korea Selatan memutuskan hubungan dengan Republik China (Taiwan) untuk beralih ke Republik Rakyat China pada tahun 1992.[22]

Korea Selatan dan Jepun hanya menjalin hubungan diplomatik pada tahun 1965, selepas zaman pemerintahan Jepun di Korea berakhir pada tahun 1945. Sentimen anti-Jepun di Korea Selatan masih ketara disebabkan beberapa pertikaian yang belum dileraikan, kebanyakannya datang dari zaman penjajahan Jepun yang bermula pada tahun 1910, seperti tuntuan ganti rugi oleh kaum wanita Korea yang dijadikan hamba seks oleh tentera Jepun[23][24], serta perebutan wilayah pulau-pulau kecil di laut di antara Korea dan Jepun, terutamanya Dokdo (atau Takeshima).

Ketenteraan[sunting | sunting sumber]

Setelah mengharungi serangan oleh negara jiran sepanjang sejarah, serta ketegangan yang belum lerai dengan Korea Utara, Korea Selatan terpaksa memperuntukkan 2.6% KDNK-nya dan 15% jumlah perbelanjaan kerajaan kepada tenteranya (Kongsian KDNK kerajaan: 14.967%), sambil menguatkuasakan sistem pengerahan wajib untuk kaum lelaki.[25] Oleh itu, Korea Selatan mempunyai jumlah tentera aktif keenam teramai,[26]tentera simpanan kedua terbesar[26] dan perbelanjaan ketenteraan ke-11 terbesar di dunia. Republik Korea, dengan angkatan tentera seramai 3.7 juta orang kakitangan tetap di kalangan sejumlah 50 jutapenduduk negara, Republik Korea mempunyai bilangan askar per kapita yang kedua teramai di dunia,[26] mengekori jirannya, Republik Rakyat Demokratik Korea.[27]

Tentera Korea Selatan terdiri daripada Tentera Darat (ROKA),Tentera Laut (ROKN), the Tentera Udara (ROKAF), dan Tentera Marin (ROKMC), serta angkatan simpanan.[28] Kebanyakan tentera ini tertumpu dekat Zon Bebas Tentera Korea. Semua warganegara lelaki Korea Selatan diwajibkan oleh perlembagaan untuk berkhidmat dalam tentera, lazimnya selama dua tahun.

Selain pengerahan lelaki dalam tentera Korea Selatan, seribu orang lelaki Korea Selatan dipilih setiap tahun untuk berkhidmat dalam Program KATUSA selama dua tahun untuk melengkapi Tentera Amerika Syarikat di Korea.[29] Pada tahun 2010, Korea Selatan membelanjakan ₩1.68 trilion dalam perjanjian berkongsi kos dengan AS untuk menyediakan sokongan kewangan kepada tentera AS di Korea, di samping ₩29.6 trilion untuk tenteranya sendiri.

Pesawat pejuang F-15K "Slam Eagle"

Dari masa ke semasa, Korea Selatan telah menghantar tenteranya ke luar negara untuk membantu tentera Amerika Syarikat. Ia telah mengambil bahagian dalam kebanyakan pertempuran utama yang turut melibatkan AS sejak Perang Korea. Korea Selatan menghantar 325,517 orang askar untuk berjuang di samping tentera AS, Australia, Filipina, New Zealand dan Vietnam Selatan dalam Vietnam War, dengan kekuatan kemuncak seramai 50,000 orang. Pada tahun 2004, Korea Selatan menghantar 3,300 askar Divisi Zaytun untuk membantu usaha pembinaan semula di Iraq utara, dan merupakan penyumbang ketiga terbesar dalam tentera campuranselepas AS dan United Kingdom sahaja.[30] Sejak tahun 2001, Korea Selatan setakat ini menghantar 24,000 askar di kawasan Timur Tengah untuk menyokong Perang Terhadap Keganasan.

AS telah menempatkan sebuah kontinjen askar yang ramai di Korea Selatan sejak Perang Korea, untuk mempertahankan Korea Selatan sekiranya berlaku krisis ketenteraan di Asia Timur. Terdapat kira-kira 28,500 orang kakitangan Tentera AS yang ditempatkan di Korea,[31] kebanyakannya berkhidmat dalam tugasan berasingan selama setahun. Tentera AS yang terutamanya ditugaskan ke Tentera Amerika Syarikat Kelapan ditempatkan di pangkalan-pangkalan di Osan, Yongsan, Dongducheon,Sungbuk, and Daegu. Pusat Kawalan PBB yang masih berfungsi merupakan peringkat tertinggi sebenar rantaian perintah semua tentera di Korea Selatan, baik tentera AS yang bertempat di sini mahupun seluruh tentera Korea Selatan – jika perang berlaku tiba-tiba antara Korea Utara dan Selatan, Amerika Syarikat akan mengambil alih kawalan semua anggota tentera dan separa tentera Korea Selatan. Bagaimanapun, pada September 2006, kedua-dua Presiden AS dan Republik Korea bersetuju bahawa Korea Selatan menjadi pemimpin pertahanan dirinya. Pada awal tahun 2007, Setiausaha Pertahan AS dan Menteri Pertahanan Negara RK menetapkan bahawa Korea Selatan mengambil alih kawalan operasi terhadap semua tenteranya ketika berperang mulai 17 April 2012. Tentera AS di Korea akan bertukar menjadi sebuah pusat kawalan tempur perang bersama dengan gelaran sementara Korea Command (KORCOM).[32]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Geografi Korea Selatan
Topografi Korea Selatan
Ladang teh Boseong

Korea Selatan menduduki bahagian selatan Semenanjung Korea yang terbentang kira-kira 1,100 km (680 batu) dari tanah besar Asia. Semenanjung yang bergunung-ganang ini diapit oleh Laut Kuning di barat, Laut Jepun (Laut Timur) di timur. Hujung selatannya terletak di Selat Korea dan Laut China Timur.

Negara ini, termasuk semua pulaunya, terletak antara garis lintang 33° dan 39°U, dan garis bujur 124° dan 130°T. Jumlah keluasannya adalah 100,032 square kilometres (38,622.57 sq mi).[33]

Korea boleh dibahagikan kepada empat kawasan am, iaitu: kawasan timur yang berbanjaran gunung tinggi dengan dataran pantai yang sempit; kawasan barat yang mempunyai dataran pantai yang luas,lembangan saliran, dan bukit-bukit beralun; kawasan barat daya yang bergunung dan berlembah; dan kawasan tenggara yang dikuasai oleh lembangan luas Sungai Nakdong.[34]

Rupa bumi Korea Selatan banyak bergunung-ganang dan kebanyakan tanahnya tidak sesuai untuk pertanian. Tanah pamah yang tertumpu di kawasan barat dan tenggara hanya merangkumi 30% jumlah keluasan tanah.

Sekitar tiga ribu buah pulau terletak di pantai barat dan selatan Korea Selatan, kebanyakannya kecil tanpa penghuni. Pulau Jeju terletak kira-kira 100 kilometer (60 batu) dari pantai selatan Korea Selatan. Ia merupakan pulau terbesar di negara, dengan keluasan 1,845 kilometer persegi (712 batu persegi). Jeju juga merupakan tempat letaknya puncak tertingi di Korea Selatan, iaitu Hallasan, sebuah gunung berapi mati yang tingginya 1,950 meter (6,398 batu) atas paras laut. Pulau-pulau yang terletak paling timur di Korea Selatan termasuk Ulleungdo dan Batu Liancourt (Dokdo), manakala Marado dan Batu Socotra pula yang paling selatan di negara ini.[34]

Korea Selatan mempunyai 20 taman negara dan tempat-tempat alam yang terkenal di Ladang Teh Boseong, Suncheon Bay Ecological Park, and the first national park of Jirisan.[35]

Iklim[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Iklim Korea Selatan

Korea Selatan cenderung mengalami iklim kebenuaan lembap dan subtropika lembap, serta dipengaruhi oleh monsun Asia Timur, dengan lebih banyak kerpasan pada musim panas ketika musim hujan singkat yang dipanggil jangma (장마), yang bermula pada lewat Jun hingga lewat Julai. Musim sejuknya mungkin teramat sejuk sehingga suhu minimum mampu menjunam ke bawah −20 °C di kawasan pedalaman negara: di Seoul, julat purata suhu Januari ialah −7 °C hingga 1 °C (19 °F hingga 33 °F), manakala julat purata suhu Ogos ialah 22 °C hingga 30 °C (71 °F hingga 86 °F). Suhu musim sejuk lebih tinggi di sepanjang pantai selatan dan juga agak rendah di kawasan pergunungan di pedalaman.[36] Musim panasnya pula boleh menjadi panas dan lembap yang kurang menyenangkan, dengan suhu melampai 30 °C di kebanyakan kawasan negara. Korea Selatan mengalami empat musim, iaitu bunga, panas, luruh dan sejuk. Musim bunga biasanya berlangsung pada lewat Mac hingga lewat May, musim panas dari tengah Mei hingga awal September, musim luruh dari tengah September hingga awal November, dan musim sejuk dari tengah November hingga tengah Mac.

Carta iklim untuk Seoul
J F M A M J J O S O N D
 
 
22
 
2
-6
 
 
24
 
4
-4
 
 
46
 
10
1
 
 
77
 
18
7
 
 
102
 
23
13
 
 
133
 
27
18
 
 
328
 
29
22
 
 
348
 
30
22
 
 
138
 
26
17
 
 
49
 
20
10
 
 
53
 
12
3
 
 
25
 
4
-3
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: [37]

Curahan hujan tertumpu pada musim panas Jun hingga September. Pantai selatan terdedah kepada taufan pada lewat musim panas yang mendatangkan angin kencang dan hujan lebat. Purata kerpasan tahunan berbeza-beza dari 1,370 milimeter (54 inci) di Seoul kepada 1,470 milimeter (58 inci) di Busan.

Alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Cheonggyecheon, sebatang arus yang mengalir melalui pusat bandaraya Seoul, dipulihkan setelah diturap oleh pembinaan jalan raya.

Ketika 20 tahun terawal kepesatan pertumbuhan Korea Selatan, kurang sekali usaha yang dibuat untuk memelihara alam sekitar.[38] Pengindustrian dan pembangunan bandar yang tidak terkawal telah mengakibatkan pembasmian hutan serta kemusnahan tanah lembap seperti Kukup Songdo.[39] Namun begitu, mujurlah baru-baru ini terdapat usaha untuk mengimbangi masalah ini, termasuk sebuah projek pertumbuhan hijau $84 bilion lima tahun kendalian kerajaan yang bertujuan meningkatkan kecekapan tenaga dan teknologi hijau.[40][41]

Strategi ekonomi berasaskan hijau merupakan rombakan menyeluruh ekonomi Korea Selatan yang memanfaatkan kira-kira 2% KDNK negara.[40] Inisiatif penghijauan ini merangkumi usaha-usaha seperti rangkaian basikal seluruh dunia, tenaga suria dan angin, pengurangan kenderaan yang bergantung pada minyak, sokongan jimat siang dan peluasan penggunaan teknologi mesra alam seperti LED dalam elektronik dan pencahayaan.[42] Selaku negara yang paling ramai pengguna Internet, Korea Selatan berancang untuk membina rangkaian generasi baru seluruh dunia yang 10 kali lebih pantas daripada kemudahan jalur lebar untuk mengurangkan penggunaan tenaga.[42]

Air paip di Seoul baru-baru ini selamat diminum, apatah lagi pihak berkuasa bandar menjenamakannya sebagai "Arisu" dalam cubaan meyakinkan orang awam.[43] Usaha projek penghutanan semula turut dijalankan. Sebuah lagi projek berbilion ringgit dilaburkan dalam usaha pemulihan Cheonggyecheon, sebatang anak sungai yang mengalir melalui pusat bandaraya Seoul yang pernah diturap oleh jalan raya.[44] Satu lagi cabaran besar ialah kualiti utara yang terjejas oleh hujan asid, sulfur oksida, dan ribut debu kuning tahunan.[38] Diakui bahawa kebanyakan kesukaran ini berpunca daripada kedekatan Korea Selatan dengan China, sebuah negara pencemar udara yang utama.[38]

Korea Selatan menjadi anggota Protokol Alam Sekitar Antartik, Perjanjian Antartik, Perjanjian Biodiversiti, Protokol Kyoto (yang membentuk Kumpulan Keutuhan Alam Sekitar (EIG), berkenaan UNFCCC,[45] dengan Mexico dan Switzerland), Penggurunan, Spesies Terancam, Pengubahsuaian Alam, Sisa Berbahaya, Undang-Undang Laut, Marine Dumping, Perjanjian Larangan Ujian Nuklear Menyeluruh (tidak berkuat kuasa), Perlindungan Lapisan ozon, Pencemaran Kapal, Balak Tropika 1983, Balak Tropika 1994, Tanah Lembap, dan Penangkapan Ikan Paus.[46]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ekonomi Korea Selatan

Korea Selatan mengamalkan ekonomi pasaran yang menduduki tangga ke-14 dari segi KDNK nominal dan ke-12 dari segi pariti kuasa beli di dunia, oleh itu ia layak sebagai sebuah negara G-20 ekonomi utama. Ia merupakan negara maju berpendapatan tinggiyang menganggotai OECD. Korea Selatan ialah salah satu daripada Empat Harimau Asia, dan juga satu-satunya negara maju setakat ini yang disertakan dalam kelompok Sebelas Berikutnya. Korea Selatan mempunyai antara ekonomi yang paling pesat membangun di dunia pada awal 1960-an hingga lewat 1990-an, dan masih merupakan negara maju yang paling pesat pada 2000-an, di samping Hong Kong, Singapura, dan Taiwan, iaitu tiga Harimau Asia yang lain.[47] Orang Korea Selatan memanggil pertumbuhan ini dengan gelaran Keajaiban Sungai Han.[48] Ekonomi Korea Selatan amat bergantung pada perdagangan antarabangsa, dan pada tahun 2010, Korea Selatan merupakan pengeksport keenam terbesar dan pengimport kesepuluh terbesar di dunia.

Walaupun ekonomi Korea Selatan berpotensi pertumbuhan tinggi dan kelihatan mempunyai struktur yang utuh, namun taraf kreditnya teruk terjejas di pasaran saham akibat kegalakan Korea Utara sewaktu krisis tentera mendalam yang mendatangkan kesan buruk kepada pasaran kewangan ekonomi Korea Selatan.[49][50] Bagaimanapun, pertubuhan-pertubuhan kewangan tersohor seperti Tabung Kewangan Antarabangsa, juga memuji semangat tidak mudah luntur ekonomi Korea Selatan terhadap krisis ekonomi, kerana hutang negara yang kecil serta rizab fiskal tinggi yang boleh cepat digunakan untuk menangani sebarang kecemasan kewangan yang diduga.[51] Korea Selatan ialah salah sebuah negara maju yang berjaya mengelak kemelesetan sewaktu krisis kewangan global pada akhir 2000-an,[52] manakala kadar pertumbuhan ekonominya mencapai 6.2 peratus pada tahun 2010 (pertumbuhan tertinggi sejak lapan tahun selepas pertumbuhan besar 7.2 peratus pada tahun 2002),[53]satu pemulihan yang cepat daripada kadar pertumbuhan 2.3% (2008) dan 0.2% (2009) apabila dilanda krisis kewangan global. Kadar pengangguran di Korea Selatan juga masih rendah iaitu 3.6% (2009)[54]

Korea Selatan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak G-20 keenam di ibu kotanya, Seoul, pada 11 dan 12 November 2010. Sidang kemuncak itu dijangka meningkatkan nilai ekonomi Korea Selatan sebanyak 31 trilion won, atau 4% KDNK negara ini pada tahun 2010, serta membuka 160,000 peluang pekerjaan. Ini juga diharapkan meningkatkan taraf kredit negara.[55]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kereta api kelajuan tinggi KTX-II boleh berjalan selaju350 km/h (220 mph).

Korea Selatan mempunyai rangkaian pengangkutan berteknologi canggih yang terdiri daripada kereta api berkelajuan tinggi, lebih raya, laluan bas, perkhidmatan feri, dan laluan udara yang silang-menyilang di negara. Perbadanan Lebuh Raya Korea mengendalikan lebuh-lebuh raya bertol dan kemudahan-kemudahan di sepanjangnya.

Korail menyediakan perkhidmatan tren kerap ke semua bandaraya utama di Korea Selatan. Juga terdapat dua laluan keretapi, iaitu Gyeongui dan Donghae Bukbu ke Korea Utara. Sistem kereta api kelajuan tinggi Korea Selatan, iaitu KTX, menyediakan perkhidmatan sepanjang aliran-aliran Gyeongbu dan Honam. Bandaraya utama termasuk Seoul, Busan, Incheon, Daegu,Daejeon dan Gwangju dilengkapi sistem tren bawah tanah.[56] Terminal bas ekspres turut disediakan di kebanyakan bandaraya.[57]

Lapangan terbang terbesar di Korea Selatan, Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, siap dibina pada tahun 2001. Menjelang tahun 2007, lapangan terbang ini sudah menampung 30 juta orang penumpang setahun.[58] Lapangan terbang antarabangsa lain termasuk Gimpo, Busan dan Jeju, di samping tujuh lapangan terbang domestik dan sebilangan besar lapangan helikopter.[59]

Korean Air yang diasaskan pada tahun 1962, memberikan khidmat kepada 21,640,000 orang penumpang, termasuk 12,490,000 penumpang antarabangsa pada tahun 2008.[60] Sistem penerbangan kedua, Asiana Airlines yang ditubuhkan pada tahun 1988, turut memberikan khidmat penerbangan domestik dan antarabangsa. Kedua-dua sistem penerbangan Korea Selatan ini berkhidmat di 297 laluan antarabangsa.[61]Syarikat penerbangan kecil seperti Jeju Air menyediakan khidmat domestik dengan tambang yang lebih murah.[62]

Jambatan Banpo menyeberangi Sungai Han, menyambungkan bahagian utara dan selatan Seoul.

Tenaga[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Tenaga di Korea

Korea Selatan ialah pengeluar kuasa nuklear kelima terbesar di dunia dan kedua terbesar di Asia pada tahun 2010.[63] Kuasa nuklear di Korea Selatan membekalkan 45% pengeluaran elektrik. Korea Selatan turut menyelidik pelbagai jenis reaktor termaju, termasuk reaktor bermodul kecil, reaktor segera/transmutasi logam cair dan rekabentuk penjanaan hidrogen bersuhu tinggi. Teknologi pengeluaran bahan api dan pengurusan sisa turut dimajukan di Korea Selatan. Negara ini juga menyertai projek ITER.[64]

Korea Selatan bangkit sebagai pengeksport reaktor nuklear, setelah selesai berunding dengan Emiriah Arab Bersatu untuk membina dan menyelenggara empat buah reaktor nuklear canggih,[65] dengan Jordanuntuk reaktor nuklear untuk tujuan penyelidikan,[66][67] dan dengan Argentina untuk pembinaan dan pembaikpulihan reaktor nuklear air berat.[68][69] Pada tahun 2010, Korea Selatan dan Turki berunding mengenai peminaan dua reaktor nuklear.[70] Korea Selatan juga berseida untuk membida reaktor nuklear air ringan untuk Argentina.[69]

Korea Selatan tidak dibenarkan memperkaya uranium ataupun memajukan teknologi uranium biasa sendiri akibat tekanan politik AS,[71] berbeza dengan kuasa-kuasa nuklear utama seperti Jepun, Jerman, dan Perancis, para pesaing Korea Selatan dalam pasaran nuklear antarabangsa, maka menimbulkan halangan yang ketara buat usaha perindustrian nuklear tempatan Korea Selatan yang adakalanya menimbulkan perbalahan sesama kedua-dua sekutu itu. Walaupun Korea Selatan berjaya mengeksport teknologi nuklear penjana elektrik dan reaktor nuklear, namun ia tidak boleh memanfaatkan pasaran kemudahan dan penyulingan pemerkayaan nuklear, sekaligus menghalang Korea daripada meluaskan lagi bidang eksportnya itu. Korea Selatan telah mengejar teknologi unik seperti piropemprosesan untuk mengatasi halangan tersebut demi kelebihan daya saing.[72] AS baru-baru ini bersikap waspada akan kemajuan program nuklear Korea Selatan yang ditegaskan hanya untuk kegunaan awam.[63]

Sains dan teknologi[sunting | sunting sumber]

Aeroangkasa[sunting | sunting sumber]

Korea Selatan telah menghantar 10 satelit ke angkasa sejak tahun 1992, kesemuanya menggunakan roket dan pelantar pelancar luar negara, khususnya Arirang-1 (1999) dan Arirang-2 (2006) dalam usahasama angkasa bersama Rusia.[73] Arirang-1 hilang di angkasa pada tahun 2008, setelah berkhidmat selama sembilan tahun.[74]

Pada April 2008, Yi So-yeon menjadi orang Korea pertama yang terbang di angkasa lepas, dengan menaiki kapal Soyuz TMA-12Rusia.[75]

Pada Jun 2009, pelabuhan angkasa pertama Korea Selatan, Naro Space Center, disiapkan di Goheung,Jeollanam-do.[76]Pelancaran Naro-1 pada Ogos 2009 berkesudahan dalam kegagalan.[77]Cubaan kedua pada Jun 2010 juga tidak berjaya.[78] Kerajaan berancang untuk menyiasat masalah itu dan memajukan Naro-2 menjelang tahun 2018.[79]

Usaha Korea Selatan untuk membina kenderaan pelancar angkasa buatan tempatan terjejas oleh tekanan politik tanpa henti dari Amerika Syarikat yang berpuluh-puluh tahun menghalang rancangan pembangunan roket dan misil tempatan Korea Selatan[80] kerana bimbang akan kemungkinan kaitannya dengan rancangan misil balistik tentera sulit yang berkali-kali ditegaskan oleh Korea bahawa ia tidak menyalahi garis panduan penyelidikan dan pembangunan yang ditetapkan oleh perjanjian antara kedua-dua negara mengenai sekatan ke atas penyelidikan dan pembangunan teknologi roket Korea Selatan.[81]

Robotik[sunting | sunting sumber]

Albert HUBO yang dibangunkan oleh KAIST.

Robotik telah disertakan dalam senarai projek penyelidikan dan pembangunan kebangsaan utama di Korea Selatan sejak tahun 2003.[82] Pada tahun 2009, kerajaan mengumumkan rancangan untuk membina taman tema robot di Incheon dan Masan dengan campuran dana awam dan swasta.[83]

Pada tahun 2005, Institut Sains dan Teknologi Tinggi Korea (Korea Advanced Institute of Science and Technology, KAIST) membangunkan robot manusia berjalan yang kedua di dunia, iaitu HUBO. Sebuah pasukan dalam KAIST membangunkan android pertama di Korea, iaitu EveR-1 pada Mei 2006.[84] EveR-1 telah disusuli oleh model-model yang lebih kompleks dengan pergerakan dan penglihatan yang lebih bagus.[85]

Cadangan mencipta robot pembantu untuk mengajar bahasa Inggeris untuk memenuhi kekurangan guru diumumkan pada Februari 2010. Robot-robot ini dihantar ke prasekolah dan tadika menjelang tahun 2013.[86]Robotik juga diterapkan dalam sektor hiburan; Korean Robot Game Festival diadakan setiap tahun sejak 2004 untuk mempromosikan sains dan teknologi robot.[87]

Bioteknologi[sunting | sunting sumber]

Sejak 1980-an, kerajaan Korea Selatan giat melabur dalam pembangunan industri bioteknologidomestik, dan sektor ini dijangka meningkat ke $6.5 bilion menjelang tahun 2010.[88] Kebanyakan pengeluaran ini dikuasai oleh sektor perubatan yang merangkumi pengeluaran vaksin hepatitis dan antibiotik.

Baru-baru ini, penyelidikan dan pembangunan dalam bidang genetik dan pengklonan semakin menerima perhatian ramai, dengan kejayaan pertama mengklon seekor anjing, Snuppy, dan pengklonan dua ekor serigala betina dari spesies terancam oleh Universiti Kebangsaan Seoul pada tahun 2007.[89]

Pertumbuhan pesat industri ini telah menyebabkan terdedahnya kekurangan etika, seperti yang ditonjolkan oleh kes salah laku saintifik yang melibatkan Hwang Woo-Suk.[90]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Di Korea Selatan, pendidikan dipandang berat sebagai penting buat kejayaan seseorang, maka persaingan di sini sengit sekali. Mengikut hasil Program Penilaian Pelajar Antarabangsa OECD 2006, Korea Selatan menduduki tangga pertama dalam penyelesaian masalah, ketiga dalam matematik dan ketujuh dalam sains.[91] Sistem pendidikan Korea Selatan maju dari segi teknologi, kerana negara ini ialah negara pertama yang menyediakan capaian internet jalur lebar gentian optik berkelajuan tinggi kepada setiap sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Dengan menggunakan prasarana ini, negara ini telah memajukan buku teks digital yang pertama di dunia yang akan diedarkan secara percuma ke setiap sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menjelang tahun 2013.[92]

Pentadbiran berpusat di Korea Selatan memantau proses pendidikan kanak-kanak dari tadika hingga tahun terakhir sekolah tinggo. Korea Selatan telah menerima guna program pendidikan baru untuk menambah jumlah pelajar asing hingga tahun 2010. Mengikut anggaran Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi, menjelang tahun 2010, bilangan biasiswa untuk pelajar asing di Korea Selatan akan berganda, manakala bilangan pelajar asing akan mencapai 100,000 orang.[93] Tahun persekolahan dibahagikan kepada dua penggal. Penggal pertama bermula pada awal bulan Mac dan berakhir di pertengahan Julai; penggal kedua bermula pada lewat Ogos dan berakhir pada tengah Februari. Jadual pembelajaran tidak diseragamkan dan berbeza-beza dari sekolah ke sekolah. Kebanyakan sekolah menengah rendah dan tinggi di Korea Selatan mewajibkan pelajarnya memakai pakaian seragam yang berasaskan pakaian ala barat. Pakaian lelaki biasanya terdiri daripada seluar panjang dan kemeja putih, manakala perempuan pula memakai skirt dan kemeja putih.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Korea Selatan terkenal kerana kepadatan penduduknya sebanyak 487 orang sekilometer persegi, iaitu lebih 10 kali purata sedunia. Kebanyakan warga Korea Selatan tinggal di kawasan bandar kesan penghijrahan deras dari kawasan desa ketika zaman kepesatan pembangunan ekonomi pada 1970-an hingga 1990-an.[94] Ibu negaranya, Seoul juga bandaraya terbesar dan pusat perindustrian utama di negara ini. Menurut banci 2005, Seoul diduduki 9.8 jutaorang. Kawasan Ibu Negara Seoul pula diduduki 24.5 juta penduduk, menjadikannya kawasan metropolitan paling padat dan kedua terbesar dalam OECD. Bandaraya-bandaraya utama yang lain pula termasuk Busan (3.5 juta), Incheon (2.5 juta), Daegu(2.5 juta), Daejeon (1.4 juta), Gwangju (1.4 juta) dan Ulsan (1 juta).[95]

Kependudukan Korea Selatan turut dibentuk oleh penghijrahan antarabangsa. Selepas Perang Dunia Kedua dan perpecahan Semenanjung Korea, sekitar empat juta orang dari Korea Utara melintasi sempadan ke Korea Selatan. Arah aliran kemasukan bersih disongsangkan pada 40 tahun seterusnya akibat penghijrahan keluar rakyatnya, khusus kepada Amerika Syarikat dan Kanada. Jumlah penduduk Korea Selatan pada tahun 1960 ialah 25 juta,[96] dan hari ini pula jumlahnya sekitar 50,062,000.[97]

Korea Selatan ialah salah sebuah masyarakat yang paling homogen secara etnik di dunia kerana lebih 99% penduduknya adalah beretnik Korea.[98] Peratusan bangsa asing di Korea Selatan kecil sekali tetapi makin bertumbuh.[99] Setakat 2009, Korea Selatan diduduki 1,106,884 orang warga asing iaitu 2% jumlah penduduk, tetapi lebih separuh daripada mereka ialah orang etnik Korea yang memegang kewarganegaraan asing. Misalnya, pendatang dari China (PRC) membentuk 56.5% bangsa asing tersebut, tetapi kira-kira 70% warganegara China di Korea adalah Joseonjok, iaitu beretnik Korea.[100] Tanpa mengira keetnikannya, terdapat 28,500 orang kakitangan tentera Amerika Syarikat yang berkhidmat di Korea Selatan selama setahun tugas berasingan, menurut Jabatan Statistik Negara Korea.[101][102] Selain itu, kira-kira 43,000 orang guru bahasa Inggeris dari negara-negara berbahasa Inggeris menetap di Korea Selatan untuk masa yang singkat.[103]

Kadar kelahiran Korea Selatan, pada 9 anak perseribu orang[104], adalah antara yang paling rendah di dunia.[105]Jika ini berterusan, jumlah penduduknya dijangka menyusut sebanyak 13% kepada 42.3 jutapada tahun 2050.[106] Purata jangka hayat di Korea Selatan pada tahun 2008 adalah 79.10 tahun,[107] iaitu yang ke-34 di dunia.[108]

Bandaraya[sunting | sunting sumber]

Jadual berikut menyenaraikan 20 bandar raya terbesar dalam lingkungan sempadan pentadbiran bandar masing-masing.


Agama[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Agama di Korea Selatan
Agama di Korea Selatan
agama peratus
Tiada agama
  
46.5%
Buddha
  
22.8%
Protestan
  
18.3%
Katolik Rom
  
10.9%
Agama lain
  
0.7%
Wonbulgyo
  
0.3%
Saksi Jehovah
  
0.3%
Konfusianisme
  
0.2%
Cheondogyo
  
0.1%
Islam
  
0.1%
Sebuah dolmen di Tapak Dolmen Gochang, Hwasun, dan Ganghwa, Tapak Warisan Dunia UNESCO

Pada tahun 2005, hampir separuh penduduk Korea Selatan mengakui tidak memeluk sebarang agama.[110] Untuk yang lain, kebanyakannya beragama Buddha atau Kristian. Menurut banci 2007, 29.2% penduduk ketika itu beragama Kristian (18.3% Protestan, 10.9% Katolik), dan 22.8% beragama Buddha.[111][112] Agama-agama lain yang dipeluk oleh warga Korea Selatan termasuk Islam dan pelbagai gerakan agama baru seperti Jeung San Do, Cheondogyo dan Wonbulgyo. Agama terawal yang diamalkan oleh orang Korea ialah kepawangan.[113] Hari ini, kebebasan beragama dijamin oleh perlembagaan, dan tiadanya agama rasmi.[114]

Kristian ialah agama terbesar di Korea Selatan yang dipeluk oleh lebih separuh warga Korea Selatan yang beragama. Terdapat kira-kira 13.7 juta orang Kristian[115] di Korea Selatan hari ini, dengan hampir dua pertiga Kristian menganut mazhab Protestan, dan sekitar 37% menganggotai Gereja Katolik. Agama Katolik Rom merupakan mazhab yang paling berkembang pesat di Korea Selatan sejak akhir 1980-an.[116] Korea Selatan juga negara pengutus mubaligh kedua terbesar selepas Amerika Syarikat.[117]

Agama Buddha diperkenalkan di Korea pada tahun 372.[118] Menurut banci negara 2005, Korea Selatan ada seramai 10.7 juta penganut Buddha.[115][119] Kini, sekitar 90% penganut Buddha di Korea tergolong dalam Mazhab Jogye. Kebanyakan Khazanah Negara Korea Selatan merupakan artifak agama Buddha. Di samping Neo-Konfusianisme, agama Buddha diamalkan pada zaman Tiga Kerajaan Korea hingga Goryeo selebum mendapat penindasan oleh Dinasti Joseon.[120]

Islam di Korea Selatan dianggarkan kurang 30,000 umat tempatan, ditambah dengan kira-kira 100,000 pekerja asing tetap dari negara Islam,[121] khususnya Bangladesh dan Pakistan.

Kesihatan dan keselamatan awam[sunting | sunting sumber]

Walaupun jangka hayat banyak meningkat sejak 1950, namun Korea Selatan berdepan dengan beberapa isu kesihatan yang penting, terutama sekali kesan pencemaran alam sekitar terhadap kependudukan yang semakin tertumpu di kawasan bandar. Menurut Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, majoriti penyakit di Korea Selatan merupakan penyakit kronik, kesan sistem penjagaan kesihatan yang terlebih tertumpu pada rawatan daripada pencegahan. Kejadian penyakit kronik di Korea Selatan adalah sekitar 24%. Kira-kira 33% dewasa merokok. Kadar perebakan virus imunodifisiensi manusia (HIV) pada akhir tahun 2003 adalah kurang 0.1%. Pada tahun 2001, perbelanjaan kerajaan pusat untuk penjagaan kesihatan menyumbangkan 6% KDNK.[122] Kadar bunuh diri di negara ini adalah 26 untuk 100,000 orang pada tahun 2008, iaitu yang tertinggi di kalangan negara berindustri.[123]

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

A scenery on Dano day
Rencana utama: Kebudayaan Korea

Korea Selatan berkongsi kebudayaan tradisional dengan Korea Utara, tetapi kedua-dua Korea telah mengembangkan kebudayaan kontemporari yang berbeza sekali sejak semenanjung Korea dipecahkan pada tahun 1945. Mengikut sejarah, walaupun kebudayaan Korea nyata sekali dipengaruhi oleh China, namun ia tetap berupaya mengembangkan jati diri kebudayaan yang unik dan tersendiri daripada negara jiran yang lebih besar itu.[124] Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan menggalakkan seni tradisional dan moden dengan pembiayaan dan program pendidikan.[125]

Pengindustrian dan pembandaran Korea Selatan telah membawa perubahan besar kepada cara hidup orang Korea. Perubahan ekonomi dan gaya hidup telah menyebabkan penduduk tertumpu di bandaraya utama, khususnya ibu kota Seoul, dengan rumah tangga berbilang keturunan berpecah menjadi susunan hidup keluarga asas.

Seni[sunting | sunting sumber]

Bongsan Talchum
Rencana utama: Seni Korea

Seni Korea kuat dipengaruhi oleh agama Buddha dan Konfusianisme yang kelihatan pada pelbagai hasil seni lukis, arca, seramik dan persembahan tradisional.[126] Hasil tembikar dan porselin Korea, seperti baekja dan buncheong dari zaman Joseon, dan seladon dari zaman Goryeo terkenal di seluruh dunia.[127] Seni persembahan Korea pula termasuk darye (upacara teh), pansori (nyanyian dengan iringan gendang), talchum (tarian bertopeng) danbuchaechum (tarian kipas berkumpulan).

Seni Korea moden pasca-perang mula berkembang pada 1960-an dan 1970-an, apabila para seniman Korea Selatan mula berminat akan bentuk geometri dan perihal yang tidak ketara. Penjalinan keharmonian antara alam dan manusia juga digemari ketika ini. Ekoran ketegangan sosial pada 1980-an, para pelukis gemar mengetengahkan isu sosial dalam karya seni. Kesenian mereka dipengaruhi oleh pelbagai acara dan pameran antarabangsa di Korea yang membawa lebih kepelbagaian, seperti[128] Taman Arca Olimpik pada tahun 1988, transposisi Whitney Biennial edisi 1993 ke Seoul,[129] penciptaan Gwangju Biennale[130] dan Astaka Korea di Venice Biennale pada tahun 1995[131].

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Seni bina Korea
Latar langit kota raya Seoul moden dan Istana Deoksu

Disebabkan sejarah Korea Selatan yang huru-hara, pembinaan dan pemusnahan berulang-ulang tanpa henti, sehingga meninggalkan bauran gaya dan reka seni bina yang menarik.[132]

Seni bina tradisional Korea bercirikan keharmonian dengan alam semula jadi. Para jurubina zaman silam menggunakan sistem pendakap yang bercirikan atap jerami dan lantai pemanas yang dipanggil ondol.[133] Golongan kelas atasan membina rumah yang lebih besar dengan atap genting berlengkung anggun dengan cucur atap yang menaik. Seni bina tradisional kelihatan di istana, tokong dan rumah lama yang bergelarhanok,[134] dan tapak warisan istimewa seperti Kampung Rakyat Hahoe,Kampung Yangdong di Gyeongju dan Kampung Rakyat Korea dekat Seoul. Seni bina tradisional juga kelihatan di sembilan Tapak Warisan Dunia UNESCO di Korea Selatan.[135]

Seni bina Barat mula-mula diperkenalkan di Korea di penghujung abad ke-19. Gereja, pejabat perundangan negara luar, sekolah dan universiti dibina dengan gaya-gaya baru. Apabila Korea diilhakkan oleh Jepun pada tahun 1910, rejim penjajah mengancam warisan seni bina Korea dan mewajibkan seni bina moden ala Jepun. Sentimen anti-Jepun dan Perang Koreamenyebabkan musnahnya banyak bangunan yang dibina pada zaman penjajahan.[136]

Seni bina Korea memasuki fasa pembangunan baru ketika zaman pembinaan semula pasca Perang Korea, dengan meenrapkan trend dan gaya seni bina yang moden. Kegiatan pembangunan semula yang didorong oleh pertumbuhan ekonomi pada 1970-an dan 1980-an menyaksikan pengalaman baru dalam reka bina. Selepas Sukan Olimpik Seoul 1988, Korea Selatan menyaksikan kepelbagaian gayanya semakin bertambah dalam lanskap seni bina, terutamanya disebabkan oleh pembukaan pasaran Korea Selatan kepada jurubina luar negara.[137] Usaha seni bina kontemporari sentiasa cuba mengimbangi falsafah tradisi "keharmonian dengan alam" dan pembandaran pesat yang dilalui oleh negara akhir-akhir ini.[138]

Masakan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Masakan Korea
Masakan tokong Korea di Sanchon, sebuah kedai makan di Insadong, Seoul.

Masakan Korea mengalami perubahan selaras dengan berabad-abad perubahan sosial dan politik. Ramuan dan hidangannya berbeza-beza mengikut wilayah. Terdapat banyak hidangan setempat terkenal yang berkembang menjadi pelbagai variasi di seluruh negara pada zaman sekarang. Masakan istana diraja Korea pernah membawa sekala keistimewaan setempat yang unik untuk dihidangkan kepada kerabat diraja. Santapan yang dinikamti oleh kerabat diraja dan rakyat jelata Korea telah dikawal oleh budaya ketertiban yang tersendiri.

Masakan Korea banyak berasaskan beras, mi, tauhu, sayur-sayuran, ikan dan daging. Masakan tradisional Korea terkenal kerana diserikan oleh hidangan sampingan, misalnya hidangan kecilbanchan yang mengiringi nasi kukus berira pendek. Setiap hidangan diiringi oleh banyak banchan. Kimchi, sejenis hidangan sayur tertapai yang biasanya berempah, merupakan salah satu hidangan terkenal yang selalunya dihidangkan di setiap waktu makan. Makanan Korea biasanya melibatkan pemperasaan yang banyak dengan minyak bijan, doenjang (sejenis pes kacang soya tertapai),kacang soya, garam, bawang putih, halia dan gochujang (pes lada pedas).

Sup juga ketara dalam hidangan Korea dan selalunya dihidangkan dalam sajian utama. Sup di Korea dipanggil guk dan biasanya diperbuat dengan daging, kerang-kerangan dan sayur-sayuran. Serupa dengan guk, tang kurang berair dan lebih sering dihidangkan dalam restoran. Satu lagi jenis sup ialah jjigae (찌개), sejenis rendidih yang biasanya kuat diperasakan dengan lada cabai dan dihidangkan panas mendidih.

Muzik, filem dan televisyen[sunting | sunting sumber]

Di samping mendapat tempat dalam hati rakyat tempatan, kebudayaan arus perdana Korea Selatan yang merangkumi drama televisyen, filem dan muzik popular, juga menjana pendapatan eksport yang lumayan di seluruh dunia. Fenomena yang bergelar "Hallyu" atau "Gelombang Korea" ini telah melanda banyak negara di dalam dan luar Asia.[139]

Sehingga 1990-an, muzik popular Korea dikuasai oleh trot dan balada. Kebangkitan kumpulan rap Seo Taiji and Boys pada tahun 1992 mencetuskan perubahan besar dalam muzik pop Korea, ataupun K-Pop, kerana kumpulan tersebut menerapkan unsur-unsur genre rap,rock, dan techno yang popular dalam irama dendangannya.[140] Seniman hip hop, tarian dan balada menguasai persada muzik popular Korea Selatan, namun trot masih disambut baik oleh golongan yang lebih berusia. Ramai bintang K-Pop yang terkenal di luar negara, khususnya di Asia.

Semenjak kejayaan filem Shiri pada tahun 1999, perfileman Korea mula mendapat perhatian dan sanjungan antarabangsa. Pasaran filem Korea Selatan turut dikuasai oleh filem tempatan, antara sebabnya ialah adanya kuota tayangan yang mewajibkan pawagam menayangkan filem Korea sekurang-kurangnya 73 hari setahun.[141]

Rancangan televisyen Korea, khususnya drama bersiri, turut mencuri perhatian di luar Korea, membolehkan ramai seniman Korea mendapat nama di mata dunia. Drama-drama ini khususnya disambut paling hangat di Asia. Jalan ceritanya cenderung mengutarakan asmara, seperti Boys over Flowers, Winter Sonata, Autumn in My Heart, Full House, dan All About Eve; tidak lupa juga drama bersejarah atau fantasi seperti Dae Jang Geum, The Legend, Princess Hours, dan Sungkyunkwan Scandal.[142]

Budaya teknologi[sunting | sunting sumber]

Samsung Galaxy Tab

Syarikat besar Korea Selatan Samsung dan LG merupakan antara syarikat telefon bimbit yang terunggul di dunia.[143] Kira-kira 90% warga Korea Selatan memiliki telefon bimbit.[144] Selain menerima atau membut panggilan atau pesanan teks, telefon bimbit di Korea Selatan banyak digunakan untuk menonton siaran televisyen Digital Multimedia Broadcasting (DMB) atau melayari laman sesawang.[145] Lebih sejuta telefon DMB telah dijual, dan tiga syarikat pembekal komunikasi wayarles utama, iaitu SK Telecom, KT, dan LG Telecom menyediakan liputan di semua bandaraya utama dan kawasan lain.

Capaian jalur lebar secara meluas membolehkan penerapan permainan Internet dalam budaya Korea baru-baru ini. StarCraft, sebuah permainan strategi masa nyata, merupakan permainan komputer siaran TV yang terlaris di Korea Selatan.[146] Kejohanan permainan StarCraft yang dilangsungkan di tempat-tempat tumpuan penggemar seperti COEX Mall sering disiarkan secara langsung di stesen-stesen TV seperti MBCGame dan Ongamenet, di mana para pemain StarCraft yang profesional boleh mendapat gaji lumayan sebagai ahli pasukan permainan profesional yang ditaja oleh pembekal perkhidmatan telefon bimbit di Korea Selatan.[147] Permainan komputer biasanya dimainkan di "bilik PC", iaitu kafe internet yang dikhususkan untuk permainan video seperti Aion,Lineage II, Sudden Attack, Kart Rider, Maple Story, Mabinogi, World of WarCraft, dan StarCraft 2.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sukan di Korea Selatan
Seorang pelatih taekwondo menunjuk cara jurusdollyo chagi.

Seni bela diri taekwondo berasa dari Korea. Pada 1950-an dan 1960-an, peraturan moden diselaraskan dan taekwondo menjadi acara Olimpik yang rasmi pada tahun 2000.[148] Selain taekwondo, wujudnya juga seni bela diri Korea yang lain seperti taekkyeon, hapkido, tang soo do, kuk sool won, kumdo dan subak.[149]


Bola sepak merupakan salah satu sukan yang paling digemari di Korea.[150] Tinjauan terkini mendapati 56.7% peminat sukan Korea Selatan mengakui diri sebagai penggemar bola sepak, diikuti besbol yang diminati 19.1% pen. Bagaimanapun, tinjauan tersebut tidak menyatakan sejauh mana para penjawabnya mengikut kedua-dua sukan tersebut.[151] Perlawanan bola sepak K-league bermusim tetap disiarkan ke seluruh negara dan mendapat purata 35% kongsian penonton televisyen. Liga bola sepak Eropah juga disiarkan dan ditonton ramau. Pasukan bola sepak kebangsaanmenjadi pasukan pertama dari Konfederasi Bola Sepak Asia yang layak ke peringkat separuh akhir Piala Dunia dalam temasya tahun 2002 yang mana Korea Selatan dan Jepun menjadi tuan rumah dalam kali pertama sepanjang sejarah dua negara sekaligus menjadi tuan rumah sebuah kejohanan Piala Dunia. Pasukan Republik Korea layak untuk setiap Piala Dunia sejak temasya Mexico 1986, dan pernah melepasi peringkat berkumpulan dua kali, iaitu pada tahun 2002, dan 2010.

Besbol mula-mula diperkenalkan di Korea pada tahun 1905; semenjak itu, besbol menjadi sebuah sukan yang semakin diminati ramai, sehingga ada pihak yang mendakwa ia mengatasi bola sepak sebagai sukan paling laris di negara.[152][153]Baru-baru ini, semakin ramai orang yang berpusu-pusu ke stadium untuk menyaksikan perlawanan besbol profesional sehingga harga tiket juga melambung naik.[154] Liga Besbol Profesional Korea, sebuah litar 8 pasukan, ditubuhkan pada tahun 1982.Pasukan kebangsaan Korea Selatan menduduki tempat ketiga di Klasik Besbol Sedunia 2006 dan merangkul naib juara di kejohanan yang sama pada tahun 2009. Perlawanan akhir Korea Selatan lawan Jepun pada tahun 2009 ditonton ramai di Korea, sehingga tersedianya sebuah skrin besar di lintasan Gwanghwamun di Seoul yang menyiarkan perlawanan itu secara langsung.[155] Di Sukan Olimpik Beijing 2008, Korea Selatan menggondol pingat emas dalam acara besbol.[156] Pada tahun 1982 juga, di kejohanan Piala Dunia Besbol, Korea meraih pingat emas. Di Sukan Asia Guangzhou, Pasukan kebangsaan Korea memenangi pingat emas.

Gerbang Keamanan Dunia di Taman Olimpik Seoul.

Korea Selatan menjadi tuan rumah Sukan Asia pada tahun 1986 (Seoul), 2002 (Busan), dan 2014 (Incheon). Ia juga mengadakan Sukan Universiti Dunia Musim Sejuk pada tahun 1997,Sukan Asia Musim Sejuk pada tahun 1999 dan Sukan Universiti Dunia pada tahun 2003. Pada tahun 1988, Korea Selatan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik di Seoul, di mana pasukan tuan rumah menduduki tangga keempat keseluruhan dengan 12 pingat emas, 10 pingat perak dan 11 pingat gangsa. Korea Selatan biasanya lebih cemerlang dalam sukan memanah, menembak, ping pong, badminton, luncur laju balapan pendek, bola baling,hoki, gusti gaya bebas, gusti Yunani-Rom, besbol, judo, taekwondo, luncur laju, luncur ais berbunga, dan angkat berat. Muzium Olimpik Seoul ialah sebuah muzium di Seoul yang didedikasikan kepada Sukan Olimpik 1988.

Para olahragawan Korea Selatan juga mempamerkan kemahiran dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk; selepas Sukan Olimpik Vancouver 2010, Korea Selatan menggondol sejumlah 45 pingat (23 emas, 14 perak, dan 8 gangsa). Korea Selatan cemerlang sekali dalam luncur laju balapan pendek; bagaimanapun, hoki ais makin mendapat sambutan apabila pasukan Anyang Hallamemenangi gelaran Liga Hoki Ais Asia pertama mereka pada tahun 2010.[157] Korea Selatan bakal menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang pada tahun 2018.

Seoul menganjurkan perlumbaan triatlon profesional yang merupakan sebahagian Siri Kejohanan Dunia Kesatuan Triatlon Antarabangsa (ITU) pada Mei 2010.[158]

Pada Oktober 2010, Korea Selatan mengadakan perlumbaan Formula Satu tahunan sulungnya di Litar Antarabangsa Korea di Yeongam yang terletak kira-kira 400 kilometers (250 bt) di selatan Seoul.[159] Pada tahun 2011, bandaraya Daegu menjadi duan rumah Kejohanan Dunia Olahraga IAAF 2011.

Korea Selatan mempunyai tiga bidang balapan lumba kuda, yang terbesarnya ialah Seoul Race Park di bandar Gwacheon, wilayah Gyeonggi.

Tuan Rumah Kejohanan Antarabangsa






Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. (Korea) "대한민국의 주요 지표". 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 "South Korea". Tabung Kewangan Antarabangsa. Diperoleh pada 30 April 2011. 
  3. Gini index CIA World Fact Book
  4. "Human Development Report 2010". Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. 2010. Diperoleh pada 5 November 2010. 
  5. "Korea's Geography". Asianinfo.org. 1 Februari 2010. Diperoleh pada 13 Julai 2010. 
  6. "Ancient civilizations". Rom.on.ca. Diperoleh pada 2010-04-25. 
  7. OPM.go.kr
  8. 8.0 8.1 "Koreas agree to military hotline - Jun 4, 2004". Edition.cnn.com. 2004-06-04. Diperoleh pada 2010-02-18. 
  9. "South Korea :: Economic and social developments". Ensiklopedia Britannica. Diperoleh pada 18 Februari 2010. 
  10. for Selected Countries and Subjects
  11. "Korea's History". Asian Shravan. Diperoleh pada 2009-02-17. 
  12. "Digital Jikji". Digital Jikji. Diperoleh pada 25 April 2010. 
  13. Korean War (1950–53). Britannica Online Encyclopedia.
  14. Flashback: The Kwangju massacre, 2000-05-17.
  15. 20 years later, father still seeks truth in son's death, The Hankyoreh, 2007-01-15. Retrieved 2010-07-15.
  16. About Korea, OECD
  17. "The Nobel Peace Prize 2000". The Nobel Foundation. 2000. Diperoleh pada 2009-02-17. 
  18. "The Economist Intelligence Unit's Index of Democracy 2008" (PDF). Diperoleh pada 2010-04-25. 
  19. "South Korea - Constitution". International Constitutional Law. Diperoleh pada 2009-02-16. 
  20. "Korea, South". The World Factbook. Central Intelligence Agency. 10 Februari 2009. Diperoleh pada 2009-02-16. 
  21. A Confucianist Government, Korean History Project. Dicapai pada 2 Mei 2011.
  22. "Asia Times – News and analysis from Korea; North and South". Atimes.com. 2004-09-11. Diperoleh pada 2010-04-25. 
  23. "Japan's Responsibility Toward Comfort Women Survivors.". Diperoleh pada 27/09/9. 
  24. "Washington Coalition for Comfort Women Issues Inc". Comfort-women.org. Diperoleh pada 2010-02-18. 
  25. John Pike. "Defense Budget - South Korea". Globalsecurity.org. Diperoleh pada 2010-10-29. 
  26. 26.0 26.1 26.2 "South Korea's Armed Forces, CSIS (Page 24)". 2006-07-25. 
  27. Bermudez (2001), pg 1.
  28. GlobalSecurity on Military of Republic of Korea,Globalsecurity.org
  29. "Eighth United States Army (EUSA)". GlobalSecurity.org. 27 Disember 2005. Diperoleh pada 6 February 2010. "The KATUSA Program is significant not only because of the military manpower and monetary savings that it provides to the U.S. Army, but also because it represents ROK/U.S. cooperation and commitment to deter war. The KATUSA Program is symbolic of ROK/U.S. friendship and mutual support." 
  30. "Zaytun Division official website". Diperoleh pada 2009-02-17. [pautan putus]
  31. "America's Unsinkable Fleet". Newsweek. 26 Feb 2007. Diperoleh pada 2009-02-17. 
  32. "South Korean Military Doctrine". Global Security. 2 Mac 2009. Diperoleh pada 2009-06-07. 
  33. Anggaran keluasan semakin meningkat tahun dari tahun, mungkin disebabkan penebusgunaan tanah. "행정구역(구시군)별 국토적". Korea Statistical Information Service. Diperoleh pada 2006-03-27. 
  34. 34.0 34.1 Geography of Korea, Asia Info Organization
  35. "Korea Nationa Park Service official site". English.knps.or.kr. Diperoleh pada 2010-10-29. 
  36. South Korea climate, U.S. Library of Congress, Country studies
  37. data in seoul, 1971 ~ 2000(Korea), Korea Meteorological Administration.
  38. 38.0 38.1 38.2 "Korea Air Pollution Problems". google.com. Diperoleh pada 2010-02-18. 
  39. "[Column] Letter to Lee administration: Save the Songdo Tidal Flat: Opinion: Home" (dalam bahasa Korean). English.hani.co.kr. Diperoleh pada 2010-02-18. 
  40. 40.0 40.1 [1][pautan putus]
  41. [2][pautan putus]
  42. 42.0 42.1 "South Korea’s green new deal". CNN. October 18, 2009. Diperoleh pada 2009-10-21. 
  43. "Seoul City holds 2nd Arisu Festival to show tap water is safe to drink". Newsworld. 
  44. Seoul Metropolitan Government – "A Clean, Attractive & Global City, Seoul!"[pautan putus]
  45. "Party Groupings". Unfccc.int. 2007-11-28. Diperoleh pada 2010-02-18. 
  46. PD-icon.svg Rencana ini menggabungkan bahan domain awam daripada laman sesawang atau dokumen CIA World Factbook.
  47. Economic Growth Rates of Advanced Economies. International Monetary Fund. Diperoleh pada 2010-09-08. 
  48. Kleiner, JüRgen (2001). Korea, A Century of Change. ISBN 9789810246570. 
  49. "Moody's Raises Korea's Credit Range". Chosun Ilbo. 2010-08-02. Diperoleh pada 2010-08-14. 
  50. "Financial markets unstable in S.Korea following Cheonan sinking". Hankyeoreh. 2010-05-26. Diperoleh pada 2010-08-14. 
  51. "S Korea stands among world's highest-level fiscal reserve holders: IMF". Xinhua. 2010-09-07. Diperoleh pada 2010-09-08. 
  52. "South Korea Survived Recession With CEO Tactics". Newsweek. 2010-05-10. Diperoleh pada 2010-09-08. 
  53. http://www.brecorder.com/world/global-business-a-economy/9339-south-korea-gdp-grew-revised-62pc-in-2010.html
  54. South Korea
  55. "G20 to boost Korean economy by W31.3tr" (dalam bahasa (Korea)). Koreaherald.com. 2010-10-11. Diperoleh pada 2010-10-29. 
  56. Subway, Korea Tourism Organization;Incheon Metro
  57. Express bus terminal guide, Korea Express Bus Lines Association
  58. "Incheon International Airport celebrates its eighth year". Incheon International Airport Corp. Diperoleh pada 2005-05-20. 
  59. "Transportation Statistics > Heliports (most recent) by country". NationMaster. 2008. Diperoleh pada 2009-02-21. 
  60. "Company Info / Overview". Korean Air. Diperoleh pada 2005-05-19. 
  61. "International Aviation Policy". Ministry of Land, Transportation and Maritime Affairs. Diperoleh pada 2005-05-19. 
  62. If you're looking for a ticket to Jeju, leave late, Joongang Daily, 2010-07-02. Diterima pada 2010-07-15.
  63. 63.0 63.1 "Another Korean Nuclear Issue". The Diplomat. 2010-07-19. Diperoleh pada 2010-08-14. 
  64. "ITER official site". Iter.org. Diperoleh pada 2010-10-29. 
  65. "South Korea wins landmark Gulf nuclear power deal". Reuters. 2009-12-29. 
  66. "All systems go for Jordan's first nuclear reactor". UPI.com. 2010-03-31. 
  67. "South Korea-Jordan sign $130M nuclear deal". World Nuclear News. 2010-07-27. 
  68. "Korea, Argentina Sign MOU for Nuclear Plant Project". Chosun Ilbo. 2010-09-18. 
  69. 69.0 69.1 "Argentina eyes nuclear role in S. America". UPI.com. 2010-09-17. 
  70. "Korea nearing Turkey nuclear plant contract". Korea Times. 2010-06-15. 
  71. Sang-Hun, Choe (2010-07-13). "U.S. Wary of South Korea's Plan to Reuse Nuclear Fuel". The New York Times. 
  72. "S. Korean Pyroprocessing Awaits U.S. Decision | Arms Control Association". Armscontrol.org. 2010-10-06. Diperoleh pada 2010-10-29. 
  73. "Korea, Russia enter full-fledged space partnership". Korean Culture and Information Service. 3 July 2007. Diperoleh pada 2009-03-01. 
  74. Korea Confirms Contact With Satellite Lost, Space Daily, 2008-01-07. Diambil pada 2010-07-15.
  75. Scientist Yi So Yeon becomes first Korean astronaut, The Times, 2008-04-09.; S Korean astronaut launches, BBC News, 2008-04-08. Diambil pada 2010-07-15.
  76. S. Korea Completes Work on Naro Space Center, Korea Times, 2009-06-10. Diambil pada 2010-07-15.
  77. Korean satellite lost shortly after launch, Yonhap News, 2009-08-26. Retrieved 2010-07-15.
  78. Insider: South Korea's Space Program, World Politics Review, 2010-06-29. Retrieved 2010-07-15.
  79. Naro-1 explodes after takeoff, Joongang Daily, 2010-06-11. Retrieved 2010-07-15.
  80. "South Korea's first rocket ready - at last". Asia Times. August 11, 2009. Diperoleh pada 21 Ogos 2010. 
  81. "S. Korea DAPA commissioner confirms 500 km-range ballistic missile development research". The Hankyeoreh. 9 Oktober 2009. Diperoleh pada 21 Ogos 2010. 
  82. Special Report: [Business Opportunities] R&D. Ministry of Knowledge Economy, 2007-09-03. Diambil pada 2009-07-15.
  83. "Robot parks, a world first". JoongAng Daily, 2009-02-13. Diterima pada 2009-07-15.
  84. Android Has Human-Like Skin and Expressions, Live Science, 2006-05-08. Diambil pada 2009-07-15.
  85. Female Android Debuts in S. Korea National Geographic,2006-05-15. Retrieved 2009-07-15;(Korea)EveR-3, Yonhap News, 2009-04-20. Retrieved 2009-07-15.
  86. Korean Robot English Teachers Are Go, Popular Science, 2010-02-24. Retrieved 2010-07-15.
  87. Korean Robot Game Festival, Official Site
  88. "Bio International Convention Korea Country Profile". Bio2008.org. Diperoleh pada 2010-10-29. [pautan putus]
  89. AFP. "Discovery Channel :: News – Animals :: Endangered Wolf Cloned in South Korea". Dsc.discovery.com. Diperoleh pada 2010-04-25. 
  90. "Biotechnology" (PDF). Diperoleh pada 2010-04-25. 
  91. "Organisation for Economic Co-operation and Development". Pisa.oecd.org. Diperoleh pada 2010-02-18. 
  92. "Broadband Korea: Internet Case Study" (PDF). Diperoleh pada 2010-02-18. 
  93. "South Korea Now Open For Foreign Students". Education-blog.net. 2008-08-28. Diperoleh pada 2010-04-25. 
  94. "South Korea". CIA Country Studies. Diperoleh pada 2006-04-22. 
  95. Populations for all cities as of 2005, "Summary of Census Population (by administrative district/sex/age)". NSO Database. Diperoleh pada 2009-05-11. 
  96. World Population Prospects: The 2006 Revision. Source: Population Division of the Department of Economic and Social Affairs of the United Nations Secretariat.
  97. "Korea's Population Tops 50 Million". English.chosun.com. 2010-02-01. Diperoleh pada 2010-04-25. 
  98. Korea. CIA – The World Factbook.
  99. "South Koreans Struggle With Race". The New York Times. 1 November 2009.
  100. "More Than 1 Million Foreigners Live in Korea (According to the article, approximately 443,566 people are considered to be Chinese residents in South Korea with Korean ethnicity (조선족)". Chosun Ilbo. 2009-08-06. Diperoleh pada 2009-10-18. 
  101. Kostat.go.kr, 대한민국 통계청
  102. "US Soldiers in Korea Negative About Rotation to Middle East". Koreatimes.co.kr. Diperoleh pada 2010-04-25. 
  103. "Foreign Teachers Unenthusiastic Over Culture Course". Koreatimes.co.kr. 2009-11-26. Diperoleh pada 2010-02-18. 
  104. "South Korea". CIA World Factbook. 26 June 2009. Diperoleh pada 7 February 2011. 
  105. "South Korea's birthrate world’s lowest". koreatimes.co.kr. 2009-05-22. Diperoleh pada 2010-04-25. 
  106. "South Korea: Lowest Birthrate in the World". LifeSiteNews.com. 2006-08-28. Diperoleh pada 2010-04-25. 
  107. CIA – The World Factbook 2008 – Rank Order – Life expectancy at birth
  108. [3]
  109. The result of2010 Population and Housing Census of Korea, Statistics Korea
  110. According to figures compiled by the South Korean National Statistical Office. "인구,가구/시도별 종교인구/시도별 종교인구 (2005년 인구총조사)". NSO online KOSIS database. Diperoleh pada 2006-08-23. 
  111. "Korea.net: The official website of the Republic of Korea – Religion". [pautan putus]
  112. "International Religious Freedom Report 2008 – Korea, Republic of". U.S. Department of State. Bureau of Democracy, Human Rights, and Labor. 2009-01-22. Diperoleh pada 2010-01-31. 
  113. Religion in Korea, Asia Info Organization
  114. "Constitution of the Republic of Korea". Constitutional Court of Korea. Diarkibkan daripada asal pada 2008-03-23. Diperoleh pada 2009-06-26. 
  115. 115.0 115.1 Agence France-Presse (2009-01-31). "S. Korea president faces protests from Buddhists". The Straits Times. Diperoleh pada 2009-01-31. 
  116. Kim, Andrew Eungi (2000). "Christianity, Shamanism, and Modernization in South Korea". CBS Interactive. Diarkibkan daripada asal pada 2012-06-28. Diperoleh pada 2009-02-13. 
  117. Moll, Rob (2009-03-01). "Missions Incredible". Christianity Today. Christianity Today International. Diperoleh pada 2009-02-17. 
  118. "Buddhism in Korea". Korean Buddhism Magazine, Seoul. 1997. Diperoleh pada 2009-02-17. 
  119. "International Religious Freedom Report 2008 - Korea, Republic of". United States Department of State. 2009-09-19. Diperoleh pada 2009-02-17. 
  120. "BBC –Korean Zen Buddhism". Bbc.co.uk. 2002-10-02. Diperoleh pada 2010-04-25. 
  121. "Islam takes root and blooms". Islamawareness.net. 2002-11-22. Diperoleh pada 2010-04-25. 
  122. South Korea country profile.Library of Congress Federal Research Division (Mei 2005).
  123. rate 2009, OECD; Harden, Blaine (18 April 2010). "A troubling trend in a prosperous society". Washington, DC: Washington Post. ms. A10. ; Suicide in South Korea, The Economist, 2010-07-08. Diterima pada 2010-07-15.
  124. John K. Fairbank, Edwin O. Reischauer and Albert M. Craig (1978). East Asia: Tradition & Transformation. Houghton Mifflin Company, Boston. ISBN 039525812X. 
  125. "Associated Organisations". MCT Website. Diarkibkan daripada asal pada 2005-12-24. Diperoleh pada 2006-04-11.  See also "Mission and Goal". Korea Cultural Administration website. Diperoleh pada 2006-04-11. 
  126. Korean painting, Asia Art
  127. Korean Pottery and Celadon, Asian Relocation Management Korea
  128. Contemporary Korean Art in 1990s, apexart, 1999
  129. (Korea) Whitney Biennal to come to Seoul again, Seoul News, 2010-03-26. Retrieved 2010-07-13.
  130. "Gwangju Biennale". Gb.or.kr. Diperoleh pada 2010-10-29. 
  131. Korean Pavilion, La Biennale di Venezia
  132. Korean architecture, Asian Info Organization
  133. Focuses on Traditional Architecture, Korea Times, 2010-03-31;Photos of traditional Korean shelters
  134. List of traditional Korean houses, Asian Tradition in Architecture
  135. "UNESCO World Heritage: Republic of Korea". Whc.unesco.org. Diperoleh pada 2010-10-29. 
  136. Brief Review of Korea Modern Architecture, Prof. Park Kil-ryong (Kukmin University), modified by Architectural Design Lab, GSNU.
  137. Contemporary Korean architecture, Asian Info Organization
  138. Korean buildings that captivate world, Asia News, 2010-01-15; slow waters of Korean architecture, Joongang Daily, 2009-04-16. Diambil pada 2010-07-10.
  139. "'Korean Wave' piracy hits music industry". bbc.com. 2001-11-09. Diperoleh pada 2010-06-25. 
  140. Seo Taiji, KBS World
  141. S.Korea's Screen Quota Hinders Market Access, KBS World, 2010-07-16.
  142. "List of Korean dramas". Koreandrama.org. 2007-06-04. Diperoleh pada 2010-10-29. 
  143. Top Five Mobile Phone Vendors, International Data Corporation, 2010-01-29. Retrieved 2010-07-07.
  144. Koreans love their mobile phones, Joongang Daily, 2009-01-28. Retrieved 2010-07-07.
  145. Terrestrial-DMB adds color to Korean lifestyle, Asia Media, 2006-02-12;Facts from 'Digital Korea', CNN Asia, 2007-10-16. Retrieved 2010-07-07.
  146. Spot On: Tuning in to what's on in South Korea, Gamespot, 2006-01-20.
  147. Korea in a frenzy over StarCraft sequel , The Australian, 2010-06-28. Retrieved 2010-07-07.
  148. Taekwondo, World Taekwondo Federation]
  149. (Korea)Korea Martial Arts Federation
  150. "the most popular spectator sport is football in Korea". Ebn.co.kr. 2009-08-19. Diperoleh pada 2010-10-29. 
  151. "research about the most popular spectator sport in Korea". Gallup.co.kr. 2009-05-20. Diperoleh pada 2010-10-29. 
  152. KOIS (2003), p.632.
  153. Trading Markets.com. "S.Korean Game Developer NCsoft Interested in Pro Baseball." December 21, 2010. Accessed December 26, 2010.http://www.tradingmarkets.com/news/stock-alert/ncscf_s-korean-game-developer-ncsoft-interested-in-pro-baseball-1382602.html
  154. Yang-hee, Kim. "Professional baseball rising in popularity." The Hankyoreh. April 21, 2011. Dicapai pada 21 April 2011.http://english.hani.co.kr/arti/english_edition/e_entertainment/474168.html
  155. Wakabayashi, Daisuke and Park, Sungha. "Japan beats South Korea to be Baseball Champions." The Wall Street Journal. 24 Mac 2009. 20 November 2010. http://online.wsj.com/article/SB123786547697822121.html
  156. South Korea takes Olympics baseball gold, L.A. Times, 2008-08-23. Dicapai pada 2010-07-07.
  157. "ALIH Official site". Alhockey.com. Diperoleh pada 2010-10-29. 
  158. "Dextro Energy International Triathlon Union World championship Series Seoul". Diperoleh pada 2010-06-26. 
  159. "Formula 1 Official Site". Formula1.com. Diperoleh pada 2010-10-29. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]