Kota Kinabalu Wetlands

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kota Kinabalu Wetlands
Kota Kinabalu Wetlands is located in Bumi
Kota Kinabalu Wetlands
Kota Kinabalu Wetlands (Bumi)
LokasiKota Kinabalu, Malaysia
Luas24 he (59 ekar)
Ditubuhkan1996
Laman sesawang rasmi
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kota Kinabalu Wetlands (Tanah Bencah Kota Kinabalu) ialah kawasan seluas 24 hektar (59 ekar) yang satu-satunya sisa hutan bakau yang dahulunya terdapat di pesisiran Kota Kinabalu di Sabah, Malaysia. Dahulunya kawasan ini digelar Kota Kinabalu Wetland Centre, dan sebelum itu Likas Swamp atau Likas Mangrove dan Kota Kinabalu City Bird Sanctuary. Tanah Bencah merupakan kawasan utama antara 20 kawasan tanah bencah yang dipilih oleh Jawatankuasa Inventori Tanah Bencah Sabah pada tahun 1986.[1]

Pusat ini adalah tempat perlindungan dan pusat makanan penting bagi banyak spesies burung penghuni dan juga beberapa spesies burung hijrah dari Asia Utara. Tambahan, ia juga merupakan tempat pembiakan kehidupan laut dan dilindungi Jabatan Perikanan di Sabah.

Selain daripada memberi perlindungan dan makanan kepada kedua-dua spesies burung hirah dan bukan hijrah, tanah bencah juga menghalang peningkatan garam dalam bekalan air tawar setempat, menstabilkan pensedimenan, menstor gizi dan membuang toksin.

Taman ini mempunyai sebuah lereng jalan berkayu sepanjang 1.5 km (0.93 bt) atau 45 minit yang membawa pelawat jauh ke dalam hutan bakau di mana darat bertemu laut. Landskap azali unik ini memberi para pelawat satu pengalaman yang menyenangkan yang membolehkan mereka menikmati angin segar sambil memerhati burung.[2]

Binatang liar[sunting | sunting sumber]

Burung-burung dari seluruh dunia, termasuk burung pelawat musim sejuk, yang tidak membiak, sering kelihatan di kawasan perlindungan ini khususnya sewaktu musim penghijrahan burung Asia (yakni Sept-April).

Pelawat biasa
Burung yang jarang dilihat
Penghuni yang kelihatan sepanjang tahun

Kehidupan liar paya yang lain termasuk monitor lizard, fiddler crab, mudskipper, weaver ants, kupu-kupu dan serangga-serangga lain, ampai-ampai, ular air tawar dan udang karang.

Bagaimana hendak ke sana[sunting | sunting sumber]

Dari Kota Kinabalu, ikut jalan raya pantai Likas sehingga anda sampai ke bulatan di Teluk Likas. Ikut kanan dan kemudian ikut Jalan Istiadat. Jalan terus sehingga ke lampu isyarat di simpang empat. Sebelum sampai di situ anda akan dapt melihat bangunan Dataran Likas dan Pusat perdagangan Sabah di sebelah kiri anda. Pandu di sebelah kanan dan belok kanan selepas persimpangan dan masuk ke Jalan Bukit Bendera Upper yang juga membawa anda ke Bukit Semboyan (Signal Hill). Wetands di persimpangan ke kiri yang ketiga selepas lampu isyarat.

Perkhidmatan yang disediakan[sunting | sunting sumber]

  • Sewaan teropong
  • Buku-buku dan cenderahati.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ WWF Malaysia, A City Oasis, 28 December 2006. WWF Malaysia website, retrieved 14 December 2008 [1]
  2. ^ "Asia Rooms". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-14. Dicapai pada 2013-02-04.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]