Kota Darul Ehsan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kota Darul Ehsan
Gerbang Kota Darul Ehsan.
Map
Maklumat umum
Gaya seni bina
Seni bina Islam
Lokasi Lebuhraya Persekutuan, Malaysia
Pembinaan bermula1979
Disiapkan pada
1981

Kota Darul Ehsan ialah sebuah mercu tanda yang melambangkan sempadan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Didirikan di atas Lebuhraya Persekutuan (Laluan Persekutuan ), ia ialah gerbang terbesar di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan kota tersebut telah bermula pada 1 Februari 1974 apabila Kuala Lumpur telah diisytharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Sultan Selangor yang ketika itu iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah bercadang untuk membina sebuah pintu gerbang sebagai mengenang jasa pengorbanan baginda antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor. Kota ini telah dibuka secara rasmi pada tahun 1981.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk gerbang ini menggabungkan pengaruh seni bina gaya Moor. Gaya ini boleh dilihat di kubah di dalam gerbang.

Kota Darul Ehsan juga menonjolkan dua laras meriam di setiap muka gerbang.