Kota Lama Kanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kota Lama Kanan adalah sebuah daerah di Kuala Kangsar yang berluasan 5439 hektar. Penduduknya terdiri dari petani yang mengusahakan sawah,penoreh getah, pengusaha labu sayong dan pekerja kerajaan . Di hubungkan oleh 2 buah jambatan iaitu jambatan Sultan Iskandar yang dibina pada tahun 1928 dan jambatan sultan Abdul Jalil yang dibuka dengan rasminya pada tahun 2002. Terletak di bahagian kanan sungai jika kita mudik ke hulu dan bertentangan dengan Kota Lama Kiri yang terletak di sebelah kiri sungai Perak. Banyak kampung - kampung yang terdapat di Mukim Kota Lama Kanan antaranya ialah kampung Setia, Kampung Kandang hilir, Kg Kota Lama Kanan,Kg Kledang Kanan, Kg Batang Kulim,Kg Perik, Kg Salak Stesen,Kg Periang,Kg Enggor, Kg Karai, Kg Loh,Kg Keranji, Kg Kandang Hulu. Dia di tadbir oleh 2 orang Penghulu dan seorang pembantu tadbir.