Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Koruna Bohemia dan Moravia |
 |
| Nota 50 korun negeri naungan |
|
| Pengguna |
Negeri naungan Bohemia dan Moravia |
| Subunit |
|
| 1/100 |
haléř |
| Simbol |
K |
| haléř |
h |
| Jamak |
Bahasa untuk mata wang itu tergolong dalam bahasa Slavik. Terdapat lebih daripada satu cara untuk membina bentuk jamak. Lihat rencana. |
| Syiling |
10, 20, 50 haléřů, 1 koruna |
| Kertas wang |
1, 5, 10, 20, 50, 100, 500, 1000, 5000 korun |
| Petak maklumat ini menunjukkan status terbaru sebelum mata wang ini menjadi usang. |
Koruna Bohemia dan Moravia, dikenali sebagai Crown Negeri Naungan (Czech: Protektorátní koruna), ialah mata wang Negeri naungan Bohemia dan Moravia antara 1939 hingga 1945. Koruna itu dibahagikan kepada 100 haléřů.
Koruna Bohemia dan Moravia menggantikan Koruna Czechoslovakia pada tara, dengan Koruna tersebut digantikan pula dengan Koruna Bohemia dan Moravia yang baharu, sekali lagi pada tara. Nilainya ditetapkan kepada Reichsmark pada kadar 1 Reichsmark = 10 koruna. Pada mula-mulanya, nilainya sama sahaja dengan Koruna Slovakia tetapi pada 1940, nilai Koruna Bohemia dan Moravia diturunkan. Pada tahun itu, duit syiling zink 10, 20 and 50 haléřů diperkenalkan, diikuti oleh duit syiling zink 1 koruna pada 1941. Reka bentuk bahagian belakang duit syiling itu amat serupa dengan duit-duit syiling Czechoslovakia yang lebih awal.
Pada 1939 dan 1940, nota bank Czechoslovakia untuk 1 dan 5 korun dicap dengan nama negeri naungan untuk digunakan di Bohemia dan Moravia. Ini diikuti oleh terbitan pemerintahan jenis biasa untuk:
- 1, 5, 50, dan 100 korun pada 1940;
- 10 korun pada 1942; dan
- 20 korun pada 1944.
Bank Nasional kemudian memperkenalkan nota 500 dan 100 korun pada 1942, diikuti oleh nota cetak tindan Czechoslovakia 5,000 korun pada 1943 serta nota 5,000 korun jenis biasa pada 1944.
Mata- mata wang yang bernama Crown atau serupa
|
|
| Masih diedarkan |
|
|
| Usang |
|
|
| Sebagai mata wang |
|
|