Kota Kuala Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kota Kuala Kedah juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang merupakan salah sebuah kota bersejarah yang dibina oleh orang-orang Melayu yang terletak dalam negeri Kedah, Malaysia. Kota Kuala Kedah yang terletak di Alor Setar merupakan satu kompleks sejarah popular di Kedah.

Kota Kuala Kedah menjadi salah satu tumpuan para pelancong untuk melawat bangunan peninggalan sejarah yang berkaitan dengan negeri Kedah.

Kota Kuala Kedah memiliki pelbagai peninggalan artifak sejarah, antara lain termasuk peninggalan bekas kota, meriam dan paparan maklumat mengenai sejarah Kota Kuala Kedah yang terkenal itu.

Pintu besar kota Kuala Kedah ini dibina di atas perintah Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah II ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Shah (1778–1789) dan bermula dari 10 Safar 1185H (Mei 1771M) dan siap pada tahun 1194H (1780M) sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah II.

Baginda bersemayam di sini pada 1803. Setelah pihak Inggeris mengambil alih, pihak Inggeris membina sebuah pintu gerbang empat segi yang mengadap ke arah jambatan Alor Melaka.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]