Denpasar
Denpasar merupakan ibu kota wilayah Bali, Indonesia. Di sini juga letaknya Lapangan Terbang Ngurah Rai, pintu utama ke pulau Bali. Penduduk 491,500 orang (2002). Terletak pada 8°39′S 115°13′E.
Kota pelancongan [sunting]
Denpasar mempunyai pelbagai tarikan. Pantai berpasir putih terkenal di seluruh pulau. Peluncur air pergi ke Pantai Kuta,Pantai Legian dan Pantai Canggu.Pantai Sanur digemari mat-mat salleh untuk berjemur.
Sepuluh minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai . Kuta terdapat banyak hotel, restoran-restoran, pasar raya, kafe-kafe, pasar, dan spa yang memenuhi citarasa pelancong .Terdapat pelbagai kraftangan Bali termasuk kerja seni, tembikar, tekstil dan perak.
Kain batik dibuat daripada kain kapas tulen dengan corak , gaya dan citarasa Bali.Kain batik dijadikan kain sarung bagi wanita,lelaki, kemeja lelaki serta seluar. Celuk kira-kira 30 minit jauhnya dari Kuta terdapatnya tukang emas dengan harga bersesuaian.
Denpasar berpenduduk 491,500 dan meliputi 123,98 km² . Zon waktunya adalah UTC+8.
|
||||||||||||||