Kota Mahligai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kota Mahligai diasaskan oleh Raja Sakti I pada 1603 dan terletak dalam daerah Pak Badol, Bachok. Puteri Sa'dong yang merupakan cucu kepada Raja Sakti I pernah bersemayam disini. Raja Sakti II melantik suami Puteri Sa'dong iaitu Raja Abdullah sebagai Raja Kota Mahligai, apabila baginda memindahkan pusat pemerintahan Persekutuan Pattani Besar ke Grisek, Pattani. Kerajaan Siam di Ayutthaya yang dengki dengan kemakmuran Mahligai pernah menyerang Kota Mahligai dan mengalahkan Raja Abdullah. Walau bagaimanapun, angkatan tentera Pattani berjaya mengalahkan dan menghalau tentera Siam. Tentera Pattani terus mara mengalahkan Siam di Besut pula selepas itu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]