Korona

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Korona matahari dapat dilihat dengan mata kasar semas a gerhana matahari.

Korona (Latin, "mahkota") ialah sejenis plasma yang mengelilingi Matahari dan objek-objek cakerawala lain, termasuk Bumi. Korona matahari berukuran berjuta-juta kilometer ke dalam angkasa lepas dan paling mudah dilihat semasa berlakunya gerhana matahari, mahupun ia juga dapat dilihat dengan alat coronagraph.

Suhu tinggi korona Matahari memberinya ciri-ciri spektroskopi yang luar biasa. Ini membawa kepada cadangan pada abad ke-19 yang korona ini mengandungi unsur-unsur yang tidak diketahui, iaitu "coronium". Ciri-ciri luar biasa ini kini sudah dipastikan sebagai besi yang terion tinggi, (Fe-XIV) yang menggambarkan suhu plasma yang melewati 106 kelvin.[1] Hakikat yang Matahari memiliki korona yang suhunya berjuta darjah pertama kalinya ditemui Gotrian pada tahun 1939 dan Bengt Edlen pada tahun 1941 dengan mengenal pasti garis-garis korona (diperhatikan semenjak tahun 1869) sebagai peralihan tahap dari tahap metastabil rendah tataletak asas logam yang terion tinggi (garis hijau FeXIV pada 5303 Å, tetapi juga garis merah FeX pada 6374 Å).

Cahaya dari korona datang daripada tiga sumber primer, yang diberi nama berlainan mahupun ketiga-tiga berkongsikan sispadu ruang angkasa yang sama. Korona-K (K-corona, K untuk kontinuierlich, "bersambung" dalam bahasa Jerman) terbentuk dengan serakan elektron bebas oleh sinaran matahari; Pelebaran Doppler terhadap garis penyerapan fotosfera yang terpantul menyelubungi pancaran serakan ini dan menimbulkan sebuah gambaran spektroskopi kontinum tanpa sebarang garis penyerapan. Korona-F (F-corona, F buat Fraunhofer) direka oleh pantulan sinaran matahari daripada zarah-zarah habuk, dan dapat dilihat atau dikesan kerana cahayanya mengandungi garis penyerapan Fraunhofer yang kelihatan dalam sinaran matahari yang tidak bertapis; korona-F memanjang kepada sudut pemanjangan yang tinggi dari Matahari dan diberi nama cahaya zodiak. Korona-E (E-corona, E buat emission atau pancaran) disebabkan garis pancaran spektroskopi yang dibuat ion yang hadir dalam plasma korona; ia dapat dilihat dalam garis pancaran spekstoskopi yang lebar atau terhalang atau panas, dan merupakan sumber maklumat utama tentang kandungan korona.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Aschwanden, M. J. (2004). Physics of the Solar Corona. An Introduction. Praxis Publishing. ISBN 3-540-22321-5. 
  2. Corfield, Richard (2007). Lives of the Planets. Basic Books. ISBN 978-0-465-01403-3. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]